Berikut adalah bahan bacaan untuk kanak-kanak. Sila semak ejaan dan penggunaan bahasa sesuai atau tidak. *Ini raga. *Ini raga Rafi. *Raga Rafi ada tali. *Di dalam raga ada ubi. *Rafi beri ibu lima ubi. *Ibu cuci ubi. *Aaaa... ubi itu ada ulat! *Itu nuri. *Itu nuri Zul. *Zul ada dua nuri. *Nama nuri ini Lili. *Nama nuri itu Lulu. *Lili suka ciku. *Lulu suka nasi. *Zul suka Lili dan Lulu. | Jika saudara sedang membuat buku kanak-kanak atau seumpamanya, mohon rujuk Kamus Dewan dan juga buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan lebih perincian kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penyuntingan karya, kecuali saudara menghantar karya untuk diterbitkan di DBP. | Lain-lain | 27.12.2016 |
Salam Satu Malaysia, Berikan penjodoh bilangan bagi benda berikut a)pasu bunga b)jam tangan c) karipap d) ubi kentang e)ubi kayu f)lampu panjang g)mentol h)batu i)baldi j)pelampung Sekian, terima kasih. | 1. Sebuah pasu bunga. 2. Seutas jam tangan 3. Sebiji karipap 4. Bergantung pada keadaan. 5. Bergantung pada keadaan. 6. Sebatang lampu 7. Sebiji mentol 8. Sebiji batu 9. Sebuah baldi 10. Tiada penjodoh bilangan khusus untuk pelampung | Lain-lain | 10.02.2017 |
Apakah perbezaan kata menanak dan merebus? Adakah kata menanak boleh digunakan pada ubi. Contohnya :Kakak sedang menanak ubi di dalam periuk. | Secara lazimnya menanak hanya digunakan untuk proses memasak nasi conton menanak nasi manakala rebus boleh digunakan selain daripada itu contohnya merebus ubi. | Tatabahasa | 16.09.2007 |
Nenek merebus ubi kayu itu sehingga_____untuk dibuat kuih lepat ubi. a. Lembut b. Lemau c. Lembik d. Empuk apakah jawapan? Apakah perbezaan antara keempat-empat pilihan di atas? | Jawapan yang sesuai ialah empuk. Keempat-empat perkataan ini ada maksud tersendiri yang bergantung kepada konteks penggunaan: 1. Lembut - tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit. 2. Lemau - tidak garing kerana sudah masuk angin (bkn biskut, kuih dll). 2 tidak rancak (bkn bunyi-bunyian 3. Lembik - terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih ~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~ dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~; melembikkan menjadikan lembik, menyebabkan lembik (lemah, kendur, dll); kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran, kelemahan. 4. Empuk - lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu. | Makna | 03.05.2014 |
Assalamualaikum...saya nak bertanya tentang penggunaan tanda baca koma (, ) dalam BM. A. Kelly membeli sayur,ikan,daging,dan ubi kentang. B. Kelly membeli sayur,ikan,daging dan ubi kentang. Ayat mana yang betul? Harap tuan dapat memberikan keterangan sekali tentang penggunaan tanda koma tersebut. C. Kata Abu "Adik, letakkan buku itu di atas meja." Soalan: betul atau tidak penggunaan tanda baca dlm ayat C termasuk huruf kecil dan besar. terima kasih. | Assalamualaikum...saya nak bertanya tentang penggunaan tanda baca koma (, ) dalam BM. A. Kelly membeli sayur,ikan,daging,dan ubi kentang. B. Kelly membeli sayur,ikan,daging dan ubi kentang. Ayat mana yang betul? Harap tuan dapat memberikan keterangan sekali tentang penggunaan tanda koma tersebut. C. Kata Abu "Adik, letakkan buku itu di atas meja." Soalan: betul atau tidak penggunaan tanda baca dlm ayat C termasuk huruf kecil dan besar. terima kasih. Jawapan: Waalaikumsalam, Jawapan yang betul ialah A.Tanda koma ini digunakan untuk memisahkan butiran dalam senarai. Jawapan yang tepat untuk C ialah "Adik, letakkan buku itu di atas meja!" | Tatabahasa | 02.09.2014 |
Saya amat menggemari makanan ringan yang berasaskan ubi kayu kerana rapuh dan sedap rasanya. 1. Adakah tatabahasa ayat di atas betul ? 2. Adakah penggunaan "nya" dalam ayat betul ? Terima kasih. | Saya amat menggemari makanan ringan yang berasaskan ubi kayu kerana rapuh dan sedap rasanya. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 08.03.2016 |
Terdapat empat perkataan asli bahasa Melayu, iaitu padi, besi, babi, dan ubi. Soalannya, apakah bukti keempat-empat istilah ini ditemui? Jika ada, sila berikan judul rujukan tersebut supaya saya boleh merujuknya. Bilakah istilah-istilah tersebut bermula dalam kosa kata bahasa Melayu? Terima kasih. | Ada pendapat mengatakan kata padi, besi, babi, dan ubi merupakan kata asli bahasa Melayu, walau bagaimanapun tiada bukti kukuh tentang kesahihan pendapat tersebut. Untuk membantu saudara menyelesaikan tugasan kuliah saudara, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Bab 1: Sejarah Ringkas Bahasa Melayu) penulis: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. Saudara juga boleh merujuk buku Susur Galur Bahasa Melayu Edisi Kedua, penulis: Asmah Haji Omar. Saudara juga digalakkan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. | Tatabahasa | 06.04.2010 |
Apakah maksud peribahasa berikut: Diam-diam ubi berisi,diam-diam besi berkarat | Makna peribahasa tersebut ialah diam orang yg berilmu itu berfikir, sementara diam orang yg bodoh itu sia-sia sahaja. Sila rujuk buku Peribahasa oleh Abdullah Hussain dan kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 28.07.2009 |
Salam sejahtera, Tuan, Manakah jawaban yang tepat bagi soalan yang berikut: Ubi yang direbus oleh Mak Cik Leha sudah empuk. Pilih Perkataan berlawan bagi empuk. A keras B liat C lembik D mengkal Sekian terima kasih. | Perkataan "empuk" berlawanan dengan "keras". | Tatabahasa | 30.08.2013 |
Salam 1. Di manakah kesilapan ayat ini.Mohon penjelasanTerima kasih Contoh 1. Ubi kentang yang kakak rebus sudah empuk. | Ayat itu betul, ayat pancangan dengan kata hubung "yang". | Tatabahasa | 09.10.2013 |