Ayat mana yang betul? 'Lanjutan dari itu, penempatan puan ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' atau 'Lanjutan daripada itu, penempatan puan adalah ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' | Ayat yang betul: 'Lanjutan daripada itu, penempatan puan ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' | Tatabahasa | 05.05.2011 |
Festival Jublis Emas UiTM atau Pesta Jubli Emas UiTM | Pesta Jubli Emas UiTM. Perkataan Festival adalah daripada perkataan bahasa Inggeris dan belum diterima secara sah dalam Kamus Dewan, terbitan DBP. Harap maklum. | Istilah | 26.09.2006 |
Saya pelajar UiTM yang sekarang sedang mengikuti program Latihan Industri di sebuah syarikat, iaitu TAMCO Switchgear (M) Sdn. Bhd, saya ditugaskan untuk menyiarkan artikel berkenaan aktiviti syarikat yang dijalankan baru-baru ini, saya ingin mendapatkan no yang boleh menghubungi Dewan Ekonomi untuk memuatkan artikel saya dalam majalah tersebut, kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih | Kami amat mengalu-alukan keinginan saudara untuk nmenghantra artikel kepda kami. Saudara boleh menghantar artikel kepada editor Dewan Ekonomi, jun@dbp.gov.my | Lain-lain | 04.01.2011 |
saya pelajar uitm shah alam dan bercadang handak menubuhkan satu kumpulan gendang jalanan seperti yang telah ada sekarang iaitu gendang simfoni malaysia..konsep kumpulan kami ini hanya memainkan irama2 melayu,latin,arab,asli,tradisional menggunakan gendang sahaja.. Kesemua proses penubuhan sudah saya siapkan tapi masalah kami sekarang ialah nama kumpulan ini.. bagi tujuan komersial,saya ingin mendapatkan nama yang mudah dan melambangkan ciri2 malaysia agar nama dan konsep kumpulan kmi bercirikan malaysia..tidak terlalau panjang dan tidak susah untuk di sebut.. saya harapkan mendapat beberapa cadangan yang bernas dari pihak tuan bagi memartabatkan melayu di mata dunia.. sekain,Wassalam.. | Nama kumpulan saudara memang sudah menarik. Buat masa ini kami masih mencari nama yang lebih sesuai. Pihak kami akan menghubungi saudara sekiranya mendapat nama yang lebih baik. Terima kasih. | Tatabahasa | 28.09.2007 |
saya pelajar uitm shah alam .saya ingin membuat temu janji untuk membuat kajian mengenai bahasa rojak dalam pengiklanan..... siapa pegawai yang sesuai untuk saya membuat kajian, | Bagi membantu, saudara boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM) bagi mendapatkan bahan-bahan berkaitan perkara ini. Saudara boleh membuat rujukan pada majalah-majalah dan buku-buku terbitan DBP dan bahan boleh diperoleh daripada rujukan tersebut. | Lain-lain | 08.08.2007 |
assalamualaikum 1. bolehkah sekiranya saya mendapatkan format terkini penulisan minit mesyuarat sama ada dalam bentuk kotak atau pun tidak berkotak. 2. apakah perkataan lain yang sesuai selain dari perkataan mengakses. perkataan inggeris access. 3. adakah tajuk ini sesuai untuk menulis minit mesyuarat. MESYUARAT BERKENAAN PEMBINAAN SISTEM PAKIRAN BERPALANG DI HOTEL UiTM BERSAMA JABATAN FASILITI UiTM ( KALI PERTAMA) | 1. Menulis minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Jika menggunakan bentuk dalam kotak, ruang TINDAKAN diletakkan di sebelah kanan (lajur akhir). Sekiranya ditulis menggunakan bentuk tanpa kotak, kenyataan TINDAKAN diletakkan di bawah teks atau perkara yang berkenaan. Penulisan minit mesyuarat yang baik hendaklah mematuhi ciri-ciri berikut : format yang betul (tajuk, maklumat mesyuarat, kehadiran), fakta betul, catatan yang ringkas, bahasa yang mudah difahami (tatabahasa yang betul), draf disediakan dalam tempoh tiga hari (maksimum tujuh hari) dan disemak oleh pengerusi. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku-buku yang membincangkan perkara ini. 2. Penggunaan selain daripada akses ialah capai/capaian. 3. MESYUARAT PEMBINAAN SISTEM LETAK KERETA BERPALANG DI HOTEL UiTM BERSAMA JABATAN FASILITI UiTM, BIL. 1/2011 | Tatabahasa | 11.04.2011 |
Perayaan Jubli Emas UiTM: "Raikan bersama kami" | Jawapan yang lebih tepat ialah "Raikan bersama-sama kami" | Lain-lain | 26.09.2006 |
salam, saya umar shafiz pelajar semester pertama diploma Komunikasi dan Media di UiTM Alor Gajah, Melaka. salah satu subjek yang saya ambik adalah Pengantar Bahasa Melayu . saya diberi tugasan untuk membentangkan jenis variasi dialog iaitu kiasan dan dialog lisan klasik ( dialog lisan sejarah, dialog lisan sejarah melayu, dialog lisan berbalas pantun melayu) saya menghadapi masalah untuk mencari maksud,huraian dan contoh terutamanya untuk dialog lisan klasik. saya harap ada bantuan yg diberikan kepada saya. terima kasih | Pertanyaan saudara terlalu khusus dan memerlukan perbincangan dan pembacaan yang banyak dan kajian yang mendalam terhadap teks yang berkaitan dengan komunikasi dan sastera klasik. Pertanyaan sebegini adalah di luar skop khidmat nasihat bahasa. Rujuk buku/artikel yang berkaitan seperti Keberkesanan penggunaan Bahasa Malaysia dalam komunikasi lisan, UKM, 1985; Bahasa Lisan Sebagai Bahasa Komunikasi, Pelita Bahasa Julai 2003 dan Sejarah Melayu. | Lain-lain | 14.06.2011 |
Salam Sejahtera Tuan, Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya. Saya, Afif Azfar, merupakan pelajar Tahun Akhir S.M Sains Komputer di UiTM Shah Alam. Saya mempunyai satu tugasan Universiti untuk membangunkan satu aplikasi. Secara ringkasnya, aplikasi ini akan menerima pandangan(opinion) seseorang di dalam bentuk bertulis berkaitan produk tertentu. Menerusi aplikasi ini saya akan memproses pandangan itu dan akan memberi maklum balas bahawa pandangan itu positif atau negatif. Bagi bahagian pemprosesan itu, saya memerlukan senarai kata adjektif sebagai rujukan. Sehubungan dengan itu, bolehkah saya memohon untuk mendapatkan senarai kata adjektif daripada pihak Tuan? Sekiranya boleh, apakah prosedur yang perlu saya lakukan. | Untuk makluman tuan, belum ada terbitan khusus/senarai kata adjektif dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun untuk membantu tuan menyiapkan tugasan kuliah tersebut, sila gunakan Tesaurus Bahasa Melayu.Melalui Tesaurus Bahasa Melayu, dapat mengenal pasti kumpulan kata yang diperlukan dan menyenaraikannya bagi melengkapkan tugasan tersebut. | Lain-lain | 31.07.2013 |
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI PROFESIONAL. SAYA TELAH DIPANGGIL UNTUK MENGIKUTI TEMUDUGA BAGI PROGRAM DI ATAS IAITU,LG221 SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA DI FAKULTI AKADEMIK PENGAJIAN BAHASA,UITM,SHAH ALAM PADA BESOK HARI,26/04/2008.SILA KEMUKAKAN MAKLUMAT BERKAITAN PROGRAM DI ATAS SEBAGAI RUJUKAN BAGI PIHAK SAYA.KALAU BOLEH SECEPAT YANG MUNGKIN.DALAM MASA SEKARANG. | Kami mohon maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan sdr dengan segera kerana soalan sdr dihantar pada 25 April 2008 (Sabtu) bukan hari bekerja. Walau bagaimanapun, dilampirkan beberapa rujukan tentang bahasa Melayu komunikasi untuk rujukan sdr. Ekspresi : kursus bahasa Melayu untuk kemahiran berbahasa dan berkomunikasi | Mat Zaid Hussein | Penerbit Universiti Malaya | 2003 | | Lain-lain | 25.04.2008 |