Saya keliru sama ada perlu huruf besar atau tidak: 1) Empayar Timurid/ empayar Timurid? 2) Dinasti Ming/ dinasti Ming? 3) Kerajaan Uthmaniyah/ kerajaan Uthmaniyah? 4) Sungai Johor/ sungai Johor? 5) Sultan Johor ke-3/ sultan Johor ke-3? Dan boleh terangkan/huraikan sebabnya jika perlu digunakan huruf besar, kenapa? Atau jika perlu digunakan huruf kecil, kenapa? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah 1. Empayar Timurid 2. Dinasti Ming 3. Kerajaan Uthmaniyah 4. Sungai Johor 5. Sultan Johor Ke-3. Kesemua perkataan yang diberikan merupakan kata nama khas. Oleh yang demikian, perlu dieja dengan huruf besar pada awalan perkataan tersebut. Bagi kata nama am, perlu dieja dengan huruf kecil. | Ejaan | 10.07.2022 |
Mana satu ejaan betul Empayar Uthmaniah, Uthmaniyah atau Uthmaniyyah? Ataupun Usmaniah? | Ejaan betul ialah Uthmaniyah | Ejaan | 29.10.2017 |
Kerajaan Uthmaniyyah atau kerajaan Uthmaniyah? | Ejaan yang betul ialah Kerajaan Uthmaniyah | Ejaan | 24.09.2018 |