| Dalam penulisan Bahasa Melayu, jika kata nama khas digunakan secara berulang, adakah perkataan tersebut menggunakan huruf besar atau kecil? Contoh: Kata Nama Khas: Triti Antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Uzbekistan mengenai Bantuan Bersama Undang-undang dalam Perkara Jenayah Dalam penulisan: Kementerian ini berpandangan Triti tersebut merupakan satu... Perkataan Triti tersebut sebetulnya dalam huruf besar atau kecil ya? | Apabila tidak ditulis dalam frasa yang lengkap sebagai kata nama khas, triti berfungsi sebagai kata umum dan dieja dengan huruf kecil. | Ejaan | 30.09.2022 |
| Bagaimana dan bilakah sesuai menggunakan perkataan "pertunjukkan" atau "pertunjukan" ? terima kasih, ini ialah untuk membantu murid dalam darjah dua, SJKC. | Kata terbitan yang betul ialah pertunjukkan (kata nama) dan tunjukkan (kata kerja). Perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut boleh dilihat kepada penggunaannya di dalam ayat, contohnya: Pertunjukan kebudayaan daripada negara Uzbekistan akan diadakan di Istana Budaya pada minggu hadapan dan Tunjukkan kepada kami arah ke pusat bandar. | Tatabahasa | 06.07.2011 |