Salam sejahtera, tuan. Ayat: Walaupun dia kaya, tetapi dia kedekut. Adakah walaupun...tetapi boleh digunakan dalam satu ayat? Adakah ayat berikut lebih tepat, walaupun dia kaya, dia kedekut. Terima kasih. | "walaupun ... tetapi" bukan kata hubung berpasangan. Ayat yang tepat: Walaupun dia kaya, dia kedekut. | Lain-lain | 06.03.2021 |
Salam tuan, Soalan saya, dalam bahasa Inggeris, struktur ayat seperti Although..., but... adalah salah. Adakah peraturan ini terpakai dalam BM juga, seperti Walaupun ... , tetapi ... Adakah struktur ayat sebegini salah dalam BM? | Bahasa Melayu berbeza dengan bahasa Inggeris dari segi struktur tatabahasanya. Dalam bahasa Melayu, peraturan tersebut dinamakan penanda wacana. Penanda wacana digunakan agar wujud kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Terdapat lima jenis penanda wacana dalam bahasa Melayu iaitu penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran. Sila rujuk tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 14.03.2013 |
Selamat sejahtera tuan / puan, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan walaupun . . . tetapi dalam satu ayat. Saya dapati jawapan Khidmat Nasihat tidak sama. Ada yang berpendapat bahawa dua perkataan ini boleh digunakan dalam ayat yang sama. Namun, ada juga yang berpendapat dua perkataan ini tidak boleh digunakan dalam ayat yang sama. Sila rujuk gambar yang saya sertakan. Jadi apakah kata putus bagi persoalan saya ini? Adakah perkataan "Walaupun . . . tetapi" dapat digunakan dalam ayat yang sama. Contoh: Mana yang tepat, A atau B? a) Walaupun dia sakit, tetapi dia masih berselera untuk makan. b) a) Walaupun dia sakit, dia masih berselera untuk makan. | 'Walaupun' ialah kata hubung pancangan keterangan, manakala 'tetapi' ialah kata hubung gabungan. Mengikut tatabahasa, kedua-dua kata hubung ini tidak boleh digunakan dalam satu ayat kerana terdiri daripada klausa tidak bebas. Penggunaan yang betul ialah Walaupun dia sakit, dia masih berselera untuk makan. | Tatabahasa | 12.11.2020 |
Tuan, Kalaulah kata hubung pasangan walaupun.... namun tidak terdapat dapat Tatabahasa Dewan, apakah penggantinya? Bolehkah saya menggunakan walaupun....tetapi.... Misalnya, Walaupun dia pandai tetapi malas belajar. Ayat ini gramatis? Sekian, terima kasih. | Dalam ayat contoh yang diberikan, saudara hanya perlu menggunakan perkataan walaupun, kemudian diletakkan tanda koma (,) sahaja, tidak diikuti oleh tetapi. Contoh ayat: Walaupun pandai, dia malas belajar. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 253. | Tatabahasa | 31.05.2010 |
Salam sejahtera tuan. Soalan 1 Ayat Majmuk: Orang yang datang ke rumah itu tadi tidak saya kenali. Ayat tunggal 1: Orang itu datang ke rumah tadi. Ayat tunggal 1: Orang itu tidak saya kenali. Adakah ayat tunggal di atas betul? Soalan 2 Adakah walaupun...tetapi/namun boleh wujud dalam satu ayat? Saya mendapati ada dua penjelasan yang berbeza daripada laman web DBP. Ada jawaban yang kata boleh, ada yang kata tidak boleh. Sekian, terima kasih. | - Ayat tunggal yang diberikan adalah betul.
- Kata hubung “walaupun…tetapi” boleh digunakan dalam satu ayat. Walau bagaimanapun, kata hubung “walaupun…namun” tidak gramatis jika digunakan dalam satu ayat. Kata hubung “walaupun” dan “namun” merupakan kata hubung keterangan pertentangan yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung “tetapi” pula merupakan kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 251- 252 dan 517.
| Tatabahasa | 03.03.2022 |
S alam sejahtera tuan. Soalan 1 Ayat Majmuk: Orang yang datang ke rumah itu tadi tidak saya kenali. Ayat tunggal 1: Orang itu datang ke rumah tadi. Ayat tunggal 1: Orang itu tidak saya kenali. Adakah ayat tunggal di atas betul? Soalan 2 Adakah walaupun...tetapi/namun boleh wujud dalam satu ayat? Saya mendapati ada dua penjelasan yang berbeza daripada laman web DBP. Ada jawaban yang kata boleh, ada yang kata tidak boleh. Sekian, terima kasih. | - Ayat tunggal yang diberikan adalah betul.
- Kata hubung “walaupun…tetapi” boleh digunakan dalam satu ayat. Walau bagaimanapun, kata hubung “walaupun…namun” tidak gramatis jika digunakan dalam satu ayat. Kata hubung “walaupun” dan “namun” merupakan kata hubung keterangan pertentangan yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung “tetapi” pula merupakan kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 251- 252 dan 517. | Tatabahasa | 07.03.2022 |
Salam sejahtera tuan, adakah sungguhpun…namun kata hubung berpasangan? Oleh sebab itu, ayat ini betul? Sungguhpun pegawai tentera itu dapat melarikan diri, namun beliau tidak sanggup meninggalkan anak-anak buahnya yang diserang pemberontak. Jadi, jika namun dalam ayat ini ditukarkan kepada tetapi, ayat ini tidak betul kerana walaupun…tetapi bukan kata hubung berpasangan. Betulkah penjelasan ini? | Perkataan "namun" mempunyai banyak maksud dan salah satunya ialah "tetapi". Oleh itu, penggunaan "namun" dan "tetapi" dalam ayat ini boleh digunakan bersilih ganti. | Tatabahasa | 19.02.2022 |
Tuan, Ayat berikut adalah gramatis ? 1) Walaupun beliau sangat kaya tetapi beliau sangat kedekut. 2) Walaupun beliau sangat kaya namun beliau sangat kedekut. 3) Bolehkah 'walaupun' berpasangan dengan 'tetapi'? Terima kasih | Dalam ayat contoh yang diberikan, saudara hanya perlu menggunakan perkataan walaupun, kemudian diletakkan tanda koma (,) sahaja, tidak diikuti oleh tetapi. Contoh ayat: Walaupun beliau sangat kaya, beliau sangat kedekut. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 253. | Tatabahasa | 11.07.2016 |
Bolehkah 'walaupun' digunakan bersama-sama dengan kata 'tetapi', misalnya: "Walaupun dia kaya tetapi dia kedekut". | Berdasarkan ayat yang telah diberikan oleh saudara ini, "walaupun" boleh digunakan bersama "untuk" bagi menunjukkan ayat yang orang kaya itu memang kaya, tetapi beliau memiliki sifat kedekut. Bagi membantu juga, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan. | Lain-lain | 19.11.2007 |
bolehkah kata 'sejak kebelakangan ini' atau 'sejak belakangan ini' digunakan dalam ayat? atau 'sejak akhir-akhir ini' ? kata hubung berpasangan 'walaupun.... namun' boleh ke digunakan? cth: Walaupun dia miskin, namun dia bercita-cita tinggi. betulke ayat tersebut? tq | Saudara, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian. Contoh ayat: Pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Contoh ayat kedua: Mula-mula ia menolak, tetapi belakangan ini menerima juga tawaranku. Untuk makluman saudara, penggunaan kebelakangan dan belakangan ini sebenarnya sering bertukar ganti penggunaannya. Namun bermaksud biarpun, meskipun, sungguhpun walaupun,tetapi. Oleh itu, ayat tersebut betul kerana perkataan namun dalam ayat itu bermaksud tetapi. | Tatabahasa | 21.07.2010 |