Bagaimanakah bentuk ejaan sebenar kata terbitan meN- + X-ray; adakah meng-X-ray atau mengx-ray atau mengX-ray? Jika dibandingkan dengan perkataan e-mel (meng-e-melkan), yang pertama itu tepat dan terdapat dalam PRPM DBP selain terdapat juga yang kedua dalam PRPM | Ejaan yang betul ialah meng-X-ray. | Ejaan | 11.11.2010 |
Assalamualaikum, Saya ingin kepastian tentang ejaan sebenar X-ray setelah menerima awalan meN-. mengX-ray atau meng-X-ray. Hal ini disebabkan ada cara penulisan yang berbeza berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (mengX-ray) dengan jawapan dalam PRPM (meng-X-ray). Mungkin pihak DBP mempunyai maklumat terkini tentang ejaan perkataan tersebut. Sekian, Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul x-ray apabila menerima imbuhan men ialah mengX-ray yang bermaksud mengambil gambar X-ray (sebahagian daripada badan dan sebagainya) dengan menggunakan sinar-X atau memeriksa dengan menggunakan sinar-X | Ejaan | 09.07.2019 |
Ejaan juruxray yang sebenarnya. | Ejaan yang betul ialah "juru-X-ray". | Ejaan | 18.01.2014 |
Salam Ramadan, 1. Ada Munsyi Dewan yang mengatakan bahawa kata 'meng-e-melkan' dan 'mengX-raykan' adalah salah, sepatutnya 'mengirimkan e-mel' dan 'mengimbaskan X-ray'. Pandangan tuan? 2. Ayat: Ikan sungai air tawar sangat digemari oleh kebanyakan orang yang tinggal di kampung-kampung. Betul / Salah | Salam Ramadan, 'meng-e-melkan' dan 'meng-x-raykan tidak salah tetapi lebih gramatis jika menggunakan 'mengirimkan e-mel' dan 'mengimbaskan X-ray'. Ikan sungai air tawar...salah- Ikan air tawar...betul
| Tatabahasa | 08.08.2012 |