Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata YBrs

Juga ditemukan dalam:


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bilakah singkatan "YBrs." digunakan?Singkatan Yang Berusaha, YBrs. lazimnya digunakan bagi orang yang tidak bergelar tetapi penting dalam sesuatu acara seperti Tuan Pengetua dan Pengerusi Pertubuhan/Persatuan.Lain-lain24.10.2012
1. Apakah ejean yang tepat untuk Yang Berbahagia, Yang Berusaha, YBhg atau YBhg.,YBrs atau Y.Brs. atau YBrs. 2. Jika ejaan bagi screw ialah skru, bukan skrew. Dengan demikian crew harus dieja kru bukan krew. Ejaan tidak seragam antara TV3, RTM dan akhbar. Sila beri penjelasan. 3. Saya masih keliru tentang penentuan waktu. Saya pernah merujuk dgn BDP pada awal tahun 2000. Petang bermula pada pukul 2.00 hingga 6.59 petang. Malam bermula dari pukul 7.00 hingga 11.59 malam. Penentuan waktu ini tidak seragam. TV3 menggunakan petang dari pukul 1.00 hingga 7.00 petang. Ada ketikanya 7.30 pun masih petang. Boleh tuan jelaskan tentang penentuan waktu ini. Terima kasih.

YBhg. Datuk,

i. Ejaan yang tepat ialah YBhg. dan YBrs.  ii. Sehingga kini tiada pembentukan kata kru atau krew. Padanan yang digunakan ialah petugas, pekerja atau anak kapal. 3. Pukul 12.00 hingga 1.59 ialah tengah hari; 2.00 hingga 6.59 ialah petang; 7.00 hingga 11.59 ialah malam; 12.00 hingga 12.59 ialah tengah malam; 1.00 hingga 11.59 ialah pagi.

Dicadangkan semua stesen penyiaran di bawah Kementerian berkenaan bertemu dan membuat satu keputusan tentang penyeragaman penggunaan bahasa di semua stesen penyiaran.

Tatabahasa13.05.2010
1)untuk penulisan surat rasmi, kepada ketua pengarah, seperti gelaran YBrs dan YAS adakah sesuai di tul;is Tuan/Puan. 2)Apakah mksud Singkatan YBrs dan YASUntuk penulisan surat rasmi jika ketua pengarah itu tiada gelaran seperti  Datuk atau Tan Sri dan sebagainya, sapaan yang sesuai ialah Tuan atau Puan. Perkatann Yang Berusaha hanya digunakan dalam teks ucapan.  Untuk singkatan YAS setakat ini pihak kami belum mengetahui apakah nama penuh singkatan ini.Lain-lain11.06.2014
Assalamualaikum. Tuan/Puan yang dihormati. Saya memohon pengesahan perkara berikut dalam surat rasmi. Perlukah setiap panggilan hormat ditulis dalam surat? Contoh 1 YBhg. Dato’/YBrs.Tuan, Contoh 2 YBhg. Dato'/Tuan? Contoh yang manakah yang betul? Terima kasih.Waalaikumsalam,

Kedua-dua contoh, iaitu Contoh 1: YBhg. Dato’/YBrs.Tuan, Contoh 2: YBhg. Dato'/Tuan? boleh digunakan, bergantung pada makna gelaran dan individu yang ditujukan seperti yang berikut:
Sapaan YBhg. Dato’ digunakan pada individu yang mempunyai gelaran kehormat dato’/datuk
Sapaan Tuan digunakan pada orang biasa ( lelaki) yang tidak mempunyai gelaran warisan atau kehormat.
Sapaan kehormat YBrs. boleh digunakan bagi pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat
Istilah20.08.2018
Assalam Selain daripada Ybrs, YAbrs adakah Ybhg juga termasuk pangkat tidak bergelar yang tidak boleh ditulis hanya di sebut secara lisan sahaja? Terima kasih.Salam sejahtera.

Untuk makluman,

Tiada larangan atau arahan yang tidak membenarkan untuk mengeja perkataan "Yang Berbahagia" / "Yang Berusaha" / "Yang Amat Berbahagia" / "Yang Amat Berusaha". Sememangnya boleh digunakan untuk ejaan dan sebutan bagi gelar yang berkenaan. Gelar "Yang di-Pertuan Agong" (YDPA) tiada masalah dan tiada larangan untuk dieja.
Lain-lain22.01.2020
Maksud perkataan "sasana" seperti dalam ayat ini: YBrs. Dr/tuan/puan, Saya dengan hormatnya merujuk kepada perbincangan dengan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) bertarikh 21 September 2017, mengenai perkara di atas. Keputusan YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bagi pelaksanaan Sasana Bahasa dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Perkhidmatan Awam Bil. 13 Tahun 2017 bertarikh 19 Julai 2017 dan Mesyuarat Prapelaksanaan Sasana Bahasa Bil. 1 Tahun 2017 telahpun diadakan pada 27 Julai 2017 (Khamis) yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Suhaime Mahbar, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD) adalah jua dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan mengadakan MESYUARAT PELAKSANAAN SASANA BAHASA BILANGAN 1 TAHUN 2017 seperti butiran berikut: Tarikh : 29 September 2017 (Jumaat) Masa : 9.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Aras 9, Blok C1, Kompleks C Jabatan Perkhidmatan Awam 62510 PUTRAJAYA.Kata sasana belum terakam dalam data DBP.  Pencarian kami menemui kata sasana berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud lokasi, pusat, bangunan atau arena di mana masyarakat berkumpul untuk bermesyuarat. Frasa ‘sasana bahasa’ dalam pertanyaan puan boleh membawa maksud lokasi, pusat, arena, mesyuarat, majlis berkaitan isu atau program bahasa.Makna28.09.2017
Tuan/Puan, Memohon pengesahan bagi pemakaian nama dan gelaran untuk sasterawan negara bagi sesuatu program. YBrs. Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh Sasterawan Negara ke-6 atau Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh Terima KasihSalam sejahtera,

Penggunaan gelaran yang betul ialah

Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh

Sekian, terima kasih.
Lain-lain25.09.2017
Suziyani Farhana 2.36 PTG Suziyani Farhana salam tuan, saya nak bertanya apakah gelaran panggilan yang sesuai bagi Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian yang tidak mempunyai gelaran Dato', adakah sesuai YBrs. (Yang Berusaha) En. xxx?Sapaan kehormat "Yang Berusaha" boleh digunakan bagi pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat.Tatabahasa29.08.2017
Apakah yang paling tepat untuk saya tulis terutama di dalam surat jika pegawai saya bergelaran MEJ. (K) HJ. samaada Y.Bhg, Y.Brs atau ader yang lain.Sapaan yang sesuai ialah YBrs. ; Ini berdasarkan sapaan bagi pegawai kanan kerajaan yang belum menerima gelaran kehormat seperti dato' dan sebagainya.Lain-lain14.10.2010
Asslamualaikum, Saya ingin bertanya tentang amalan DBP untuk gelaran penerima yang ramai dalam surat rasmi. Jika penerima surat itu ada gelaran Dr. dan beberapa penjawat awam yang lain, apakah kata sapaan permulaan surat yang digunakan? 1. YBrs. Dr./Tuan/Puan 2. Tuan/Puan 3. Tuan Yang mana satu menjadi amalan DBP atau yang seharusnya digunakan dala surat rasmi?Sapaan yang betul untuk doktor (Dr.) ialah tuan, kecuali yang mendapat gelaran istana atau kerajaan. Yang Berusaha lazimnya digunakan untuk menyapa seseorang yang merupakan individu terpenting dalam menjayakan sesuatu program. Yang Berbahagia digunakan untuk individu yang mempunyai gelaran kehormat seperti Tan Sri, Tan Seri, Dato', Datuk, tetapi bukan wakil rakyat.Lain-lain28.02.2020
12

Kembali ke atas