| Salam, sy keliru, titah ydpa semalam yg berbunyi “ydpa dukacita”, adakah dukacita bermaksud marah dlm bahasa istana? Kalau rujuk di portal istana negara, dukacita bahasa awam = murka bahasa istana. Blh jelaskan? | Dukacita bermaksud duka, susah (sedih) hati. Manakala murka bermaksud marah. Oleh itu, dukacita juga digunakan sebagai bahasa istana. | Lain-lain | 30.07.2021 |
| Salam sejahtera. Tuan/Puan, jika seorang warga asing bercakap dengan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia (YDPA) menggunakan bahasa Melayu, apakah gelaran yang patut digunakannya untuk menggelar YDPA? Terima kasih. | Salam sejahtera, Untuk makluman, beliau perlu menggunakan gelaran seperti masyarakat tempatan iaitu tuanku bagi Yang Di-Pertuan Agong Malaysia (YDPA). | Lain-lain | 13.08.2015 |
| Apakah perbezaan gelaran Dato' dengan Datuk? Adakah benar gelaran Dato' untuk darjah kebesaran yang diberikan oleh TYT atau Raja di setiap negeri. Manakala Datuk pula gelaran bagi mereka yang memperoleh darjah kebesaran daripada YDPA | Gelaran Dato' dikurniakan oleh negeri bersultan/beraja dan gelaran Datuk dikurniakan oleh negeri tidak bersultan/beraja atau Wilayah/Kerajaan Persekutuan. | Lain-lain | 28.01.2014 |
| Assalam Selain daripada Ybrs, YAbrs adakah Ybhg juga termasuk pangkat tidak bergelar yang tidak boleh ditulis hanya di sebut secara lisan sahaja? Terima kasih. | Salam sejahtera. Untuk makluman, Tiada larangan atau arahan yang tidak membenarkan untuk mengeja perkataan "Yang Berbahagia" / "Yang Berusaha" / "Yang Amat Berbahagia" / "Yang Amat Berusaha". Sememangnya boleh digunakan untuk ejaan dan sebutan bagi gelar yang berkenaan. Gelar "Yang di-Pertuan Agong" (YDPA) tiada masalah dan tiada larangan untuk dieja. | Lain-lain | 22.01.2020 |
| PAPAN TANDA NIAGA/IKLAN PERMIS INI TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAIMANA UNDANG-UNDANG DARI AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 DAN AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976. BAHASA MELAYU WAJIB DIUTAMAKAN DARI SEGI 1. SAIZ 2. KEDUDUKAN 3. DAN WARNA BERBANDING BAHASA ASING. MOHON PERIKSA PREMIS SEKITAR KAWASAN INI JUGA TERMASUKLAH PAPAN IKLAN/BUNTING/BANNER HARAM YANG LANGSUNG TIDAK MENGGUNAKAN SEPATAH HARAM PUN BAHASA MELAYU. PBT WAJIB MENJALANKAN FUNGSINYA MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG SEDIA ADA DAN MEMPERKASA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. "KALAU ADA YANG TIDAK TERIMA BAHASA MELAYU , LEBIH BAIK JANGAN DUDUK DI MALAYSIA," YDPA SULTAN IBRAHIM SUDAH BERTITAH , PEGAWAI KERAJAAN TUNGGU APA LAGI ? SILA AMBIL TINDAKAN DENGAN SEGERA ! | Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu pada papan premis perniagaan. DBP amat menghargai usaha memartabatkan bahasa kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Usaha tuan dalam memantau dan melaporkan isu sebegini juga amat diambil berat kerana membantu memperkukuh pematuhan bahasa kebangsaan secara bersama. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan peraturan ini terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan undang-undang kecil berkaitan, termasuk keutamaan bahasa Melayu dari segi saiz, kedudukan, serta warna. Untuk tindakan penguatkuasaan, sila hantar aduan rasmi kepada PBT yang berkenaan (DBKL) berserta dengan gambar, lokasi tepat, dan butiran lain. DBP boleh membantu menyemak kesahihan sijil DBP jika tuan memberikan maklumat lanjut (nombor sijil atau nama penuh premis). Terima kasih sekali lagi atas keprihatinan dan semangat tuan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. | Lain-lain | 27.01.2026 |