Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep anak perempuan (kpd): Kumari ~ Gopal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata a/p


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan ironi sama dengan kesan. adakah ia membawa maksud yang baik atau tidak

Menurut Kamus Dewan Perdana (2020) ironi mempunyai dua takrifan:

1. Kejadian atau keadaan yang berlaku sebaliknya, bertentangan daripada jangkaan atau kebiasaan

Contoh ayat: Ironinya pada masa sekarang, mentaliti orang Melayu sudah bertukar kpd materialisme dan bukannya utk kebajikan akhirat.

2. Sindiran yang terselindung dalam ucapan atau kata-kata manis

Contoh ayat: Edi yakin bahawa pujian temannya itu tidak mengandungi ironi.

Manakala kesan mempunyai lima takrifan:

1. Sesuatu kebaikan atau keburukan yang timbul selepas berlakunya sesuatu kejadian

Contoh ayat: Hujan yang turun berturut-turut selama tiga hari itu menimbulkan kesan buruk pada kampung kami.

2. Tanda atau bekas yang ditinggalkan oleh seseorang atau sesuatu

Contoh ayat: Polis mencari kesan yang mungkin ditinggalkan oleh pembunuh Samy.

3. Sesuatu yang mempengaruhi pemikiran, perasaan, perwatakan dan sebagainya seseorang

Contoh ayat: Menonton filem seram meninggalkan kesan takut kepada sesetengah kanak-kanak.

4. Hasil yang diperoleh daripada sesuatu

Contoh ayat: Kesan daripada kongres bahasa itu merapatkan lagi hubungan antara ahli-ahli bahasa di Indonesia dan Malaysia.

5. lihat mengesan

Berdasarkan takrifan-takrifan yang dinyatakan di atas, ironi dan kesan berbeza maksud dan konteks. Kedua-dua perkataan ini mempunyai fungsi dan makna tersendiri dalam bahasa.


Makna20.04.2025
Berkenaan penulisan artikel dan buku

Sila hantarkan karya anda melalui surat atau e-mel kepada:

 

Pengarah Jabatan Penerbitan,

Jabatan Penerbitan, Aras 22,

Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur.

azahari@dbp.gov.my

 

dan salinan kepada (cc)

 

Setiausaha Pejabat Jabatan Penerbitan

E-mel: norfazliatul@dbp.gov.my

Jabatan Penerbitan: 03-2147 9534
Lain-lain02.11.2024
Bagaimana untuk menghantar manukrip buku kepada DBP untuk penerbitan. Mohon pencerahaan.

Sila hantarkan karya anda melalui surat atau e-mel kepada:

 

Pengarah Jabatan Penerbitan,

Jabatan Penerbitan, Aras 22,

Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur.

azahari@dbp.gov.my

 

dan salinan kepada (cc)

 

Setiausaha Pejabat Jabatan Penerbitan

E-mel: norfazliatul@dbp.gov.my

Lain-lain12.09.2024
Assalamualaikum , bagaimana untuk penghantaran karya puisi ke Majalah DBP melalui emel ?

Sila hantarkan karya/artikel anda melalui surat atau e-mel kepada:

 

Ketua Editor Bahagian Majalah,

Bahagian Majalah, Aras 20,

Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur.

E-mel: ros_omar@dbp.gov.my

 

dan salinan kepada (cc)

 

Perancang Bahasa Bahagian Majalah

E-mel: aninah@dbp.gov.my

Karya26.10.2024
Assalamualaikum. Cara menerbitkan buku biografi di DBP dan formatnya? Terima kasih.UNtuk maklumat lanjut, puan boleh menghubungi Jabatan Penerbitan DBP seperti maklumat yang berikut:

Pengarah Jabatan Penerbitan,

Jabatan Penerbitan, Aras 22,

Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur.

azahari@dbp.gov.my

 

dan salinan kepada (cc)

 

Setiausaha Pejabat Jabatan Penerbitan

E-mel: norfazliatul@dbp.gov.my

Lain-lain12.10.2024
Soalan dlampirkanUntuk pertanyaan berkaitan dengan penerbitan di Dewan Bahasa dan Pustaka, tuan boleh membuat pertanyaan kepada Jabatan Penerbitan DBP melalui maklumat seperti di bawah:

Pengarah Jabatan Penerbitan,

Jabatan Penerbitan, Aras 22,

Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur.

azahari@dbp.gov.my

 

dan salinan kepada (cc)

 

Setiausaha Pejabat Jabatan Penerbitan

E-mel: norfazliatul@dbp.gov.my

Lain-lain09.12.2024
Bagaimana untuk saya mahu mendapatkan kelayakan papan tanda kedai saya?

1.    Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my.

 

2.    Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun.

 

3.    Log masuk setelah akaun diaktifkan.

 

4.    Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

 

5.    Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan.

 

6.    Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

 

7.Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

8. Sila betulkan kepada BENGKEL MOTOSIKAL

9.Sila gunakan nama kedai yang sama dengan nama perniagaan/syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sekiranya ingin menggunakan nama kedai yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul.

10. Terjemahkan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris).

Talian khidmat pelanggan 0321479100 atau 0321479200

Lain-lain29.09.2024
Soalan seperti di lampiran.

Ayat nombor 1, 4 dan 5 diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut:

 

1.       "Analisis faktor komponen utama menggunakan putaran varimax telah dijalankan ke atas 81 item untuk meneroka bilangan konstruk."

 

2.       "Analisis faktor komponen prinsipal menggunakan putaran varimax dijalankan melibatkan 81 item dengan meneroka bilangan konstruk."

Perkataan "buah" dalam konteks ini tidak perlu digunakan.

 

3.       "Analisis faktor komponen prinsipal menggunakan putaran varimax dijalankan ke atas 81 item bagi meneroka bilangan konstruk."

Perkataan "kepada" digantikan dengan "ke atas" mengikut konteks penggunaan dalam ayat.

Tatabahasa24.01.2025
Salam Sejahtera tuan/puan. Bolehkah tuan/puan jelaskan cara menggunakan tanda baca koma sebagai pemisah ayat atau klausa

Antara fungsi tanda koma sebagai:

 

1.    Memisahkan unsur kata dan frasa yang berurutan.

Contoh: Bendera itu berjalur merah, putih dan biru.

 

2.    Memisahkan beberapa ayat setara.

Contoh: Pelita itu dinyalakan, dibawa masuk ke bilik tidur, diletakkan di   hujung katil.

 

3.    Memisahkan klausa utama daripada keterangan tambahan yang bermula dengan “iaitu”, “yakni” dan “misalnya”.

Contoh: Ada dua warna yang selalu menjadi pilihannya, iaitu merah jambu dan kuning langsat.

 

4.    Memisahkan klausa komplemen, atau frasa klausa dan keterangan daripada ayat induk (dalam ayat songsang).

Contoh: Jika hujan lebat, pertunjukan itu terpaksa dibatalkan.

 

5.    Memisahkan kata atau ungkapan yang diulang.

Contoh: Tiada lain yang dibuatnya, melainkan menangis, menangis, menangis!

 

6.    Memisahkan ayat petikan langsung. 

Contoh: Katanya, “Esok kita pulang.”

 

7.    Memisahkan kata nama atau frasa nama daripada frasa penjelasan yang mengikutinya.

Contoh: Dia ke kota dengan kereta abangnya, Proton Perdana hitam.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 109 – 113.

Ejaan05.07.2024
Perkataan dalam papan iklan boleh diluluskan

Sekiranya ini iklan Papan Premis Kedai/Pejabat/Syarikat, sila betulkan seperti yang berikut:

1. Sila tukarkan TADIKA PILIHAN KANAK-KANAK kepada TADIKA dan letak di bahagian atas sebelah kiri visual iklan sebagai keterangan aktiviti perniagaan.

2. Sila tulis nama kedai atau syarikat seperti yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bahagian tengah iklan.

3. Pinda kedudukan PRE-SCHOOL/TULISAN DALAM BAHASA MANDARIN di bawah nama premis yang berdaftar.

4. Letak titik untuk singkatan – TEL.: XXX

Untuk pertanyaan yang akan datang, sila kemukakan soalan yang lebih jelas. Sila hubungi kami melalui talian 03-2147 9100/9200.


Lain-lain13.01.2025
12345678910...

Kembali ke atas