Apa kah terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk perkataan go-live (Bahasa Inggeris) Dalam Bahasa Inggeris:, Go-live is the time at which something becomes available for use. In software development, for example, go-live is the point at which code moves from the test environment to the production environment. As a verb, go-live means to make such an event happen. | Belum ada terjemahan dan contoh penggunaan go-live dalam pangkalan data kami. Mohon tuan berikan cadangan terjemahan untuk membantu kami mencari padanan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.12.2017 |
Apakah padanan yang sesuai untuk "Go all the way" Terima kasih | Maksud "Go all the way" boleh memberi maksud yang berbeza mengikut konteks ayat. Cadangan daripada pihak kami maksud Go all the way ialah: 1. Pergi Berterusan 2. Pergi sepanjang jalan
| Makna | 26.09.2017 |
i want go to the shop | Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula. | Lain-lain | 23.01.2011 |
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai untuk frasa "on the go"? Frasa digunakan pada aplikasi telefon pintar dan membawa maksud mudah di pakai di mana-mana sahaja. Contoh ayat: Add invoice instantly on the go. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | DBP mencadangkan frasa on the go diberikan padanan mudah alih untuk merujuk telefon pintar (alat, peranti) yang mudah digunakan di mana-mana sahaja. | Istilah | 13.08.2018 |
Adakah istilah "Go Green" bernaksud amalan hijau dalam bahasa melayu. | Menurut data kami, padanan Amalan Hijau adalah betul bagi perkataan "Go Green" | Makna | 23.11.2016 |
terjemahan sebenar KAD TOUCH N GO dalam Bahasa Melayu??? | Untuk makluman belum ada istilah khusus dalam pangkalan data kami untuk "KAD TOUCH N GO." Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang kami cadangkan ialah KAD SENTUH DAN JALAN atau KAD SENTUH DAN LALU. | Istilah | 06.09.2012 |
Apakah terjemahan bagi "on-the-go" dan "car boot sale"? Saya tahu "mudah alih" adalah bagi alat-alat atau peranti. Tapi bagaimana pula kalau untuk, contohnya, "foodtruck" dan sebagainya? | Dalam Oxford English Dictionary, on the go ialah frasa tidak baku (slanga) yang membawa maksud very active or busy, manakala dalam Collins English Dictionary on the go juga frasa tidak formal untuk active or energetic. Maka terjemahannya mengikut konteks. Cadangan terjemahan "car boot sale' ialah jualan but kereta, manakala cadangan bagi "foodtruck" ialah lori atau van makanan bergerak. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.12.2015 |
Assalamua'alaikum. mohon bantuan ejaan bagi tiga nama syarikat ini di dalam jawi sebagai pengesahan dbp. 1. KORDIOR UTILITI PAHANG SDN BHD 2. PAHANG GO SDN BHD 3. ASIA DEBUT SDN BHD sekian, Terima Kasih. | 1. KORDIOR UTILITI PAHANG SDN BHD - کوريدور اوتيليتي ڨهڠ سنديرين برحد 2. PAHANG GO SDN BHD - ڨهڠ ݢو سنديرين برحد 3. ASIA DEBUT SDN BHD - ايشا ديبيو سنديرين برحد | Ejaan | 13.12.2019 |
which net i had to go | Untuk makluman, selain daripada pengesahan bahasa dalam talian (on-line), saudara juga boleh mendapatkan pengesahan bahasa di Kaunter Khidmat Bahasa di tingkat 25, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Waktu perkhidmatan kaunter adalah seperti yang berikut: Hari Isnin - Khamis : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari dan 2.30 petang - 4.30 petang Hari Jumaat : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari dan 3.00 petang - 4.30 petang (kecuali hari Sabtu, Ahad dan hari Kelepasan Am) | Lain-lain | 21.06.2011 |
You're about to leave the page and go to another site. Apakah cadangan terjemahan yang sesuai untuk frasa 'about to leave'? Terima kasih | Cadangan terjemahan yang sesuai untuk about to leave ialah “akan meninggalkan”. (Anda akan meninggalkan halaman ini untuk ke tempat lain). Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.03.2017 |