building tomorrow's leader's today | cadangan membina asa depan pemimpin hari ini, "pemimpin hari ini, membina hari esok" | Lain-lain | 06.04.2007 |
terjemahan untuk "arm's length deal" | Untuk makluman, istilah "arm's length deal" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun terdapat istilah "arm's length" yang padanan bahasa Melayunya ialah selengan (bidang Ekonomi) dan tulus (bidang Percukaian). Contohnya: arm's length bargaining - rundingan selengan, arm's length transaction - urus niaga tulus). Istilah untuk "deal " pula ialah rundingan atau urus niaga. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah rundingan selengan atau rundingan tulus. | Istilah | 22.01.2013 |
apakah perkataan yang membawa maksud situasi pengasingan berpihak atau pertentangan kecenderungan, kepentingan dan perbezaan matlamat sesuatu kumpulan. Jawapan : _ _ K _ R _ S A S i | Untuk makluman tuan, perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tuan dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan dalam talian di laman web DBP untuk membantu menjawab peraduan teka silang kata. | Tatabahasa | 09.09.2013 |
ejaan 'diurussetiakan' - satu 's' atau 2 's' | Puan, Ejaan yang betul 'diurussetiakan'(2 's'). | Ejaan | 28.04.2010 |
Berdasarkan penjelasan dalam Clik DBP:Berita Harian- 'baru' (just) ialah kata bantu manakala 'baharu' (new) ialah kata adjektif. Apabila saya merujuk Kamus Dewan (Edisi 4) m.s.105 (baharu) dan .s.s 131 (baru),penjelasan yang diberi tidak bermaksud demikian. Tolong jelaskan. | Dalamkamus Dewan, kata “baru” bermaksud belum (tidak) ada sebelumnya, (yang) belum lama wujud (dikeluarkan, diterbitkan dan sebagainya). Perkataan “baharu” pula ialah baru (baharu). Tambahan maklumat yang diberi berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, baharu biasa digunakan dalam bentuk adjektif seperti untuk menerangkan buku baharu. Kesilapan berlaku kerana tidak menyatakan sumber kedua maklumat tersebut. Sekian, terima kasih. | Makna | 04.12.2008 |
salam 1 Malaysia. Saya ingin membuat pertanyaan tentang penggunaan noktah bagi perkataan berikut di hujung ayat. Contoh ayatnya. ayat 1: Salasilah Nabi Isa datang daripada Nabi Ibrahim a.s. melalui puteranya Ishak a.s. atau ayat 2: Salasilah Nabi Isa datang daripada Nabi Ibrahim a.s. melalui puteranya Ishak a.s.. noktah di belakang a.s. perlu diletakkan satu atau dua bagi hujung ayat. Ayat 1 atau 2 mana satu yang betul. | Dua tanda noktah perlu dibubuh dalam keadaan yang tersebut, noktah pertama bagi singkatan dan noktah kedua bagi penutup. | Tatabahasa | 11.06.2013 |
arm's length - arm's length transaction | selangan - contoh urus niaga selangan | Lain-lain | 11.04.2007 |
bagaimanakah penggunaan yang betul, singkatan untuk s.w.t. S.W.T. SAW | Singkatan yang betul ialah SWT dan SAW | Lain-lain | 15.08.2007 |
Soalan 1: Mana satu betul? - Kata ganti Diri. - Kata ganti nama diri. Soalan 2: Apakah kata ringkasan untuk "muka surat"? m.s. atau m/s atau ms. Terima kasih | 1: Buku Tatabahasa Dewan menggunakan istilah Kata Ganti Nama Diri. 2: Singkatan muka surat ialah m.s. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
Manakah yang betul dalam penggunaan ayat di bawah? 1. Athens dipilih sebagai tempat berlangsungnya Sukan Olimpik. 2. Athens dipilih sebagai tempat berlangsungnya sukan Olimpik. Penggunaan huruf "S" besar atau "S" kecil? Sekian, terima kasih. | Huruf "S" ialah huruf besar kerana Sukan Olimpik ialah nama khas. | Ejaan | 03.08.2011 |