"Sejak abad ke abad" Bolehkah sejak dan ke digunakan sebegini atau wajib membubuh "dari abad ke abad"? | Frasa yang betul ialah "dari abad ke abad" dan jika perkataan sejak hendak digunakan, frasa yang betul ialah "sejak abad ke-19 ...". | Tatabahasa | 29.10.2012 |
Salam sejahtera, Saya kini sedang belajar sejarah bahasa Melayu di universiti saya. Saya agak keliru dengan pengunaan tarikh Masihi berbanding dengan abad. Contohnya, sebuah batu bersurat dijumpai di Kuala Berang yang bertarikh 1303 Masihi. Abad ini juga dikenali sebagai abad ke-14. Setahu saya, seabad mengandungi 100 tahun. Mengikut kiraan, bukankah abad itu sepatutnya dikenali sebagai abad ke-13? Saya berharap tuan/puan dapat menyelesaikan kemusykilan saya. Sekian terima kasih. Yang benar, Brian Kumar | Kiraan abad bermula dari tahun 1 - 100 = abad pertama, 101 - 200 = abad ke-2, 201 - 300 = abad ke-3 dan begitulah seterusnya hingga tahun 1301 - 1400 = abad ke-14. | Lain-lain | 11.11.2010 |
dalam ayat, kita perlu guna apa..dalam abad atau pada abad kini atau sekarang? | Jawapan yang betul ialah pada abad kini. | Lain-lain | 08.10.2010 |
apakah sejarah bahasa melayu? | Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iatu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap,iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia. | Lain-lain | 14.12.2007 |
Selamat sejahtera, Di sini saya ingin menanya satu soalan. dalam sepanjang abad atau di sepanjang abad. Apakah perbezaan antara dalam sepanjang dan di sepanjang. Sekian, terima kasih. | Di sepanjang biasanya digunakan untuk menunjukkan tempat seperti di sepanjang sungai, di sepanjang jalan dan di sepanjang pantai. Untuk menunjukkan masa, perkataan "sepanjang" sudah memadai dan tidak perlu menggunakan "dalam". Contohnya, "sepanjang abad ke-18". | Tatabahasa | 31.05.2012 |
Boleh berikan definisi bagi tajuk " Bahasa Melayu Abad Ke Tujuh" ? | Bahasa Melayu abad ketujuh bermaksud bahasa Melayu yang digunakan oleh kerajaan Melayu pada abad ketujuh di daerah Jambi, Sumatera. Bahasa Melayu pada masa itu disebut bahasa Melayu kuno yang menggunakan tulisan Pallawa. Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. | Makna | 08.01.2008 |
Salam sejahtera.Saya ingin mengajukan satu solan kepada DBP tentang kesalahan tatabahasa.Yang mana satu tepat .. DALAM ABAD ATAU PADA ABAD? Harap pihak DBP dapat membantu saya.Terima kasih. | Saudara, Kedua-duanya boleh digunakan. Pada kebiasaannya kesalahan yang dilakukan ialah penggunaan kata sendi nama 'di' untuk masa. | Tatabahasa | 08.08.2010 |
saya ingin dapatkan maklumat tentang sejarah, ciri-ciri dan fungsi bahasa melayu. Sekian, tq | Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iatu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap,iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut tentang ciri-ciri dan fungsi bahasa Melayu selain sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia. | Lain-lain | 26.07.2009 |
Saya Masimoh sedang belajar bahasa Malayu dasar,ingin tertanya . Bahasa Melayu berasal dari mana. | Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu Polinesia daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 1, Sejarah Ringkas Bahasa Melayu atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia. | Lain-lain | 24.10.2013 |
sayer nk semua maklumat mengenai bahasa melayu moden pra merdeka. harap pihak DBP dapat beri kerjasama secepat mungkin. terima kasih... | Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iatu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap,iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (DBP), Perpustakaan Negara Malaysia, Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar, Susur Galur bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 27.05.2010 |