Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj terbiar, ditinggalkan + approp n; (of baby, child) buangan, dibuang /orang, ibunya/: ~ windmills, kincir-kincir yg terbiar; a home for ~ wives, rumah tempat kediaman isteri-isteri yg ditinggalkan suami; an ~ child, anak buangan; an ~ house, rumah tinggal, rumah yg tdk berpenghuni lagi. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abandoned


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah abandoned child diistilah sasarkan sebagai anak terlantar yang sewajarnya diistilahkan sebagai anak terabai atau anak diabai sesuai dengan Akta Kanak-Kanak 2001 yang menjelaskan tentang pengabaian kanak-kanak.Penggubal istilah bidang sosiologi memutuskan penggunaan “anak terlantar” untuk abandoned child. Kamus Inggeris Melayu Dewan memberikan perkataan “budak terbiar/terbuang” dan “anak buangan” sebagai padanan bahasa Melayu untuk abandoned child. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat “terbiar juga bermaksud terabai;  terlantar.  Oleh itu, tuan/puan boleh memilih untuk menggunakan anak terabai, anak terbuang atau anak terlantar bergantung pada penggunaan perkataan tersebut dalam ayat dan situasi.Istilah18.11.2018
Saya ingin bertanya, adakah terdapat istilah bahasa melayu untuk perkataan marine debris dan/atau marine litter? Berikut adalah definasi marine debris yang telah diberikan oleh Secretariat of the Convention on Biological Diversity: Marine debris is any persistent, manufactured or processed solid material discarded, disposed of, or abandoned in the marine and coastal environment. While this definition encompasses a wide range of materials, most items fall into a relatively small number of material types such as glass, metal, paper and plastic. Plastic items are the most abundant type of marine debris on a global scale and plastic is also the most frequently reported material in encounters between debris and marine organisms. Marine debris commonly stems from shoreline and recreational activities, ocean/waterway activities, smoking related activities, and dumping at sea (Ocean Conservancy, 2010). Man-made items of debris are now found in marine habitats throughout the world, from the poles to the equator, from shorelines and estuaries to remote areas of the high seas, and from the sea surface to the ocean floor. Mohon nasihatKami mencadangkan padanan istilah seperti berikut:

1. Marine debris: puing laut atau reja laut.

2. Marine litter: sarap laut, sampah laut atau sampah sarap laut. 

Semua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah13.04.2021

Kembali ke atas