Salam.. Adakah semua perkataan berikut di bawah boleh dikategorikan sebagai simpulan bahasa? Mohon penjelasan pihak DBP. 1.abad komputer 2.abang ipar 3.abang kandung 4.abang kendong 5.abang sanak ayah 6.abang sanak ibu 7.abang saudara 8.abang sepupu 9.abang tiri 10.abilah peringgi 11.baju dalam 12.baju dingin 13.baju hujan 14.baju jas 15.baju Johor 16.baju kahwin 17.baju kebal 18.baju kebaya 19.baju kelepak 20.baju kemeja 21.baju kepuk 22.baju kotong 23.baju kuntum 24.baju kurung 25.baju lasak 26.baju monyet 27.baju panas 28.baju sejuk 29.baju seroja 30.baju teluk belanga 31.baju teratai Terima Kasih. | Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya seperti kaki ayam yang bemaksud orang yang tidak memakai kasut dan tangkai jering bermaksud orang yang kedekut. Contoh perkataan yang saudara berikan tidak termasuk dalam kumpulan simpulan bahasa. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
Yang manakah ayat berikut betul? 1. Abang saya melanjutkan pelajarannya di London. 2. Abang saya melanjutkan pelajarannya ke London. 3. Abang saya akan melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya. 4. Abang saya akan melanjutkan pelajarannya ke univerisiti Malaya. | Jawapan yang betul ialah 1. Abang saya melanjutkan pelajarannya di London. 2. Abang saya akan melanjutkan pelajarannya ke Univerisiti Malaya. | Lain-lain | 19.08.2010 |
Siapakah penulis yang menggunakan nama pena APAM? | Abang Patdeli Abang Muhi. Beliau dilahirkan di Kuching, Sarawak dan menulis dalam genre skrip drama dan cerpen. Sekarang beliau bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di DBP Kuala Lumpur. | Lain-lain | 12.11.2007 |
1. Buku itu dibaca oleh abang. 2. Buku itu abang baca. Ayat 1 @ Ayat 2 betul? 3. Kasut itu saya cuci. 4. Kasut itu dicuci oleh saya. Ayat 3 @ Ayat 4 betul? 5. Kampung itu dibersihkan oleh mereka. 6. Kampung itu mereka bersihkan. Ayat 5 @ Ayat 6 betul? TQ..... | 1. Buku itu dibaca oleh abang. 2. Buku itu abang baca. - Kedua-dua ayat ini betul. 3. Kasut itu saya cuci. - betul 4. Kasut itu dicuci oleh saya. - salah 5. Kampung itu dibersihkan oleh mereka. 6. Kampung itu mereka bersihkan. - kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
Abang menolong ayah memasang siku-siku di bilik saya. Apakah maksud siku-siku di dalam ayat di atas? | Siku-siku ialah alat yang berbentuk berbentuk tiga segi (bersudut 90, 60 dan 30 atau bersudut 90, 45 dan 45). | Makna | 14.11.2012 |
Abang duduk di atas kerusi di ruang tamu. Ayat ini betul tak ? Terima kasih | Ayat itu betul. | Tatabahasa | 26.07.2011 |
1.(a)Kereta itu dipandu dengan laju oleh abang. (b)Kereta itu dipandu oleh abang dengan laju. Ayat yang manakah betul? Apakah perbezaan di antara ayat-ayat ini? | Kereta itu dipandu dengan laju oleh abang. Kereta itu dipandu oleh abang dengan laju. Kedua-dua ayat tersebut betul dan sama maknanya, ayat pertama memberi penekanan kepada cara dilakukan (pandu dengan laju), manakala ayat kedua memberi penekanan kepada pelaku (dipandu oleh abang). | Tatabahasa | 30.06.2009 |
salam...tanda sempang (/), apakah kedudukan perkataan sebelum dan selepasnya? contoh: ibu membawa adik/abang ke kedai atau ibu membawa adik / abang ke kedai atau ibu membawa adik/ abang ke kedai | Tidak perlu dijarakkan seperti ibu membawa adik/abang ke kedai. | Ejaan | 14.09.2011 |
Salam, jadi berdasarkan soalan sebelum ini benarkah ayat ini "Basikal paling baharu itu abang gemari" atau "Basikal model terbaharu itu abang gemari". | Kedua-dua ayat, iaitu "Basikal paling baharu itu abang gemari" atau "Basikal model terbaharu itu abang gemari" adalah betul. | Tatabahasa | 04.04.2013 |
A)Abang berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan. B)Abang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan berenang. Yang manakah satu ayat adalah betul ? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah 'Abang berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan'. | Tatabahasa | 12.04.2011 |