Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abang long


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nak tanya mengenai penggunaan ayat untuk mengatakan kedai ditutup. Antara dua pilihan ini yang mana betul : 1. Kedai Empayar Abang Long tutup esok untuk proses pengubahsuaian kedai. 2. Kedai Empayar Abang Long ditutup esok untuk proses pengubahsuaian kedai. Patut guna tutup ataupun ditutup?Ayat yang betul ialah:   Kedai Empayar Abang Long akan ditutup esok untuk pengubahsuaian.Tatabahasa29.03.2021
mereka hanya mengeyakan kata-kata Abang Long agar tidak berlaku kehancuran dalam hubngan kekeluargaan. tuan, saya tidak memahami mengapakah kehancura adalah salah digunakan?

Kehancuran bermaksud kebinasaan atau kemusnahan dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Perkataan lain yang lebih sesuai ialah keretakan.

Tatabahasa03.08.2011
Assalamualaikum. Betulkah penggunaan kata pemeri "ialah" dan "adalah" di dalam ayat ini? Contoh 1: Ini ialah Oyen. Ia ialah kucing kampung. Oyen ialah ‘Abang Long Kawasan’. Contoh 2: Saya ialah manusia. Saya adalah rajin. Terima kasih.

Kata pemeri “ialah” dan “adalah” tidak perlu hadir dalam contoh ayat yang diberikan. Ayat yang betul ialah “Ini Oyen. Ia kucing kampung. Oyen ialah ‘Abang Long Kawasan’. Bagi contoh kedua pula, ayat yang betul ialah “saya manusia. Saya rajin”.

Tatabahasa14.06.2022
APAKAH GELARAN YANG BETUL UNTUK ADIK BERADIK CONTOHNYA ALONG, ANGAH, UDA DAN SETERUS NYAUntuk makluman saudara along, angah, uda, utih, itam dan sebagainya ialah nama timang-timangan bagi turutan adik-beradik dalam kalangan keluarga. Gelarannya pula terpulang pada peringkat timang-timangan, jika tarafnya adik-beradik maka digelarnya along/abang long/kak long, jika tarafnya ibu/bapa saudara mak digelarnya mak long/pak long.Lain-lain10.12.2010
Bagi perkataan "abang" atau "kakak", bilakah ianya boleh dijadikan kata nama khas? Ayat contoh : "Hi Abang Ali!" atau "Hi abang Ali!" Bagaimana pula dengan panggilan "Kak Long" atau "kak long". Sememangnya, saya keliru dengan penggunaan kata nama khas. Di mana boleh saya dapatkan panduan yang lebih lanjut mengenai perkara ini? Terima kasih.

Menurut data kami, kata nama khas cuma terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Contohnya, Ahmad (kata nama khas hidup manusia, Tompok (kata nama khas hidup bukan manusia) dan Kuala Lumpur (kata nama khas tak hidup). Oleh itu, "abang" dan "kak long" bukan merupakan nama khas dan tidak perlu dieja dengan huruf besar kecuali kata nama khas Ali kerana perkataan tersebut tergolong dalam panggilan. Untuk maklumat yang lebih lanjut, tuan boleh merujuk Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa20.03.2020
Salam Sejahtera. Bagaimana kerabat diraja mengelar adik-beradik mereka? Adakah frasa seperti "kanda andak" dan "dinda long" betul?Panggilan sapaan bagi kerabat diraja yang sebaya dengan abang, kakak atau adik ialah kakanda (kekanda/kanda) dan adinda (dinda). Penggunaan frasa "kanda andak" dan "dinda long" tidak ditemui dalam teks klasik bahasa diraja, khususnya dalam pangkalan data Malay Concordance Project (MCP)Kata yang selalu dikolokasikan dengan kanda dan dinda adalah seperti Kanda Tengku Embung, Kanda Seri Indera, adinda baginda tuan puteri, Adinda Asma Penglibur, adinda baginda Maharaja/Raja/Pangeran dan sebagainya. Kesimpulannya, kata kanda dan adinda digunakan secara kata nama tunggal atau frasa nama dengan gabungan yang tertentu dan khusus sifatnya (dengan kata nama khas).

Namun, tidak dinafikan adanya pengguna kata kanda dan dinda dalam panggilan orang bangsawan yang dilakonkan dalam drama kepahlawanan, kependekaran dan sebagainya.

Mohon rujuk buku Bahasa Diraja Edisi Baharu (Asmah Haji Omar. DBP, 2016) untuk penjelasan lanjut. Untuk carian makna kata yang terkini, sila dapatkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Lain-lain24.07.2023
1) Dia membatalkan hasratnya untuk menunaikan 'Solat Subuh' atau 'solat Subuh' di masjid. 2) Saya ingin bertanya makna 'triggered' bagi dua konteks ayat ini. "Abang ingatkan adik 'triggered' pasal Mak Long dera kita dulu" dan "Adik dah lama lupa tentang Mak Long melainkan tiba-tiba adik kena pukul balik. Tu mungkin boleh jadi PTSD adik 'triggered' semula.”
1.   Waktu solat merupakan kata nama am dan dieja dengan huruf kecil sekiranya bukan pada permulaan ayat. Contohnya solat subuh, solat zuhur, solat asar, solat maghrib dan solat isyak. 

2. Mengikut Kamus  Inggeris-Melayu Dewan, perkataan "trigger" membawa maksud "mencetuskan". Perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks dan situasi yang sesuai, salah satunya ialah "menjadi marah".
Tatabahasa08.12.2020
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah padanan yang sesuai bagi 'by the way' dan 'anyway' dalam bahasa Melayu? Terima kasih.Padanan dalam bahasa Melayu untuk “by the way” dan “anyway” bergantung pada penggunaanya dalam ayat. Lihat contoh ayat berikut:
1a. By the way have you seen my brother?
1b. Oh ya!  Ada tidak awak nampak abang saya?
2a. Anyway to cut a long story short he did succeed in becoming a doctor.
2b. Dipendekkan cerita, beliau berjaya menjadi doktor.
Penyemakan dan penterjemahan22.08.2018
Saya sedang membina salasilah 'Family Tree' keluarga besar saya. Saya mendapati pangkat-pangkat yang diberikan kepada ahli-ahli keluarga seperti paklong, pakngah, paklang dsb dalam sesuatu keluarga besar tu tidak standard...justeru, sila beritahu pangkat-pangkat yang betul dalam sebuah keluarga besar contohnya punyai 18 orang (ini satu kenyataan dlm keluraga besar saya)!

Untuk makluman sdr,  nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan  kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza.  Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung.  Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti.

Lain-lain29.09.2010
saya ingin tahu nama panggilan bagi keturunan ke atas dan ke bawah, seperti bermula dari saya, anak, cucu, cicit, piut selepas piut? selepas itu? begitu juga keatas saya, ayah&ibu, datuk&nenek,moyang,oneng-oneng (rujukan dari datuk), selepas oneng-oneng siapa, selepas itu siapa pula. saya sedang membuat salasilah keluarga saya dan saya perlu tau nama panggilan tersebut

Untuk makluman sdr,  nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan  kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza.  Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung.  Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti.

Istilah28.06.2009

Kembali ke atas