Tuan, adakah ayat di bawah betul? Apa Abu suka? Abu suka susu. | Ayat tanya yang betul ialah: (i) Apakah Abu suka? (ii) Atau Abu suka apa? Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah. Ayat penyata: Abu suka susu adalah betul. | Tatabahasa | 26.02.2014 |
Gabungkan ayat tunggal. 1.Abu basuh tangan. Abu basuh kaki.(dan) JAWAPAN A:Abu basuh tangan dan kaki. JAWAPAN B:Abu basuh tangan dan basuh kaki. Mana satu jawapan lebih tepat? | Ayat yang lebih sesuai bagi menggabungkan ayat tunggal ialah Abu basuh tangan dan kaki. | Tatabahasa | 03.05.2016 |
Yang manakah betul ? (a) Anak-anak Pak Abu cantik-cantik belaka. (b) Anak Pak Abu cantik-cantik belaka. (c) Anak-anak Pak Abu cantik. (d) Anak-anak Pak Abu cantik belaka. (e) Anak Pak Abu cantik belaka. | Ayat yang betul ialah ayat (b), (c), (d) | Tatabahasa | 05.03.2010 |
Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata." Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata". sepatutnya tanda noktah diletakkan di mana? | Tanda noktah dibubuh sebelum tanda petik ("... oleh mata."). | Ejaan | 19.03.2012 |
Ali dihadiahi sebuah buku oleh Abu. lebih gramatis atau Ali dihadiahi oleh Abu sebuah buku. ayat mana lebih tepat? | Ali dihadiahi oleh Abu sebuah buku. / Ali dihadiahi Abu sebuah buku | Tatabahasa | 23.07.2008 |
Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:06pm Salam Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:07pm Sy Ain. Sy nk tnya bagaimana hendak register dgn DBP tentang pembelian buku2 & majalah. Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:08pm Coz sy merupakan pembekal buku2 & majalah di sekolah2. Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:08pm So sy berminat utk berdaftar dgn DBP. Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:08pm Bgaimana caranya? | Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my. | Lain-lain | 12.02.2015 |
Kamu sedang cakap apa dengan Abu? Saya sedang bercakap tentang Rahim dengan Abu. Adakah kedua-dua ayat di atas betul? | Ayat yang gramatis ialah "Apakah perkara yang sedang kamu bualkan dengan Abu?" dan "Saya dan Abu sedang berbual tentang Rahim". Untuk rujukan perkara yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,2015), halaman 431-575. | Tatabahasa | 17.04.2024 |
Penggunan koma yang mana adalah betul? - Saya, Ali dan Abu pergi ke pasar. - Saya, Ali, dan Abu pergi ke pasar. | Ayat yang betul: Saya, Ali dan Abu pergi ke pasarTidak perlu tanda koma sebelum perkataan "dan" kerana Abu, Ali dan saya dalam kategori yang sama. | Tatabahasa | 28.10.2015 |
Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Saya marah pada Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Sama maksud ke? | 1. Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. (betul) 2. Saya marah kepada Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. (kata sendi nama"pada" diganti dengan "kepada". Salah satu daripada fungsi kata sendi nama "kepada" adalah untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama.) Oleh itu, frasa "Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya" dan "Saya marah kepada Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya" mempunyai maksud yang sama. | Tatabahasa | 30.11.2022 |
Yang manakah betul :- antara Ali dan Abu / antara Ali dengan Abu? Sekian, TK Quek CS | Yang betul ialah "antara Ali dengan Abu". | Tatabahasa | 13.04.2007 |