Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. misuse, a. (power, privilege, etc) menyalahgunakan: to ~ o’s authority, menyalahgunakan kuasa sso; b. (trust, confidence, etc) mensia-siakan; 2. revil, mencaci maki, memaki-maki: he often ~s his wife, dia sering mencaci maki isterinya; 3. maltreat, mendera, menganiayai: the court found that the child had been ~d on three occasions, mahkamah mendapati kanak-kanak itu telah didera tiga kali. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. misuse, a. (of power, privilege, etc) penyalahgunaan, (perbuatan) menyalahgunakan: ~ of power, penyalahgunaan kuasa; b. (of trust, confidence, etc) pensia-siaan, (perbuatan) mensia-siakan; 2. wrong, corrupt practice, amalan yg salah: to put a stop to ~s, menghentikan amalan-amalan yg salah; 3. maltreatment, penganiayaan: child ~, penganiayaan kanak-kanak; 4. insulting, coarse speech, caci maki, (kata-kata) makian: to hurl ~ at so., melemparkan caci maki kpd sso; term of ~, kata makian; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abuse


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Mohon pandangan perkataan bahasa Malaysia yang sesuai bagi perkataan "survivor" seperti dalam contoh "domestic abuse survivor". Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah survivor dalam domestic abuse survivor ialah penakat.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah17.01.2023
Assalamualaikum wbt., Saya ingin bertanya DBP apa terjemahan dlm Bahasa Melayu utk '' Life skills based education for drug abuse prevention". Elakkan penggunaan perkataan Kemahiran hidup untuk "Life skills" kerana subjek Kemahiran Hidup (KH) sudah sedia ada di sekolah. Terima kasih. Dr Muzafar Razali mohdrazalim@vcu.eduKami mencadangkan frasa Life skills based education for drug abuse prevention diterjemahkan kepada Pendidikan berasaskan kemahiran hidup untuk pencegahan penyalahgunaan dadah. Kami berpendapat perkataan kemahiran hidup yang sesuai dengan konteks ayat tersebut kerana life tidak sesuai diterjemahkan kepada hayat atau nyawa dan skill sememangnya merujuk kepada kemahiran.Penyemakan dan penterjemahan18.06.2014

Kembali ke atas