Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acara I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul 1. Acara lari ganti ganti atau acara lari berganti ganti 2.Pertandingan bercerita atau pertandingan cerita Tq1. Acara lari berganti-ganti
2. Pertandingan Bercerita
Tatabahasa17.07.2013
soalan saya: 1.Acara penutupan disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah perkataan 'disempurnakan' sinonim paling tepat :- a. dijalankan b.dilancarkan c.diselesaikan d.dilakukanJawapannya ialah 'Acara penutupan disempurnakan oleh..... Perkataan lain yang saudara/saudari lampirkan tidak tepat. Terima kasih.Tatabahasa23.05.2008
Adakah ayat-ayat ini betul. Kalau salah, mengapa ? 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. 2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. 3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. 4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. 5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan.1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. - tidak gramatis kerana penggunaan kata jamak sekali sahaj dalam satu ayat. 
2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. tidak gramatis kerana tinggi ialah kata dajektif dan kata adjektif tidak boleh hadir sebagai objek untuk melengkapkan ayat.
3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. - betul
4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. tidak gramatis, perkataan acara tidak perlu dijamakkan.
5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan. - betul
Tatabahasa08.08.2012
1)"Sang Kancil"buku cerita gemari Ali.(betul) 2)"Sang Kancil"buku cerita gemaran Ali.(betul) 3)"Sang Kancil"buku cerita kegemaran Ali.(betul) 4)Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu.(betul) 5)Mei Ling menyertai acara tiup belon.(betul) 6)Ali dan Abu menyertai acara upih pinang.(betul) 7)Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki.(Betul) 8)Biki menyertai acara isi air dalam botol.(betul) Terima kasih.

Ayat yang betul ialah:

1) "Sang Kancil" buku cerita kegemaran Ali.(betul)

4) Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu

5) Mei Ling menyertai acara meniup belon.

6) Ali dan Abu menyertai acara menarik upih pinang.

7) Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki.

8) Biki menyertai acara mengisi air dalam botol.

Tatabahasa23.06.2011
Selamat Pagi.... Tuan/Puan, Saya perlukan sedikit maklumat berkaitan SUKAN RAGAM/SUKANEKA: 1. Definisi 2. Tujuan Terima kasih...
  • Sdr. Adyani, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.
  • Sukan bermakna segala kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yg dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan utk menyihatkan badan, dll); ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing, menembak dan memburu; ~ laut acara-acara sukan yg berlangsung (dipertandingkan) di laut (spt perlumbaan perahu dll); S~ Olimpik sukan sedunia yg diadakan empat tahun sekali; ahli ~ orang yg giat bermain dlm sukan;
  • (manakala sukanéka bermakana sukan yg pelbagai jenis.

    Sekian terima kasih.

    Makna01.04.2009
    Assalamualaikum/Salam sejahtera, 1. Boleh atau tidak perkataan TEMBUSAN digunakan sebagai ganti kata SALINAN KEPADA atau carbon copy(c.c) kerana ada negara jiran yang menggunakannya. 2. Ada jabatan pelajaran mahupun kementerian menggunakan kata GALUS untuk pelajar yang kelompok gagal dan lulus.Dalam kamus dewan saya cari tapi tidak jumpa.Oleh itu akronim tersebut diterima pakai atau tidak oleh DBP.Jika tak sesuai apa perkataan yang sesuai untuk kumpulan pelajar tersebut. 3. Di tempat kerja saya ada blok bangunan baru 3 tingkat. Paras bawah sekali dikosongkan dan disediakan sebuah pentas untuk acara-acara tertentu.Buat sementara waktu ruang tersebut diberi nama DEWAN TERBUKA. Ada cadangan untuk memberi nama baru yang lebih kreatif.Soalannya saya sesuaikah diberi nama DEWAN... atau DATARAN...atau PENTAS... atau BALAI...atau perkatan lain yang sesuai dengan fizikal tempat tersebut.

    1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, entri tembusan mempunyai 4 takrifan, iaitu 1  sesuatu (jalan, sungai, dll) yg tembus ke; 2. sungai buatan (utk dilalui kapal dll), terusan 3. jalan yg menembusi bukit dll, terowong; 4. = ~ surat salinan surat asal. Oleh itu, entri tembusan merujuk makna ke-4 yang bermaksud salinan surat asal. Walau bagaimanapun, saudara digalakkan menggunakan frasa salinan kepada (s.k) yang digunakan dalam konteks surat rasmi di negara kita.

    2. Tidak terdapat perkataan galus sebagai akronim gagal dan lulus untuk pelajar sekolah yang terakam dalam mana-mana kamus atau buku terbitan DBP. Pihak kami mencadangkan digunakan istilah lulus bagi pelajar yang lulus dan gagal bagi pelajar yang gagal. 

    3. Sesuai digunakan perkataan dewan kerana dewan bermaksud balai (ruang) tempat diadakan sesuatu (spt persidangan, perjumpaan, forum, ceramah, dll). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui takrifan entri dewan, balai, pentas, dataran. Saudara juga boleh melayari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat yang diperlukan. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sdr. hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

    Istilah23.07.2009
    Apakah maksud bagi kata majmuk yang berikut: 1. Bulan mengambang 2. Atur mada 3. Atur acara 4. Atur program 5. Kereta dorong 6. Kereta angkat 7. Alas pintu 8. Jalan tengah 9. Apakah perbezaan antara ibu negeri dan ibu negara? Terima kasih atas balasan tuan.

    1. Bulan mengambang ialah  bulan penuh yang bercahaya dan kelihatan seolah-olah mengapung di udara.

    2. Atur mada tiada dalam data rujukan kami.
    3. Dalam data kami , ada perkataan atur cara yang bermaksud jadual pelbagai acara (kegiatan dsb) yg telah ditetapkan utk dilaksanakan (biasanya dlm sesuatu upacara, persidangan, persembahan, dll):

    Untuk makna frasa lain, puan boleh menggunakan prpm.dbp.gov.my dengan memasukkan perkataan tersebut.

    Tatabahasa04.12.2013
    (1)Perpaduan kaum dapat diwujudkan menerusi aktiviti sukan. (2)Masyarakat majmuk akan bersatu padu dan berganding bahu tanpa mengira agama, budaya, bangsa, dan kepercayaan demi meraih kemenangan dalam sesuatu acara sukan. Ayat (1) merupakan ayat topik/ isi karangan manakala ayat (2) ialah ayat huraian. DBP, adakah ayat (2) yang saya tulis jelas menghuraikan isi karangan? Jika tidak, sila beritahu. Terima kasih!Berdasarkan pengamatan kami ayat kedua ialah sebahagian daripada ayat yang menghuraikan ayat pertama. Walau bagaimanapun jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan sila berbincang dengan guru di sekolah saudara.Tatabahasa09.11.2011
    Definisi : 1) Hiburan 2) Dokumentari 3) Majalah 4) Drama 5) berita Definisi : 1)Televisyen 2) Genre1. Hiburan bermaksud sesuatu perbuatan, benda, dan sebagainya untuk menghiburkan hati.
    2. Dokumentari bermaksud tayangan (filem, televisyen) atau acara radio yang memaparkan (menceritakan) maklumat sebenar tentang sesuatu perkara.
    3. Majalah bermaksud terbitan berkala yang mengandungi makalah, fiksyen, gambar foto dan sebagainya.
    4. Drama bermaksud karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau TV.
    5. Berita bermaksud maklumat mengenai sesuatu kejadian (peristiwa, diri sendiri, dll) yang disampaikan sama ada secara lisan atau dengan surat dan sebagainya. 
    6. Televisyen ialah  penyiaran (pemancaran) gambar hidup (gambar bergerak) berserta bunyi menerusi kabel atau udara pada skrin atau kaca peti televisyen.
    7. Genre bermaksud kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk, atau kandungan tertentu.
    Lain-lain17.04.2012
    1. Bolehkah tolong saya menyemak ayat ini betul atau tidak? Setiausaha Datuk Salleh bukan sombong sebaliknya paling berwaspada selalu menerima tetamu. Tolong berikan alasan. 2. Saya masih keliru dengan letaknya kata penegas -kah dalam ayat berikut. Berapakah kilo durian itu ? atau Berapa kilokah durian itu ? dan Berapakah lama kamu tinggal di sini ? atau Berapa lamahkah kamu tinggal di sini? 3. Yang manakah betul ? Minta/Tolong berikan perhatian dan "Minta / Tolong bersabar tuan-tuan. Acara akan dimulakan sebentar sahaja lagi," kata juruacara itu. 4. Sultan dan permaisuri telah melawat ke kampung kami. Ketibaan baginda/ mereka berdua disambut oleh penduduk kampung dengan meriah sekali. 3.

    Sdr. Ming, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Saya benar-benar berharap supaya Sdr. dapat memberikan maklumat yang lengkap pada borang pertanyaan yang disediakan.

    Ayat ini, Setiausaha Datuk Salleh bukan sombong sebaliknya paling berwaspada selalu menerima tetamu, boleh dibaiki seperti ini- Setiausaha Datuk Salleh bukan sombong sebaliknya sentiasa berwaspada apabila menerima tetamu- penulis atau pengucap tidak dapat memilih perkataan yang sesuai untuk digunakan.

    bagi soalan kedua dan seterusnya jawapannya ialah, Berapa kilokah durian itu ?,  Berapa lamahkah kamu tinggal di sini?,  Tolong berikan perhatian dan "Tolong bersabar tuan-tuan. Acara akan dimulakan sebentar sahaja lagi," kata juruacara itu. Sultan dan permaisuri telah melawat ke kampung kami. Ketibaan baginda  berdua disambut oleh penduduk kampung dengan meriah sekali.

    Terima kasih.

    Makna23.04.2009
    123

    Kembali ke atas