Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt (computer technology) mencapai. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : to give so. ~ to classified information, membolehkan sso mengetahui maklumat rahsia; have ~ to, [various translations]: the villagers have ~ to the common, penduduk-penduduk kampung boleh menggunakan tanah wakaf itu; to have ~ to the secret files, berpeluang melihat fail-fail sulit itu; only a few people have ~ to the information, hanya beberapa orang sahaja dapat mengetahui maklumat itu; means of ~, jalan keluar masuk; right of ~, hak masuk; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : /easy, difficult/ of ~, /mudah, sukar/ didatangi (orang); gain ~ to, dapat + approp v: to gain ~ to so., dapat berhubungan dgn sso; to gain ~ to a room, dapat memasuki bilik; to gain ~ to important state documents, dapat melihat dokumen-dokumen penting negara; give ~ to, membolehkan [sso] /masuk, sampai/ ke: these manholes give ~ to the mains, lurang-lurang ini membolehkan orang sampai ke sesalur; give so. ~ to, membolehkan sso + approp v: his position gives him ~ to the President, kedudukannya membolehkannya berhubungan dgn Presiden; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : he wanted ~ to the files, dia menghendaki kemudahan melihat fail-fail tersebut; ~ to such informationi, /hak, peluang/ mengetahui maklumat-maklumat demikian; 3. sudden onset, a. (of illness, disease) serangan yg /tiba-tiba, mendadak/: an ~ of fever, serangan demam yg tiba-tiba; b. (of anger, passion, etc) landaan, [often dilanda, melanda]: to suffer from ~es of rage, dilanda perasaan marah yg amat sangat; in an ~ of despair, dlm keadaan putus asa yg melandanya (itu); (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. way of approach, entry, jalan masuk; (attrib) masuk: ~ to the village, jalan masuk ke kampung itu; ~ road, jalan masuk; 2. opportunity, means, etc of approaching (so., st) or using (st), [various translations]: to demand ~ to a building, menuntut hak masuk ke sesebuah bangunan; students who are denied ~ to the library, pelajar-pelajar yg tdk diberi kesempatan menggunakan perpustakaan; the only ~ to the professor is through his secretary, satu-satunya jalan menghubungi profesor itu ialah menerusi setiausahanya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata access


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam satu Malaysia, Terjemahan bagi "Access point" dalam pangkalan data DBP ialah "Titik Capaian". Terjemahan "access" juga ialah "akses". Soalan saya, bolehkah "access point" diterjemahkan sebagai "Titik Akses" juga? Mohon pendapat DBP. Terima kasih.Istilah bahasa Melayu yang betul ialah titik capaian.Istilah15.10.2014
Saya memerlukan bantuan terjemahan istilah-istilah Inggeris di bawah ini:- 1. Road access (Laluan Jalan?) 2. River access (Laluan sungai?) 3. On foot (Laluan kaki?) Saya mendahului dengan ribuan terima kasih atas bantuan saudara/saudari.DBP bersetuju dengan cadangan terjemahan bagi istilah 'road access' sebagai 'laluan jalan' manakala istilah 'river access' sebagai 'laluan sungai' tetapi istilah 'on foot' lebih tepat diterjemahkan sebagai 'laluan pejalan kaki'.Penyemakan dan penterjemahan27.12.2006
Adakah ayat di bawah betul? Jika salah, mengapa? 1) enjoy access to wi-fi - nikmati akses ke wi-fi 2) connect to wi-fi - bersambung ke wi-fi 3) to connect to the Internet - untuk bersambung ke InternetAssalamualaikum tuan,

Padanan ayat untuk Enjoy access to wi-fi ialah "Nikmati akses Wi-fi", connect to wi-fi merujuk kepada "Sambungan Wi-fi" dan to connect to the Internet merujuk kepada "Untuk Berhubung Melalui Internet" atau "Untuk Sambungan Internet".Padanan ayat bahasa Inggeris ke bahasa Melayu yang sesuai mestilah mengikut konteks kesesuaian ayat.

Untuk pengetahuan tuan, kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Justeru, Wi-fi dan Internet tidak tergolong dalam kata ini dan penggunaan kata sendi ke sebelumnya adalah kurang tepat.

Sekian. Terima kasih.


Makna12.02.2018
soalan pertama: apa istilah terjemahan tower dalam mekanikal?. soalan kedua: Di manakah kedudukan access nozzle di dalam kedudukan untuk tower kerja-kerja selenggara? Adakah ayat di atas betul iaitu boleh meletakkan dua bahasa Inggeris dalam satu ayat bahasa MelayuPenggunaan bahasa Inggeris dalam ayat tidak boleh digunakan kerana boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Mohon berikan konsep penggunaan perkataan tower dan access nozzle agar pihak kami dapat membantu memberikan terjemahan yang baik dan betul.Makna23.10.2022
Assalamualaikum. Untuk ayat sumber 'Allow access to your camera' (pemilik telefon perlu membenarkan aplikasi mengakses kamera bagi tujuan tertentu), bolehkah diterjemahkan sebagai 'Benarkan akses kepada kamera anda' atau adakah lebih sesuai 'Benarkan akses ke kamera anda'? Saya ingin tahu perbezaan penggunaan 'akses ke' dan 'akses kepada'. Terima kasih.

Waalaikumussalam. Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ke dan kepada tergolong dalam kata sendi nama.

 

1. Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Contohnya:

i.   Mereka akan ke Kuantan esok. (menunjukkan tempat atau arah)

ii.  Ali menunggu temannya di perhentian bas dari pagi ke petang. (menunjukkan waktu atau masa)

 

2.  Kata sendi nama kepada menunjukkan terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.

 

Oleh itu, berdasarkan huraian di atas, ayat yang betul ialah “Benarkan akses ke kamera anda.” Terima kasih.

Penyemakan dan penterjemahan07.02.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan 'access' untuk pemacudbp.dbp.gov.my? Saya memerlukan beberapa bahan untuk kajian sastera 'Malaysian Literature'. Terima kasihSalam puan,

pemacudbp.dbp.gov.my dan maklumat kajian sastera 'Malaysian Literature'. 


Untuk makluman, pemacudbp.dbp.gov.my terhad kepada akses staf Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja.  

Berhubung dengan bahan untuk kajian sastera 'Malaysian Literature': 

Untuk maklumat DBP telah menghasilkan kajian dan menerbitkan Sejarah Kesusasteraan Melayu Jilid 1 (1920-1930),  Sejarah Kesusasteraan Melayu Jilid 2  (1940- 1970), Kesusasteraan Melayu Moden (1940-1969),  Kesusasteraan Melayu Moden (1970-1979),  Kesusasteraan Melayu Moden (1980-1989),  dan manuskrip “Kesusasteraan Melayu Moden (1990-1999)” yang masih dalam peringkat penerbitan.

Bahan-bahan kajian atau buku ini boleh dirujuk di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP Kuala Lumpur atau Wilayah dan Cawangan

Bersama-sama ini dilampirkan maklumat pustakawan Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP Kuala Lumpur:

a. Dr. Wan Khairoslinda Wan Khairi: linda@dbp.gov .my

b. Mohd Salman bin Zainol : salman@dbp.gov.my.

Puan juga boleh membuat pencarian/pembelian di  https://dbpniaga.my/ (sekiranya masih ada stok).

Selain itu, puan juga boleh merujuk sebuah buku dalam bahasa Inggeris yang ditulis oleh SN Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh berkaitan “Malaysian Literature” bertajuk “An Introduction To Modern Malaysian Literature” (2008:ITBM).

Sekian, terima kasih

 


Lain-lain08.08.2021
Salam... Saya ingin bertanya apa maksud perkataan di bawah dalam istilah bahasa melayu i. food deserts ii. malnutrition iii. vulnerability iv. food availability v. food access vi. food utilization vii. food stability Terima kasihTerjemahan bagi perkataan yang berikut, ialah:  i. food deserts - makanan pencuci mulut;  ii. malnutrition - pemakanan tak seimbang;  iii. vulnerability - mudahnya terdedah/diserang/dikalahkan; iv. food availability - kesediaadaan makanan; v. food access - kemudahan makanan; vi. food utilization - penggunaan makanan; dan vii. food stability - kestabilan makanan.Istilah16.05.2011
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Keyless"? Contoh ayat: Keyless Access Setup Terima kasih.Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "keyless" ialah tanpa kunci.Istilah03.09.2013
Apakah terjemahan yang tepat bagi istilah accessibility? Seperti contoh: University Students’ Awareness of, Access to, and use of Artificial Intelligence for Learning. Boleh saya dapatkan definisi bagi terjemahan tersebut?Padanan bagi istilah accessibility dalam bahasa Melayu ialah kebolehcapaian. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah09.06.2024
Assalamualaikum. Saya harap pihak DBP dapat menjawab soalan saya ini. Always know who has access to which accounts Sentiasa tahu orang yang mempunyai akses kepada "akaun mana" Yang saya tahu "mana" tidak boleh digunakan dalam ayat pernyataan (bukan soalan), jadinya apa pilihan alternatif yang sesuai utk ini. Boleh saya tahu apa logiknya perkataan apa, siapa, di mana, kena, bagaimana tidak boleh digunakan dlm ayat pernyataan? Dan perlukan BM sangat berlawanan berbanding bahasa lain cth bahasa Inggerris dan bahasa Arab (yang membenarkan) kerana ini menyebabkan kerja menterjemah menjadi sukar. Saya ingin sangat tahu apa logiknya di sebalik peraturan yg "tak tercapai dek akal" dan tidak membantu ini. Tidak bolehkah dibolehkan semua penggunaan perkataan-perkataan ini dalam ayat bukan soalan? Penyeragaman juga akan menjadikan penulisan dan penterjemahan jadi mudah dan orang tak keliru, contohnya "sejauh mana" boleh pula digunakan "mana" walaupun dalam ayat bukan soalan. Saya harap pihak tuan dan pakar-pakar bahasa boleh pertimbangkan sewajarnya. Ini penting dalam perkembangan BM. Ia mesti mudah dibaca, dipelajari, diterjemah dan ditulis. barulah orang akan suka guna BM dan kurang pilih BI. Tak perlu buat terlalu banyak peraturan yang memeningkan kepala dan mengelirukan.Setiap bahasa ada rumusnya tersendiri. Tatabahasa bahasa Melayu baku telah lengkap disusun dan kemas kini hanya dilakukan sekiranya ada dapatan baharu yang berwibawa dan boleh dibuktikan dengan lengkap serta nyata. Dalam bahasa Melayu kata tanya seperti bilabagaimanaapa dan siapa digunakan dalam ayat tanya. Dalam wacana bahasa Melayu sangat jelas tentang fungsi perkataan tersebut dalam ayat tanya seperti Mereka sampai bila? Yang di dalam kotak itu apa? Namun, berlaku sedikit kekeliruan dalam penterjemahan kerana kita terikat dengan makna sesuatu perkataan secara tunggal seperti kata which yang biasanya diterjemahkan kepada yang mana. Walau bagaimanpun, perkara ini boleh diatasi dengan menjadikan kata tersebut sebagai kata ganda dan secara tidak langsung tidak lagi berfungsi sebagai kata tanya. Contohnya, terjemahan tersebut boleh diubah menjadi "Sentiasa tahu orang yang mempunyai akses kepada mana-mana akaun.Tatabahasa14.07.2021
123

Kembali ke atas