Car Audio Accessories , Bodykit | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. | Makna | 09.11.2017 |
maksud dwibahasa yg pihak DBP maksudkan,adakah spr di bawah:- 1. wiring 2. aircond 3. tinted 4. accessories | Terjemahan yang dicadangkan ialah: 1. Wiring - Pendawaian 2. Aircond - Penyaman Udara 3. Tinted - Filem Penapis Haba 4. Accessories - Aksesori | Penyemakan dan penterjemahan | 22.05.2017 |
Cadangan istilah dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu untuk 'Parts" di dalam tajuk - "Theft of Accessories and Parts" yang terdapat d dalam dokumen insurans kenderaan. Mohon nasihat DBP untuk mencadangkan istilah yang sesuai untuk "Parts" samada Komponen, Bahagian atau Alat Ganti seperti di bawah:- i) Kecurian Aksesori dan Komponen ii) Kecurian Aksesori dan Bahagian iii) Kecurian Aksesori dan Alat Ganti | Dicadangkan terjemahan bagi Theft of Accessories and Parts ialah Kecurian Aksesori dan Alat Ganti. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2018 |
kedai kita adalah car audio accessories . kita ada jual barang sony . | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan. | Lain-lain | 18.05.2017 |
Saya ingin mendapatkan endorsement /pengesahan dari DBP untuk tujuan membuat papan tanda. Ayat yang akan digunakan di papan tanda adalah seperti berikut: Butik Teessa Women's Clothing. Kidswear. Accessories Dimiliki oleh Teerossa Ventures | Sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 21.04.2015 |
Apakah padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu bagi istilah 'trending'? Istilah ini sering diigunakan dalam media sosial dan berdasarkan carian dalam PRPM, tiada istilah BM yang sepadan dengan istilah ini. Berdasarkan dictionary.com, 'trending' membawa maksud berikut: adjective 1. emerging as a popular trend: trending fashion accessories. 2. widely mentioned or discussed on the Internet, especially on social-media websites: trending topics on Twitter. | Tidak ada istilah khusus untuk "trending" dalam pangkalan data istilah DBP. Oleh itu, terjemahan yang dicadangkan untuk "trending" ialah yang popular pada masa ini. | Istilah | 20.07.2016 |