Apakah padanan bagi Account linking? Contoh ayat: It is recommended to enable Account linking for %s, so that you can reset password with your account">%s | Cadangan padanan bagi istilah account linking dalam bahasa Melayu ialah pemautan akaun. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.03.2024 |
Terjemahan untuk "Client Segregation Account" | Padanan Client Segregation Account dalam bahasa Melayu ialah akaun pengasingan klien. | Istilah | 13.05.2009 |
Assalamualaikum. Mohon pengesahan sama ada imbuhan yang digunakan untuk 'log masuk/keluar' dalam ayat berikut adalah betul. 1) Please register by logging in directly to your account. (Sila daftar dengan mengelog masuk terus ke akaun anda). 2) You have been logged out of your account. (Anda telah dilog keluar daripada akaun). Terima kasih | Waalaikumussalam. Ayat yang betul atau lebih sesuai ialah 1. Untuk mendaftar, sila log masuk terus ke akaun anda. 2. Anda telah dilog keluar daripada akaun anda.
| Penyemakan dan penterjemahan | 22.12.2016 |
Mudarabhah Current Account 1 | Akaun Semasa 1 - Mudarabah | Lain-lain | 17.02.2009 |
Supply Utilization Account | Akaun Penggunaan Penawaran | Lain-lain | 06.04.2007 |
Salam sejahtera, Bolehkah NOMINEE ACCOUNT HOLDER diterjemahkan kepada pemegang akaun kepada penama? Terima kasih | Istilah self-help secara tekal diberikan padanan usaha diri dalam kebanyakan bidang (ekonomi, geografi, pendidikan, undang-undang, psikologi, pendidikan, sosiologi). Jika anda ingin mencari padanan istilah, sila rujuk dahulu domain Istilah Bahasa Melayu dalam prpm.dbp.gov.my, bukan domain-domain lain. | Istilah | 27.12.2018 |
Salam sejahtera, apakah padanan frasa bagi "official instagram account" dalam bahasa Melayu? Adakah akaun rasmi instagram? Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Cadangan: Akaun instagram rasmi | Lain-lain | 01.12.2019 |
Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan pengesahan tentang terjemahan yang tepat untuk ayat berikut: Please log in to your account. 1. Sila log masuk ke akaun anda. 2. Sila log masuk akaun anda. Sekian, terima kasih. | Terjemahan yang tepat dan lebih sesuai ialah Sila log masuk ke akaun anda | Tatabahasa | 02.12.2019 |
Apakah terjemahan kepada istilah 'catfishing' dalam konteks penipuan dalam talian? *Catfishing is when a scammer creates a fake account or identity to trick people into believing they are talking to a real person. | Kami mencadangkan "catfishing" diterjemahkan sebagai "penipuan dalam talian" atau "penyamaran dalam talian". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2021 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya, apakah terjemahan Bahasa Melayu yang betul untuk "multi currency feature (mcf) enabled account"? Adakah (a) "akaun yang diupayakan dengan mcf"; (b) "akaun berkemampuan mcf"; atau (c) "akaun diupayakan mcf"? Adakah terdapat cadangan terjemahan lain yang lebih ringkas/padat? Terima kasih. | Sila berikan konteks penggunaan perkataan dalam ayat untuk kami berikan padanan istilah dalam bahasa Melayu. | Istilah | 28.04.2020 |