Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. amass, a. (wealth, fortune, etc) mengumpulkan, menghimpunkan: to ~ a fortune, mengumpulkan harta kekayaan; to ~ a collection of exquisite gems, mengumpulkan batu permata yg indah-indah; b. (knowledge, experience) menampung, membina, mengumpulkan; c. (debts) menghimpunkan; 2. collect, gather, mengumpulkan: old files ~ dust, fail-fail lama mengumpulkan habuk; to have ~d sufficient data, telah mengumpulkan data yg cukup; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi 1. (gen) berkumpul; (in a heap, pile, etc) berkumpul, bertimbun, berlonggok: water ~s in the low-lying areas, air berkumpul di kawasan-kawasan rendah; dust had ~d on the ledges, habuk telah berkumpul di belebas; rubbish accumulating in the back lanes, sampah yg berlonggok di lorong-lorong belakang; 2. (of asset, dividend, profit, etc) bertambah: to allow interest to ~, membiarkan faedah bertambah; 3. (of trouble, problem, disaster, etc) datang bertimpa-timpa: soon after they arrived, their troubles began to ~, sebaik sahaja mereka sampai kesusahan pun datang bertimpa-timpa; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata accumulate


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya nak tahu maksud akumulasi? setahu saya, akumulasi diadaptasi daripada perkataan akumulate. jadi, sejauh mana perkataan tersebut digunakan dalam bahasa melayu dan makna perkataan tersebut mengikut istilah bahasa melayuPerkataan accumulate dalam bentuk kata umum ialah mengumpulkan atau menghimpunkan dan dalam istilah pelbagai bidang digunakan mengumpul atau tumpuk. Akumulasi ialah padanan accumulation dan digunakan dalam pelbagai bidang istilah selain daripada pengumpulan dan tumpukan. Untuk panduan menggunakan perkataan tersebut sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan tersebut di ruangan cari. Setelah itu data yang berkaitan dengan perkataan tersebut akan dipaparkan dan saudara boleh mengenal pasti istilah mana yang perlu digunakan.Makna21.06.2011

Kembali ke atas