Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : break off an ~, menghentikan pertempuran; /bring an, take/ ~ against so., mengambil tindakan undang-undang thdp sso; go into ~, mula bertempur; /be, go/ out of ~, a. not in operation, rosak; b. unfit for work, tdk dapat /bekerja, bertugas/: after the accident he was out of ~ for three weeks, selepas kemalangan itu dia tdk dapat bekerja selama tiga minggu; put (st) into ~, menjalankan sst: to put a plan into ~, menjalankan rancangan; put (st) out of ~, menyebabkan sst rosak; take ~, mengambil tindakan, bertindak: the government took ~ to control the price of petrol, kerajaan mengambil tindakan utk mengawal harga petrol. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. process or state of acting, tindakan, bertindak: an emergency that requires immediate ~, keadaan cemas yg memerlukan tindakan segera; freedom of ~, kebebasan bertindak; a man of ~, orang yg banyak bertindak; 2. act, deed, tindakan, perbuatan: to judge a man by his ~s, menilai sso drpd tindakannya; 3. movement, gerak-geri: the suspect’s every ~ was closely watched, setiap gerak-geri orang yg disyaki itu diawasi dgn teliti; 4. operation, cara [sst] berfungsi, jalannya: describe the ~ of a gear, huraikan cara gear berfungsi; 5. effect, tindakan: the ~ of acid on metal, tindakan asid atas logam; 6. (in a play, film, etc) aksi: a film full of ~, filem yg penuh aksi; 7. legal proceeding, tindakan (undang-undang): civil ~, tindakan sivil; 8. combat, pertempuran: killed in ~, terbunuh dlm pertempuran; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata action


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, dalam konteks, call to action, adakah Pergunakan lebih tepat atau mempergunakan? Contoh: Pergunakanlah dia untuk kepentingan anda. Kita ambil makan sebagai contoh. Kalau untuk 'call to action', perkataan 'makan' lebih tepat bukan? Contoh: "Makanlah kuih ini." dan bukannya "Memakanlah kuih ini." Jadi bolehkan Pergunakan digunakan untuk 'call to action'? Terima kasih!Tidak ada data tentang penggunaan kata pergunakan dalam pangkalan data kami, mempergunakan pula sama maksudnya dengan menggunakan dan lazimnya kita menggunakan perkataan menggunakan. Jika tuan maksudkan suruhan untuk bertindak, perkataan yang lazim digunakan ialah gunakan atau gunakanlah.Tatabahasa16.12.2015
Assalamualaikum. Mohon beri maksud 'action' yang merupakan komponen dalam alat muzik piano. Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi action ialah tindakan atau aksi jika bersesuaian dengan konsep.Penyemakan dan penterjemahan01.11.2019
Salam, tolong berikan padanan Bahasa Inggeris bagi istilah 'action back' untuk jenis lapik belakang karpet. Saya turut sertakan gambar berkenaan. Terima KasihMerujuk kamus dalam bidang kesenian, maksud action back ialah lelipat aksi belakangMakna16.10.2017
Salam tuan/puan, Apakah padanan istilah yang pihak tuan/puan boleh cadangkan bagi istilah "community rolling action plan"? Yang berikut adalah definisinya: The Community rolling action plan indicates substances for evaluation by the Member States in the next three years and is updated each year in March. The evaluation aims to clarify the initial concern that the manufacture and/or use of these substances could pose a risk to human health or the environment. Cadangan terjemahan saya ialah pelan tindakan daftar komuniti/ pelan tindakan daftar bahan-bahan. Sekian, terima kasih.Waalaikummussalam. Dalam konteks definisi yang diberikan, pelan tindakan daftar bahan lebih sesuai digunakan. (Tidak perlu perkataan “bahan” diulangi). Terima kasih.Istilah22.06.2017
Tuan/Puan saya ingin mendapatkan pengesahan DBP bagi penterjemahan perkataan ini "climate action" yang dijadikan tema Hari Bumi 2020 seluruh negara pada tahun ini. Terima Kasih di atas kerjasama tuan/puan.

Kami mencadangkan tema “climate action” sempena dengan Hari Bumi 2020 diterjemahkan sebagai Kebolehtindakan Iklim atau Pengawalan Iklim, bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya.

Istilah18.02.2020
Selamat Sejahtera! Please assist in checking the BM translation as below: The triple action formula offers your baby's skin with long lasting protection and comfort. BM translation: Rumusan dengan tiga tindakan memberikan perlindungan dan keselesaan kepada bayi anda. Terima kasih!Terjemahan yang sesuai bagi 'The triple action formula offers your baby's skin with long lasting protection and comfort' ialah Formula tiga tindakan memberikan perlindungan dan keselesaan kepada bayi anda.Makna22.01.2020
terima kasih ttg jawapan no pendaftaran 23155/2016 jadi maksudnya papan iklan tu saya kena letak ayat RESTORAN ye? Ayat CHEF IN ACTION TWO tu ok ke?Sila letak perkataan RESTORAN di bahagian atas dalam visual dan hantar semula untuk pengesahan. Nam restoran CHEF IN ACTION TWO boleh dikekalkan kerana sama dengan nama syarikat yang didaftarkan.Lain-lain06.06.2016
Tuan, Apa terjemahan yang tepat untuk perkataan berikut: 1. Social Exchange Theory; 2. Rational Action Theory ; 3. Knowledge-Based Theory of the Firm; 4. Social Cognitive Theory; 5. Social Capital Theory; dan 6. Resource Based View of the Firm Terima kaih.Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
1. Social Exchange Theory  - Teori Pertukaran Sosial
2. Rational Action Theory  - Teori Tindakan Rasional
3. Knowledge-Based Theory of the Firm - Teori Berasaskan Pengetahuan  Firma tersebut
4. Social Cognitive Theory - Teori Kognitif Sosial 
5. Social Capital Theory - Teori Modal Sosial 
6. Resource Based View of the Firm  - Pandangan Berasaskan Sumber Firma tersebut
Istilah30.09.2013
Apakah penterjemahan untuk "Patented product. Counterfeiting suject to legal action." yang biasa kelihatan pada manual pengguna produk? Terima kasih

Terjemahan yang sesuai bagi ayat tersebut ialah “Produk telah terpaten/terdaftar. Pemalsuan produk akan dikenakan tindakan undang-undang”.

Penyemakan dan penterjemahan14.05.2020
Salam sejahtera, saya ingin bertanya apakah maksud peribahasa Inggeris berikut dalam bahasa melayu iaitu "action speak louder than word". Terima kasih. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud untuk "actions speak louder than words" ialah perbuatan lebih memberikan gambaran daripada kata-kata.Penyemakan dan penterjemahan27.10.2016
123

Kembali ke atas