Sumang Wahid MON 4:17PM Sumang Wahid Sumang Hi. Saya cuma ingin beritahu ada sedikit ralat dalam Activity Book English Year 3 SK. Unit 13, muka surat 82. Lajur 7 baris 2 (ke bawah) TWENTYSIX. Terima kasih. | Selamat pagi. Terima kasih atas maklum balas yang diberikan. Pihak kami akan membuat pembetulan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 01.08.2016 |
salam sejahtera. apakah terjemahan bagi jawatan perkerjaan "visual merchandiser"? Menurut oxford, makna visual merchandising adalah: Visual merchandising is the activity of promoting the sale of goods, especially by their presentation in retail outlets. Maka visual merchandiser bolehlah dikatakan sebagai orang yang bertanggungjawab memperagakan barangan jualan di tempat jualan yang bertujuan untuk mempromosi dan menarik minat pelanggan membelinya. Bolehkah saya menterjermahkan "visual merchandiser" sebagai "pereka letak visual"? terima kasih | Dalam data kami tiada padanan khusus bagi perkataan "Visual Merchandiser" dalam bahasa Melayu. Berdasarakn definisi yang tuan berikan kami mencadangkan "visual merchandiser" diterjemahkan kepada Pekerja Promosi Produk/Barangan. | Tatabahasa | 17.10.2013 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah perkataan yang sesuai untuk menterjemahkan perkataan-perkataan seperti di bawah: 1) sedentary behaviour 2) cancer survivor 3) survivorship 4) health related quality of life (HRQoL) 5) moderate to vigorous physical activity (MVPA) | DBP menyediakan perkhidmatan menyemak hasil terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Sdr. boleh menterjemahkan dahulu perkataan dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dan menghantarkannya kepada kami untuk semakan terjemahan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.07.2018 |
1) sedentary behaviour = tingkah-laku tidak ktif 2) cancer survivor =pemandiri kanser/ pesakit kanser yang terselamat 3) survivorship = tempoh pemandiri kanser 4) health related quality of life (HRQoL)= kualiti hidup berkaitan kesihatan 5) moderate to vigorous physical activity (MVPA)= aktivit fizikal sederhana hingga kuat Terima kasih di atas maklum balas yang diberikan. | Salam Sejahtera. Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan bahasa Inggeris dalam contoh ayat supaya kami boleh mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 12.07.2018 |
Salam hormat. Saya ingin mengajukan pertanyaan berhubung dengan penggunaan istilah yang sesuai bagi perkataan ‘commissioning’ dan ‘pre-commissioning’ berdasarkan konteks di bawah: - Commissioning Manager/Team - Pre-commissioning Electrical Supervisor/Technician - Commissioning Induction/Training - Commissioning Permit to Work - Commissioning of System - Pre-commissioning activity - Pre-commissioning of Equipment Dalam kontrak EPCC (Engineering, Procurement, Construction and Commissioning) pula, istilah ‘commissioning’ yang diguna pakai oleh media massa didapati tidak selaras. Antara yang digunakan ialah Pentauliahan, Pengoperasian, Pelaksanaan, Penjagaan dan Penugasan. Sehubungan itu, mohon pihak tuan mencadangkan satu istilah yang paling sesuai bagi perkataan ‘commissioning’ dan ‘pre-commissioning’ agar dapat diselaraskan mengikut konteks di atas. Terima kasih. | Kami mengambil maklum tentang penggunaan perkataan “commissioning” dalam laras bahasa media yang kerap kali berubah padanannya dalam bahasa Melayu, mengikut konteks dan penggunaannya dalam bidang tertentu. Namun, untuk keselarasan, kami mencadangkan agar perkataan “commissioning” diterjemahkan sebagai pentauliahan, manakala “pre-commissioning” diterjemahkan sebagai prapentauliahan, kedua-duanya berasal daripada kata dasar “tauliah” yang bermaksud perihal memberi kuasa kepada individu atau kumpulan dalam menguruskan tugas tertentu. | Istilah | 21.11.2019 |
Boleh saya dapat terjemahan perkataan di bawah dalam bahasa Melayu: 1. Colometric end point 2. Read spectrophotometrically 3. Fixed Stage Upright Microscope 4. Frosted slide 5. Competitive inhibition enzyme immunoassay 6. Pre-coated antibody specific 7. Unlabeled LH 8. Avidin conjugated to Horseradish Peroxidase (HRP) 9. Biotin labeled rat LH 10. Assay diluents 11. Detection reagent 12. Non-specific binding well 13. Total activity well 14. Goat anti-Mouse IgG 15. Mouse IgG 16. Absolute etanol | Untuk makluman, semua istilah yang dikemukakan belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus. Walau bagaimanapun, bersama-sama ini diberikan cadangan padanan istilah bahasa Melayu. Sekiranya padanan bahasa Melayu yang diberikan tidak sesuai, sila berikan konsep istilah tersebut. 1. colometric end point - Tidak ada perkataan colometric, yang ada ialah colorimetric. Padanan yang dicadangkan ialah takat akhir kolorimetri. 2. read spectrophotometrically - spektrofotometrik baca 3. fixed stage upright microscope - mikroskop tegak tapak tetap 4. frosted slide - slaid kabut 5. competitive inhibition enzyme immunoassay - imunocerakin enzim perencatan bersaingan 6. pre-coated antibody specific - antibodi prasalut spesifik 7. unlabeled LH - LH tanpa label 8. avidin conjugated to Horseradish Peroxidase (HRP) - avidin berkonjugat kepada remunggai peroksidase 9. biotin labeled rat LH - LH tikus terlabel biotin 10. assay diluents - pencair cerakin 11. detection reagent - bahan uji pengesanan atau reagen pengesanan 12. non-specific binding well - telaga ikatan tak spesifik 13. total activity well - telaga aktiviti total 14. goat anti-mouse IgG - IgG antitikus kambing 15. mouse IgG - IgG tikus 16. absolute etanol -etanol mutlak | Istilah | 13.08.2012 |
ssalaamu'alaikum Wr. Wb. Dear Sir, I am a student of Ph.D program in UUM, Sintok, Kedah Darul Aman. I would like to have my thesis (written in Indonesian) translated into Malay. A lecturer of UGM, Yogyakarta, Indonesia, who took a Ph.D. program in a university in Kuala Lumpur told me that he had his thesis translated into Malay in Dewan Bahasa Malaysia. I would like to inqure about that, whether it is a formal service of Dewan Bahasa Malaysia or just an individual activity of the staffs of Dewan Bahasa Malaysia. Who do I have to make a contact to? I am looking forward to your reply. Wassalaamu'alaikum Wr. Wb | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan perkhidmatan sedemikian melainkan dibuat secara individu atau kerja luar oleh staf. Walau bagaimanapun saudara boleh menghubung Persatuan Penterjemah Malaysia 03-21424381 atau layari web www.ppm-mta.org untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. | Lain-lain | 27.08.2009 |