| Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai terjemahan yang tepat bagi beberapa istilah lakonan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, khususnya untuk tujuan penamaan kategori anugerah. Istilah-istilah tersebut adalah: 1) Best supporting actress 2) Best new actress 3) Best leading actress Berdasarkan pemahaman saya, terjemahan yang mungkin adalah seperti berikut: 1) Best supporting actress: Pelakon pembantu wanita terbaik 2) Best new actress: Pelakon wanita baharu terbaik (atau mungkin Pelakon baharu wanita terbaik?) 3) Best leading actress: Pelakon utama wanita terbaik Saya ingin mendapatkan pengesahan daripada pihak tuan/puan mengenai terjemahan yang paling tepat dan lazim digunakan dalam konteks penamaan kategori anugerah. Adakah pemahaman saya betul mengikut hukum D-M? | Cadangan terjemahan yang bersesuaian adalah seperti yang berikut: 1) Best Supporting Actress: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik 2) Best New Actress: Pelakon Wanita Baharu Terbaik 3) Best Leading Actress: Pelakon Utama Wanita Terbaik | Penyemakan dan penterjemahan | 13.04.2025 |