Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.cuan] | اچوان

Definisi : 1. bekas yg mempunyai bentuk tertentu utk dituangkan sesuatu bahan cecair: ~ kuih; ~ agar-agar; ~ peluru; 2. alat (spt kerangka, pemidang, dsb) utk sesuatu: ~ sepatu; 3. ki sesuatu yg dapat membentuk atau mencorak­kan sesuatu: proses pembesaran kanak-kanak akan menjadi ~ kpd sikap sebenar yg akan diwarisi; ~ kalimat pola kalimat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.cuan] | اچوان

Definisi : bekas tempat menuang bahan sesuatu yg hendak dibentuk: ~ kuih baulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acuan

Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pekerja itu "menyimbah" bancuhan simen ke dalam acuan. adakah "menyimbah" betul digunakan di sini? ataupun "menuang"? terima kasih.Perkataan yang tepat ialah menuang.Tatabahasa29.07.2013
apakah tatabahasa tradisonal?Tatabahasa tradisional adalah mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani. Tatabahasa ini dapat diaplikasikan pada tatabahasa lain dan bercirikan kajian bahasa sebelum linguistik moden.Tatabahasa27.07.2006
Saya ingin bertanya tentang pemisahan kata mengikut sebutan kata: 1. acuan: a/cuan ATAU a/cu/an Adakah perkataan lain seperti tuan, luas, kemajuan juga dipisahkan mengikut teori yang sama? 2. sajian: sa/jian ATAU sa/ji/an Adakah perkataan lain seperti keberanian, tarian, pertanian juga dipisahkan mengikut teori yang sama? TQ.1. [a.cuan]
2. [sa.jian]

Perkataan lain disebut mengikut teori yang sama. Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP 2008 untuk lebih lanjut.
Tatabahasa22.04.2013
Perkataan "diacuankan" atau "mengacuankan" boleh dibentuk untuk menyatakan kerja "menjadikannya suatu bentuk" atau tidak?Acuan juga bermaksud sesuatu yg dapat membentuk atau mencorakkan sesuatu (kiasan), mengacuankan boleh dibentuk sama makna dengan mencorakkan, diacuankan tiada penggunaannya dalam bentuk (dibentukkan) atau corak (dicorakkan)Tatabahasa15.06.2007
Assalamaualaikum Encik, tolong bantu saya untuk memastikan ayat-ayat berikut betul atau perlu dipinda. terima kasih. 1) Izat bersikap seperti ibu dan ayahnya yang selalu membantu penduduk kampung yang hidup dalam kesusahan kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. 2) Pakaian abang yang kotor di dalam baldi itu akan saya basuh pada pagi esok. 3)Pasukan bola jaring sekolah saya menjadi johan dalam pertandingan bola jaring itu. / Pasukan sekolah saya menjadi johan dalam pertandingan bola jaring itu. 4) Permasalahan sosial dalam / di kalangan remaja dapat diatasi hasil kerjasama daripada semua pihak. 5) Kak Yana kelam kabut mengemas ruang tamu apabila mendapat tahu bahawa/yang kenalan lamanya hendak datang ke rumah. 6) Kehidupan Abang Imran menjadi porak-peranda sejak/setelah diberhentikan kerja pada/sejak tiga bulan yang lepas. 7) Nur diminta mengemaskinikan laporan mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia dengan secepat yang mungkin. 8) Cikgu Badrul menyiapkan/menyediakan/membuat/membina sebuah pentas dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar.Ayat 1, 2 dan 3 adalah betul. Manakala ayat 4 ialah 'Permasalahan sosial dalam kalangan remaja dapat diatasi hasil kerjasama semua pihak. 5. Kak yana kelam kabut mengemas ruang tamu apabila mendapat tahu bahawa kenalan lamanya hendak datang ke rumah. Soalan 6 adalah betul. 7. Nur diminta mengemaskinikan laporan mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia secepat yang mungkin. 8. cikgu Badrul menyiapkan sebuah pentas dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar. Harap maklum.Tatabahasa22.07.2008
Tolong menterjemah daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu bagi ayat tercatit dibawah:- Mould Polishing. Sekian, Terima Kasih.Untuk makluman tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk mould polishing dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk mould ialah acuan dan istilah untuk polishing ialah penggilapan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah penggilapan acuan.Istilah30.11.2012
Perluasan makna perkataan lembagaDalam Kamus Dewan, Edisi Keempat lembaga ditakrifkan dengan pelbagai maksud, iaitu  1. bakal (manusia, tumbuhan dan binatang), benih, jauhar, asal mula (bagi sesuatu);  2. bentuk yg mula-mula (yang asal), acuan atau cetakan; 3. bentuk sesuatu benda (yang kurang jelas rupanya); 4. perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas; 5. ketua suku (di Negeri Sembilan); sila rujuk juga Kamus Dewan Edisi Ketiga untuk mencari peluasan makna (jika ada) bagi kata lembaga.Makna16.09.2009
Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sdikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip asas kerangka agama.Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikir secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri.Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama. adakah betul setiap perkataan dan ayat yang saya guna?Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sedikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip agama. Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikirkan secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri. Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama.Tatabahasa20.11.2011
saya ingin membuat pengesahan ayat pada papan iklan untuk kilang tempat saya bekerja. Tujuannya untuk mohon lesen dari majlis bandaraya johor bahru. ayat nya ... ( kilang membuat tapak barang elektronik ) dalam bahasa inggeris STAMPING. sesuai atau tidak. Kalau tidak mohon DBP cadangkan nama yang sesuaiKami cadangkan keterangan aktiviti syarikat tuan ialah "Kilang Acuan Barangan Elektronik".Tatabahasa20.04.2012
Salam sejatera, Ayat yang berikut saya petik daripada saolan PMR. Ibu MENGACU biskut cip coklat kegemaran kami kami sekeluarga. Ayat tersebut salah dari segi penggunaan kata MENGACU. Selain kata MENGHIDANGKAN, apakah kata lain yang dapat menggantikan kata MENGACU dalam ayat di atas? Terima kasih

Perkataan lain yang sesuai untuk menggantikan kata menghidangkan ialah menyajikan atau menyediakan makanan. Mengacu bermaksud membentuk (kuih, peluru, dll) dgn menuang bahan cecairnya ke dlm sesuatu bekas atau acuan. Melihat konteks ayat yang diberikan kata menghidangkan atau menyajikan lebih sesuai digunakan. Namun, saudara perlu merujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui guru di sekolah untuk mendapatkan jawapan bagi soalan tersebut.

Tatabahasa18.10.2011

Kembali ke atas