Bagaimana menulis "... kaum Ad"? a) ... kaum Ad b) ... Kaum Ad Sekian, terima kasih | Cara yang betul ialah ...kaum Ad. | Tatabahasa | 12.04.2013 |
Salam, sy ad soalan penting nk ajukan,,, tinggilah harapan kalo pihak prpm dpt respon dlm kadar segera. - "tour guide" dlm BM ialah? Kesahihan penterjemahan google translate agak diragui. Terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk "tour guide" ialah pemandu pelancong. | Istilah | 04.04.2016 |
Adakah perkataan "ad hoc" kata serapan bahasa Latin bahasa Melayu? | Ya, perkataan ad hoc berasal daripada bahasa Latin. | Lain-lain | 18.01.2015 |
ada atau tidak istilah 'ad-hoc; dalam BM | Ada ejaan ad hoc dikekalkan ejaan dan diitalikkan. | Istilah | 18.12.2011 |
istilah 'hands-on' dalam BM | Ad hoc diterjemahkan sebagai ad hoc (dikekalkan ejaan dan diitalikkan), iaitu sesuatu perkara yang dilakukan untuk tujuan tertentu tanpa perancangan awal. | Istilah | 18.12.2011 |
Tuan, Saya ingin bertanya sama ada terdapat pilihan istilah lain yang boleh digunakan bagi perkataan yang berikut agar dapat memudahkan pemahaman pembaca dalam kalangan orang awam: i. Intralogistic solution (selain intralogistik); ii. Antitrust requirement (selain keperluan antitrust atau antipakat); iii. Ad-hoc publicity (selain publisiti secara ad-hoc). Terima kasih. | Berikut merupakan cadangan istilah bahasa Melayu untuk perkataan seperti yang di atas: 1. Intralogistic solution: Penyelesaian intralogistik 2. Antitrust requirement: Keperluan antipakat 3. Ad-hoc publicity: Publisiti ad hoc Walaubagaimanapun, padanan istilah bergantung pada konteks penggunaan ayat. | Istilah | 28.01.2020 |
apa yang di maksudkan dengan " Ad Hoc" | Berkenaan sesuatu perkara yg dilakukan utk tujuan tertentu tanpa perancangan awal. | Makna | 12.11.2009 |
assalamulaikum sy pelajar kolej mara seremban saya ad buat kajian tentang novel Alias Ali iaitu Krisis terbitan Federal Berhad....saya nk mendapatkan biografi pengarang Alias Ali dan Sinopsis novel ni..... terima kasih... | Waalaikumusalam wbk. Bagi mendapatkan biografi pengarang Alias Ali, sdr bolehlah mendapatkan/merujuk kepada buku Biografi Penulis WAJAH (Edisi Ketiga), terbitan DBP, 2005. Buku tersebut boleh dibeli di mana-mana kedai utama atau dirujuk di mana-mana perpustakaan utama di tempat sdr atau di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur. Tentang sinopsis novel Krisis karya penulis tersebut, sdr bolehlah merengkaskan ceritanya selepas karya tersebut dibaca. Sekian dimaklumkan dan wassalam. | Lain-lain | 04.08.2010 |
Saya mahu buat signboard yang akan diletak di luar pejabat. Nama yang akan digunakan ialah Ad'deen EduCenter. Boleh kah saya gunakan perkataan Educenter tersebut kerana ianya ialah nama yg didaftarkan di SSM. Terima kasih. | Jika nama yang telah didaftarkan di SSM boleh sahaja digunakan untuk paparan dalam iklan. Tuan/puan perlu menambah keterangan aktiviti perniagaan seperti PEJABAT URUSAN yang perlu diletakkan disebelah kiri atas iklan. Untuk pengesahan iklan, tuan boleh layari laman web pengesahan iklan DBP melalui http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/ | Lain-lain | 30.06.2016 |
Adakah erata di terima sebagai perkataan Bahasa Malaysia? Erata digunakan oleh lembaga peperiksaan tetapi tidak ad dalam kamus dewan edisi ke empat. Beza antara erata dan ralat? Apakah maksud mehnah? | Istilah errata merupakan perkataan bahasa Inggeris dan digunakan dalam bidang perpustakaan. Padanannya dalam bahasa Melayu ialah ralat, bukan erata. Perkataan mehnah merupakan perkataan bahasa Arab yang bermaksud ujian/kesusahan. | Istilah | 28.04.2010 |