Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Lima enam tujuh setengah;
Sungguhpun pandai tupai melompat,
     Ada masa jatuh ke tanah.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Ada hujan ada panas,
     ada hari boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat ini betul?? Jika saya ada masa lapang, saya akan pergi menonton filem dengan ibu.Betul.Tatabahasa31.10.2008
Assalammualaikum.....sy nk tanya...sy betul-betul minat dalam karya penulisan dan sekiranya sy ada masa free..sy pasti mengkarya sesuatu yang sy suka...jadi boleh sy tahu bagaimana untuk sy memperbaiki karya sy dan mengembangkan bakat sy itu....sy betul-betul minat sastera dan bahasanya sekali terlalu indah dan unuk... 1. Perkara utama untuk menjadi seorang penulis ialah sdr. perlu mempunyai minat/keinginan yang kuat untuk menulis dan mampu menyampaikan maklumat dalam bentuk karya/tulisan yang boleh difahami dan dimanfaatkan oleh pembaca sasaran. Keperluan asas untuk menjadi seorang penulis ialah sdr. menguasai ilmu bidang yang hendak ditulis, mempunyai kemahiran bahasa, memahami pembaca sasaran, mengetahui proses penerbitan dan mempunyai komitmen/disiplin yang tinggi. Untuk mengetahui dan memahami hal penulisan dengan lebih mendalami, sdr. perlu membaca buku tentang penulisan dan menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau organisasi. Untuk menjadi seorang penulis yang berjaya sdr.  perlu menulis dan terus menulis. Saudara boleh menghubungi Ketua Bahagian Pembinaan Bakat di Dewan Bahasa. Saudara juga boleh menyertai KEPEZI iaitu Kelab Penulis Zaharah Nawawi.  

 

  
Sastera30.04.2011
Yang mana satukah, ayat berikut yang betul. Jika salah sila nyatakan kesalahannya. 1. Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. 2. Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang,Ayat pertama tidak gramatis. Kata ganti nama nya tidak perlu dalam ayat tersebut.Tatabahasa23.05.2012
Sila nyatakan adakah ayat di bawah betul atau salah, nyatakan sebabnya. I Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. II Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. III "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. IV Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang.I. Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. - Ayat ini tidak gramatis kerana nya (terdapatnya) ialah kata ganti nama diri ketiga dan tidak gramatis untuk aayat ini.
II. Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. - Ayat ini gramatis. 
III. "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. - Ayat ini boleh digunakan dalam konteks arahan. 
IV. Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang. - Ayat ini betul kerana tetapi ialah kata hubung untuk menyatakan kata-kata yang berlawanan.
Tatabahasa28.05.2012
saya ingin bertanya mengenai penggunaan frasa 'pada masa kini' dan 'pada masa ini'. adakah penggunaan 'pada' tidak boleh digunakan sekiranya menggunakan kata 'kini'.sebaliknya hanya 'pada masa ini'. manakala 'kini' digunakan untuk 'masa kini' tanpa ada kata 'pada'. apa perbezaan antara 'pada masa kini', 'pada masa ini' dan 'masa ini'. bolehkah 'masa ini' berfungsi sebagai kata pangkal ayat?gramatis ke penggunaannya?Yang lebih gramatis ialah "pada masa kini".Tatabahasa04.10.2007
Saya ada kemusykilan. Dari masa ke semasa ataupun dari semasa ke semasa ataupun dari masa ke masa. Yang mana satu harus digunakan dan betul. terima kasih.Yang betul ialah dari masa ke masa atau dari semasa ke semasa.Tatabahasa21.11.2009
Selamat pagi. Sila beri nasihat sama ada cadangan tema " Kenangan Masa Lampau ~ Pandangan Masa depan " sesuai. Terima kasih.Kenangan Masa Lampau - Pandangan Masa Depan boleh digunakan, atau Saudara juga boleh gunakan Kenangan Masa Lampau - Harapan Masa Depan.Lain-lain10.11.2006
Mana satu penggugnaan yang betul bagi rangkai kata : dari masa ke semasa atau dari masa ke masa atau dari semasa ke semasaKedua-dua bentuk ‘dari masa ke masa’ dan ‘dari semasa ke semasa’ adalah betul, tetapi 'dari masa ke semasa' adalah salah, kerana tidak ada perimbangan kata.Istilah02.04.2010
adakah kata bantu boleh digunakan di hadapan ayat? sekiranya boleh, nyatakan konteks ayat serta contoh penggunaannya. contohnya: 1) Untuk menjadi cantik... 2) Dengan hanya berbelanja...

Kata bantu, yang hanya hadir sebelum frasa, ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu dan ragam. Kata bantu dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini atau masa hadapan. Bentuk kata bantu ialah telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula dan belum. Contoh penggunaan kata bantu dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1.  Pekerja itu telah pulang.

2.  Murid-murid itu baru tiba.

Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan, seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, enggan, patut dan mungkin. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1.  Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik.

2.  Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.

Untuk makluman, untuk dan dengan ialah kata sendi nama.

Tatabahasa14.01.2011
Lanjutan pertanyaan saya tentang frasa "masa kini" dahulu. Dalam ayat ini, misalnya, "Remaja masa kini kurang menghormati orang tua", ada pendapat mengatakan bahawa 'masa kini' tidak tepat kerana 'kini' sudah terangkum makna 'masa'. Benarkah pendapat itu? Jika benar, apakah pilihan lain yang tidak jauh bezanya untuk menggantikan frasa tersebut?Perkataan masa dan kini membawa maksud yang berbeza, masa bermaksud waktu atau ketika, manakala kini bermaksud sekarang ini, waktu ini. Justeru, frasa "masa kini" adalah betul dan tidak mempunyai unsur lewah dari segi maksudnya.Tatabahasa09.10.2007
12345678910...

Kembali ke atas