Apakah tanda bacaan yang tepat untuk memulakan petikat ayat al-Quran, contoh; Ada disebut sebagaimana maksud firman-Nya: Ada disebut sebagaimana maksud firman-Nya, tanda koma atau noktah bertindih? | Penggunan tanda baca yang betul ialah titik bertindih selepas perkataan Firman-Nya: | Lain-lain | 28.08.2021 |
Salam sejahtera. Saya ada satu kemusykilan mengenai perkataan -nya. Kenapakah buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 muka surat 38 ada penggunaan nya yang merujuk kepada perkara? Ayat itu berbunyi begini, Hal ini bukanlah suasana yang baharu kerana beberapa buah sekolah di luar negara telah mengamalkannya. | Ada tiga fungsi "-nya", iaitu sebagai kata ganti nama diri orang ketiga, penegas dan pembenda. Perkataan "-nya" dalam konteks ayat tersebut berfungsi sebagai penegas. | Tatabahasa | 06.05.2022 |
Assalamualaikum. Mohon pencerahan sama ada penggunaan 'nya' dalam ayat ini betul: 'Telefon anda boleh dibuka kuncinya oleh orang lain jika telefon itu dihalakan rapat ke wajah anda.' Apakah fungsi 'nya' dalam ayat tersebut? Terima kasih. | Ayat yang betul: Kunci telefon anda boleh dibuka oleh orang lain jika telefon itu dihalakan rapat ke wajah anda. -nya merupakan kata ganti diri ketiga dan hanya boleh digunakan pada manusia (TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA halaman 103-104)
| Tatabahasa | 20.08.2019 |
Salam sejahtera, Bolehkah Tuan/Puan menyatakan sama ada penggunaan 'nya' dalam ayat berikut adalah betul? Jika tidak, apakah cadangan ayat yang lebih gramatis? 1) Burung dapat mengekalkan suhu badannya kerana burung berdarah panas. 2) Objek itu stabil kerana tapaknya yang besar. 3) Ikan menggunakan siripnya untuk berenang dalam air. Sekian, terima kasih. CK | Nya ialah kata ganti diri orang ketiga. Oleh itu, penggunaan "nya" dalam ayat contoh yang diberikan adalah tidak gramatis. Berdasarkan ayat tersebut kata "nya" boleh digugurkan seperti Burung dapat mengekalkan suhu badan kerana burung berdarah panas. | Tatabahasa | 19.01.2012 |
Salam, berkenaan perkataan 'PERSEGARAN' saya dapati bahawa perkataan ini sering digunakan di dalam surat terutamanya berkaitan sesuatu majlis atau bajet. Setelah mencari menggunakan khidmat carian, pihak DBP menyatakan perkataan tersebut tidak ada di dalam rekod, dan 'PENYEGARAN' adalah perkataan yang sesuai. Kemudian saya bertanya kepada penduduk di Kelantan, mereka menyatakan perkataan 'PERSEGARAN' ini merujuk kepada makanan atau jamuan, bergantung kepada cara ayat itu diatur. Sebagai contoh, 'Bajet yang diperlukan untuk PERSEGARAN adalah sejumlah....' atau 'PERSEGARAN pada pukul 9.00 pagi. Maka saya rasa perkataan 'PERSEGARAN' ini digunakan hanya di beberapa tempat sahaja dan mungkin menimbulkan kekeliruan dengan ada nya kata akar 'SEGAR'. Soalan saya, bagaimana saya boleh mencari sumber rujukan bagi perkataan-perkataan yang khusus bagi negeri-negeri tertentu seperti perkataan 'PERSEGARAN' bagi memudahkan saya memahami bahasa setempat. | Dalam Kamus Dewan akar kata segar boleh menerbitkan kata kesegaran (bermaksud keadaan segar), penyegaran (menyegarkan sesuatu) dan beberapa kata lagi, namun tidak ada perkataan persegaran. Saya bersetuju dengan pandangan tuan, berkemungkinan perkataan persegaran bersifat setempat, namun kami tidak dapat mengesahkan makna dan kesahihan maklumat yang tuan berikan. | Tatabahasa | 01.02.2018 |
setahu kami, *nya* ialah kata ganti nama diri ketiga, merujuk kepada manusia. Akan tetapi, kadang-kala, kami terbaca perkataan antaranya termasuk.... perbezaannya pula... lalu memasukkannya... *nya* ini ada lagi penggunaan yang lain selain merujuk kepada kata ganti nama diri ketiga? terima kasih. | Selain berfungsi sebagai kata nama diri ketiga, partikel "nya" juga berfungsi sebagai pembenda, iaitu menjadikan kata yang bukan kata nama apabila bergabung dengannya berubah menjadi kata nama seperti luasnya dan kuatnya. | Lain-lain | 20.09.2021 |
Saya mempunya 1 soalan. Apakah asal usul Rewang, Merewang(bergotong royong) yang selalu diguna orang melayu... Kerana ada ada sahabat saya jawa menyatakan Rewang adalah dari bahasa jawa... | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rewang bermaksud gotong-royong sebagai persiapan untuk menjayakan sesuatu majlis (terutamanya majlis kenduri perkahwinan). Tiada sumber yang menyatakan perkataan rewang berasal daripada bahasa Jawa. | Lain-lain | 10.05.2021 |
salam...tuan/puan,,perkataan budi bicara dieja dengan jarak,,,tetapi dengan ada imbuhan -nya;bagaimanakah ayat itu dieja??terima kasih | Puan Nurul, Perkataan budi bicara apabila menerima imbuhan -nya dieja sebagai budi bicaranya. | Ejaan | 23.06.2010 |
Cikgu, saya ingin menanyakan bahawa adakah penggunaan -nya dalam merujuk objek tidak bernyawa adalah betul atau salah? Perhatikan contoh-contoh berikut: (-nya telah ditulis dengan semua huruf besar -NYA untuk memberikan penegasan) 1. Hadiah itu untuk ibu. HargaNYA mahal. 2. Apabila ejaan perkataan itu ditukarkan, maksudNYA juga akan bertukar. 3. (Dipetik daripada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 75) - Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaanNYA tetap terpisah. Pada pengetahuan saya, -nya hanya digunakan sebagai kata ganti nama ketiga untuk manusia. Apakah pandangan DBP? Saya memerlukan pandangan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai rujukan dalam hal ini. Terima kasih DBP. | Dalam bahasa Melayu, tidak ada ejaan semua huruf besar perkataan ‘NYA’ untuk membawa penegasan. Bentuk –nya boleh hadir sebagai kata penekan dan kata pembenda. Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh dalam ayat: Hadiah itu sesungguhnya sangat mahal. | Tatabahasa | 28.06.2014 |
Boleh ke guna membawa'nya' sebab setahu saya 'nya' hanya boleh digunakan untuk manusia. Perlu tambah 'ke' sebelum pusat kitar semula sebab sudah ada 'ke' sebelum tempat pelupusan sampah? Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawanya ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula. | Ayat yang betul ialah Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawa sampah tersebut ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula. Kata sendi ke perlu diulang bagi menunjukkan tempat atau arah seperti yang diterangkan dalam Tatabahasa Dewan halaman 267. | Tatabahasa | 11.07.2014 |