| Adakah ada lagi soalan? Adakah ada apa-apa lagi? Adakah soalan-soalan ini betul? | Kedua-dua soalan tersebut betul. | Tatabahasa | 17.06.2024 |
| 1. perkataan kerajaan, agensi pusat, kementerian, jabatan - adakah perlu 2. Anugerah Industrialised Building System, adakah perlu italic pada penggunaan perkataan inggeris 3. Anugerah Penilaian Outcome, adakah perlu italic pada perkataan inggeris 4. Movenpick Convention Center -adakah perlu italic kesemua perkataan walaupun nama tempat? | 1. Sila kemukakan soalan yang jelas bagi memudahkan kami memberikan jawapan yang tepat. 2. Nama Anugerah Industrialised Building System diterjemahkan kepada “Anugerah Sistem Binaan Berindustri”. Dalam senarai istilah Penilaian Harta Tanah, istilah bahasa Melayu bagi Industrialised Building ialah “Binaan Berindustri”. 3. Kami mencadangkan nama anugerah tersebut menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, iaitu “Anugerah Penilaian Hasil”. Sekiranya, terdapat percampuran antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam teks tertentu, pihak puan digalakkan cuba mendapatkan dahulu padanan dalam bahasa Melayu. 4. “Movenpick Convention Center” merupakan nama khas yang tidak perlu dieja menggunakan huruf condong. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.prpm.dbp.gov.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.10.2024 |
| Adakah perkataan psiko spiritual dieja rapat? bagaimana pula dengan perkataan swa? | Ejaan yang betul ialah psikospiritual. Perkataan swa dieja rapat, contohnya: swafoto. | Ejaan | 13.04.2026 |
| Adakah “Kempen Alam Sekitar” dikategorikan sebagai kata nama khas? | Ya, “Kempen Alam Sekitar” dikategorikan sebagai kata nama khas. Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaanya berpangkalkan huruf besar. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 84.
| Tatabahasa | 14.04.2026 |
| Adakah sign board syarikat saya bersesuaian Panduan DBP? Bolehkah saya walk in HQ DBP untuk pertanyaan? Bolehkah HQ tolong submitkan permohonan saya? | Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses. Sekiranya ini merupakan iklan papan premis, sila buat pembetulan yang berikut: - Sila masukkan keterangan aktiviti perniagaan dalam bahasa Melayu di bahagian atas sebelah kiri visual iklan. Contohnya KILANG BARANGAN LOGAM, KILANG BESI, PERKHIDMATAN PEMBINAAN DAN REKA BENTUK BANGUNAN dan sebagainya.
- Sila letakkan pemakluman pemilikan pada bahagian bawah sudut sebelah kanan visual iklan dengan No. SSM yang betul DIMILIKI OLEH: BLUESKY LAND SDN. BHD. 202501003473 (1604886-T)
- SDN. BHD. – Letak titik untuk singkatan dan jarakkan perkataan selepas titik.
- NO. 52, JALAN KUPRUM 4/KU13, MELALUI JALAN BUKIT KERAYONG, KAWASAN PERINDUSTRIAN LADANG ACOB, 42200 KAPAR, SELANGOR. – Betulkan.
| Lain-lain | 05.04.2026 |
| Adakah perlu untuk saya meletakkan (,) sebelum perkataan dan? Contohnya: Emak ke kedai membeli ikan, ayam, dan sotong | Ayat yang betul ialah Emak pergi ke kedai untuk membeli ikan, ayam dan sotong. Tanda koma tidak perlu diletakkan sebelum perkataan “dan” kerana “dan” merupakan kata hubung gabungan yang digunakan untuk menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 251 – 252. | Tatabahasa | 24.02.2026 |
| Adakah padanan terjemahan bagi Majlis Perasmian - Officiation Ceremony sesuai? | Padanan yang sesuai bagi Majlis Perasmian ialah Official Ceremony. | Makna | 03.02.2026 |
| Adakah wajar untuk warganegara asing dalam memahami dan mahir dalam bahasa melayu? | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr melayari laman berikut bagi mendapatkan bahan rujukan tambahan. Pusat Dokumentasi Melayu, DBP https://pustakav2.dbp.gov.my/ | Lain-lain | 18.08.2025 |
| Adakah kata nama khas boleh tergolong dalam gaya bahasa sinkope? Contohnya Farid menjadi Rid, Ahmad menjadi Mad? | Dalam bidang Linguistik, sinkope bermaksud pengguguran satu atau lebih bunyi atau huruf di tengah-tengah kata, misalnya pengguguran "ha" dalam "sahaja" menjadi "saja" dan "id" dalam "tidak" menjadi "tak". Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan sinkope, tuan boleh merujuk pakar bidang Linguistik yang lebih berwibawa dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2119. | Lain-lain | 09.11.2025 |
| adakah perkataan "mendisinfeksi" wujud? | Salam sejahtera, Kata mendisinfeksi terbit daripada kata disinfeksi. Kata ini boleh digunakan dan terdapat bukti penggunaan kata ini dalam Internet. | Istilah | 07.10.2025 |