Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.da.lah] | اداله

Definisi : 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.da.lah] | اداله

Definisi : 1 (digunakan pd permulaan cerita) ada: ~ seorang pemuda yg miksin. 2 (digunakan utk menghubungkan subjek atau benda dgn predikat atau ceritanya): Kemalangan itu ~ yg paling ngeri yg pernah kulihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adalah

Puisi
 

SEgala kasih segala sayanng terhimpun di bawah telapak kamimu,
     umi kerana merah darahku adalah pekatnya air susumu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Ada air,
     adalah ikan.

Bermaksud :

Ada negeri tentulah ada rakyatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padang, ada belalang).

 

Lihat selanjutnya...(12)

35

A bird in the hand is worth a hundred flying

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Mendengarkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth a hundred flying . Since the economy was in a bad shape, it was unwi

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu mendengarkan guruh di langit, air tempayan d

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan “adalah berhubungkait”didalam ayat.Adalah merupakan kata pemeri.  Kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama contohnya adalah untuk ..., adalah seperti yang berikut:

Penggunaan adalah berhubung kait tidak tepat kerana berhubung kait merupakan kata kerja.
Tatabahasa30.07.2018
penggunaan ialah dan adalah: 1) jika frasa kerja di belakang, kita guna ialah atau adalah? contoh: Antara kepentingan semangat kejiranan (ialah/adalah) melahirkan masyarakat yang harmoni. Hobi saya (ialah) bermain bola. 2) saya difahamkan bahawa 'adalah' digunakan sebelum frasa sendi nama. sebelum perkataan "dapat" atau "boleh" boleh tak guna 'adalah'?Kata "ialah" dan "adalah" tergolong dalam kata pemeri. "Ialah" menunjukkan persamaan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Kata Pemeri tidak digunakan dalam frasa kerja. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Ayat betul  yang diberikan oleh tuan ialah: 1. Antara kepentingan semangat kejiranan adalah untuk melahirkan masyarakat yang harmoni.
2. Hobi saya bermain bola (tidak perlu kata pemeri).

Kedua-dua perkataan "dapat" atau "boleh" tidak boleh digandingkan dengan adalah.
Tatabahasa09.03.2018
Garis panduan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian dan penampilan diri bagi melahirkan imej korporat IKIM. soalannya: bolehkah letak adalah pada baris pertama di atas.Sering berlaku kekeliruan antara penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah    yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Selain itu  pengguna bahasa Melayu cenderung untuk menggunakan pemeri   adalah + kata kerja contohnya; ...adalah berasaskan.. / ...adalah bertujuan.../ adalah merupakan... dan sebagainya. Ayat  "Garis panduan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi ... Ayat di atas dikategorikan sebagai ayat yang salah kerana tanpa kata adalah, ayat tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa. kata adalah sebelum kata kerja berkenaan tidak membawa sebarang maksud atau fungsi tatabahasa sama ada berfungsi sebagai penegas atau seumpama dengannya. Ayat yang betul ialah:
1. Garis panduan ini adalah  untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian ..,
2. Garis panduan ini bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian ...
Tatabahasa27.07.2017
bolehkah perkataan "Ini adalah" digunakan di awal ayatSalam sejahtera, Ini merupakan kata yang digunakan untuk waktu, tempat atau benda yang dekat. Oleh itu, untuk menggunakan perkataan ini pada awal ayat adalah salah. Sekiranya mahu menggunakan perkataan ini, perlulah meletakkan perkataan lain. Contoh: 1. Perkara ini adalah ... 2. Hal ini adalah ... 3. Langkah ini adalah... Sekian, terima kasih.Tatabahasa25.03.2020
Salam sejahtera, Tuan, Adakah pengunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat-ayat berikut benar? i. Cara utama untuk menjaga kesihatan adalah dengan melakukan aktiviti senaman. ii. Matlamat utama unit ini adalah untuk membantu pihak pengurusan melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan. "dengan" dan "untuk" berfungsi sebagai kata hubung dalam ayat-ayat di atas. Sesuaikah penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat-ayat itu? Sedangkan kata pemeri "adalah" hanya hadir sebelum frasa adjektif dan frasa sendi nama. Minta penjelasan daripada pihak tuan. Terima kasih.i. Cara utama untuk menjaga kesihatan adalah dengan melakukan aktiviti senaman.
ii. Matlamat utama unit ini adalah untuk membantu pihak pengurusan melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan. Kata pemeri adalah mesti diikuti kata sendi nama. Kedua-dua ayat ini betul.
Tatabahasa28.08.2016
Penggunaan ialah atau adalah: "Yang dilihat oleh mereka apabila tiba di Plaza Tol ialah/adalah banyak kenderaan berbaris panjang untuk memasuki lebuh raya." 1. Penggunaan yang mana lebih tepat: ialah atau adalah di dalam ayat di atas dan 2. Minta penerangan pembezaan ialah dan adalah dalam penggunaan. Tk.1.   Penggunaan “ialah” lebih sesuai. Namun begitu, ayat tersebut seharusnya ditulis seperti yang berikut:

“Yang dilihat oleh mereka apabila tiba di Plaza Tol ialah bilangan kenderaan yang banyak dan berbaris panjang untuk memasuki lebuh raya.”

2.   Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, “ialah” dan “adalah” tergolong dalam kata pemeri. Penggunaan “ialah” hadir di hadapan frasa nama seperti contoh ayat yang berikut:

i.   Antara perkara yang dibiacarakan dalam buku ini ialah masalah moral negara. (frasa nama)

Manakala “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti contoh ayat yang berikut:

i.    Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan. (frasa adjektif)

ii.    Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar. (frasa sendi nama)

Sekian. Terima kasih.

Tatabahasa29.08.2017
penggunaan "ialah" dan "adalah": 1) Antara kesan berlaku tanah runtuh (ialah/adalah) berlaku banjir lumpur. 2) Maksud perkataan "uzur" (ialah/adalah) tua.1) Antara kesan  tanah runtuh ialah berlaku banjir lumpur.

2) Maksud perkataan uzur adalah tua.
Tatabahasa14.03.2018
adalah/ialah sebagai dan seperti terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa05.07.2019
Bolehkah yang dan adalah digunakan untuk mula ayat... contoh ayat 1.Adalah dengan ini... 2.Yang menjadi sesalan apabila....

Penggunaan 'adalah'  boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, daripada, dengan dan sebagainya. Tetapi apabila berada di hadapan ayat seperti 'Adalah dengan ini dimaklumkan...' ayat tersebut salah.  Adalah boleh hadir di pertengahan ayat dan diikuti dengan kata sendi. Ayat yang betul ialah "Dimaklumkan bahawa...". 

Kata hubung pancangan relatif "yang" boleh digunakan pada permulaan ayat. Contohnya:Yang berjaja kain itu jiran saya. Kata relatif "yang" digunakan apabila hendak menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.

Tatabahasa26.09.2017
1.Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) bagai mencurah air ke daun keladi? 2. Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) membanting tulang. 3. Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) rajin macam semut. 4. Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Apa jawapan yang betul bagi keempat-empat ayat di atas? Minta penjelasan.Terima kasih.Ialah. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263. Lain-lain09.03.2017
12345678910...

Kembali ke atas