assalamualaikum, soalan saya adalah.... 1) apakah perbezaan antara dari dan daripada 2) apakah perbezaan antara pada dan kepada sekian, terima kasih. | Saudara, Kata sendi nama "dari" digunakan untuk arah,tempat atau masa, manakala kata sendi nama "daripada digunakan untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad; maksud sumber atau asal kejadian dan menunjukkan perbezaan atau perbandingan. Kata sendi nama " kepada pula digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad; merujuk institusi; menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan, manakala kata sendi nama " pada" digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 03.12.2010 |
saya diarahkan untuk menyemak sebuah buku eng yang telah translet dalam bm. soalan saya adalah :- (1) adakah DBP menyediakan khidmat translator? (2) jika ya, berapa kosnya? dan berapa lama masa yang diambil? (3) jika tidak, ada perkhidmatan untuk menyemak buku yang telah ditranslet? | Salam. Buat masa ini pihak Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan sebarang khidmat penterjemah, penterjemahan, semakan terjemahan. Walau bagaimanapun, saudara mungkin boleh memohon bantuan dari Persatuan Penterjemah Malaysia dengan menghubungi Puan Saodah, Setiausaha Kehormat, di talian +6012-2067076. | Lain-lain | 07.10.2010 |
"Bajet 2010 diharap mampu membentuk rakyat untuk berbelanja secara berhemah dengan mengetatkan peraturan pemilikan kad kredit". Soalan saya adalah: 1) adakah ayat di atas merupakan ayat majmuk campuran? 2) Mengapakah ia dikatakan ayat majmuk campuran? Saya ingin menyiapkan tugasan.Terima kasih. | "Bajet 2010 diharap mampu membentuk rakyat untuk berbelanja secara berhemah dengan mengetatkan peraturan pemilikan kad kredit". - ayat ini ialah ayat majmuk campuran yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 519. | Tatabahasa | 10.11.2010 |
Salam, Saya bertanya bagi pihak Hakuhodo Advertising mengenai sebuah iklan radio yang sedang kami usahakan untuk sambutan Hari Merdeka dan Hari Raya yang akan datang pada bulan Ogos. Soalan saya adalah: 1. Bolehkah kita menyebut 'Selamat Hari Merdeka-Raya!' untuk iklan radio tersebut (sebagaimana pernah suatu ketika dahulu, perayaan Deepavali dan Raya disebut 'Deepa-Raya'). Bantuan dan nasihat segera pihak DBP amat dihargai. Terima kasih. | Kata merdeka dan raya tidak boleh digabungkan kerana kedua-duanya adalah sambutan yang berbeza, walaupun kita menyambutnya pada tarikh yang hampir sama. Ungkapan yang betul ialah "Selamat Menyambut Hari Merdeka dan Hari Raya". | Istilah | 07.07.2011 |
Bolehkah: 1) ... adalah seperti... 2) ... adalah bukan... 3) ... adalah seorang ... 4) Di samping itu, ... 5) Dalam pada itu, ... 6) jawapan / jawaban 7) Telefon bimbit .... Ia merupakan... 8) ...kumpalan titik atau unjuran di mana daya dikenakan secara... | 1. Kata pemeri adalah boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif seperti "adalah seperti" dan "adalah merah". 2. Frasa "di samping itu", "dalam pada itu", jawapan/jawaban, betul. 3. Ia merupakan boleh digunakan bergantung pada konteks ayat tersebut dan perkataan "di mana" tidak digunakan dalam ayat penyata. Sila gantikan dengan perkataan (kata hubung) yang sesuai untuk menggantikan kata "di mana". | Tatabahasa | 30.04.2013 |
apakah beza antara adalah dengan ialah | kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama Contoh:(ialah) 1. Anak ialah anugerah Allah 2.Sepak takraw ialah sukan yang dipertandingkan.... Contoh:(adalah) 1.baju itu adalah baik 2.Kursus ini adalah untuk... | Tatabahasa | 26.07.2007 |
assalamualaikum... soalan, apakah yang membezakan perkataan hingga dengan sehingga, peninju dengan petinju, jawapan dengan jawaban, sejak dengan semenjak. boleh jelaskan dengan memberi contoh ayat. terima kasih | Waalaikumsalam, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, peninju ialah 1. tinju, penumbuk: ~nya diangkat ke atas tinggi-tinggi; 2. orang yg meninju; manakala petinju ialah orang yg berlawan tinju, ahli tinju: ia bangga benar spt ~ yg menang di gelanggang. Ejaan jawaban dan jawapan kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan. Sejak dan semenjak sama sahaja maknanya. Kata sejak menerima sisipan em menjadi semenjak. | Makna | 12.03.2013 |
Yang manakah ayat di bawah ini betul? a)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti yang dalam Rajah 1-1. b)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1. Bagaimanakah penggunaan kata sendi yang betul? | Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1. | Tatabahasa | 08.07.2012 |
Soalan.Adakah ayat betul dari segi penggunaan kata sendi .kalau salah boleh tolong betulkan. 1.Kemalangan itu berlaku di waktu malam. 2.kayu ini mampu menghindarkan diri dari gangguan makhluk halus. 3.Seseorang pesilat dapat menghindarkan diri dari masalah seksual. penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. 1.Pokok Semunggal adalah sejenis pokok rendang yang lembut | Penggunaan kata sendi nama dan kata pemeri yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Kemalangan itu berlaku pada waktu malam. 2. Kayu ini mampu menghindarkan diri daripada gangguan makhluk halus. 3. Seseorang pesilat dapat menghindarkan diri daripada masalah seksual. 4. Pokok Semunggal ialah sejenis pokok rendang yang lembut | Tatabahasa | 30.04.2012 |
Ayat di bawah, yang mana satu adalah benar? "Adalah juga" atau "juga adalah" atau "juga"? Contoh : 1)Pihak tuan "adalah juga" dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. 2)Pihak tuan "juga adalah' dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. 3)Pihak tuan "juga" dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. | Ayat yang betul ialah : 3)Pihak tuan juga dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. Untuk makluman, kata pemeri 'adalah' hadir di hadapan farasa adjektif dan frasa sendi nama.Penggunaan kata pemeri 'adalah' amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu.Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. | Tatabahasa | 31.10.2011 |