Soalan adalah seperti yg dilampirkan | Padanan terjemahan bahasa Melayu untuk frasa bahasa Inggeris adalah seperti yang berikut: 1. to be announced: akan diumumkan 2. to be confirmed: akan disahkan 3. to be determined: akan ditentukan | Makna | 21.09.2024 |
adalah seperti yang berikut atau adalah seperti berikut? | Ayat yang lebih tepat ialah "Seperti yang berikut". | Lain-lain | 14.05.2014 |
Adakah manakah lebih gramatis: Berikut ialah kepentingan penggunaan unit SI: ATAU Kepentingan penggunaan unit SI adalah seperti yang berikut: | Ayat yang gramatis ialah "Kepentingan penggunaan unit SI adalah seperti yang berikut". | Tatabahasa | 04.03.2016 |
Salam Sejahtera Tuan/Puan, Saya ada 2 soalan; 1. Perkataan adalah/seperti, yang manakah sesuai digunakan dalam ayat ini. .. Jadual bagi pelarasan teknikal adalah/seperti dalam/di Jadual 1. 2. penggunaan tanda koma pada perkataan IAITU. diletakkan sebelum perkataan IAITU atau selepas perkataan IAITU. Sekian, terima kasih atas bantuan. | 1. Jadual bagi pelarasan teknikal seperti dalam Jadual 1. 2. Tanda koma digunakan sebelum perkataan iaitu, contohnya: Mereka bertiga, iaitu Amin, Asrul dan Zaim telah pergi berkelah. | Tatabahasa | 04.02.2015 |
Soalan adalah seperti yang dilampirkan ini | Terima kasih kerana sudi menghubungi kami bagi mendapatkan khidmat penyemakan bahasa. Walau bagaimanapun, soalan tuan tidak dapat dijawab melalui platform Khidmat Nasihat Bahasa kerana soalan yang dihantar terlalu banyak (melalui tiga entri pertanyaan). Kami hanya menerima satu entri pertanyaan dengan satu soalan sahaja. Untuk khidmat penyemakan bahasa atau dokumen yang panjang, tuan boleh menghantar senarai soalan dengan jelas dan berstruktur kepada nawal@dbp.gov.my bagi kami menyediakan sebut harga. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.11.2024 |
Soalan adalah seperti yang dilampirkan | Terima kasih kerana sudi menghubungi kami bagi mendapatkan khidmat penyemakan bahasa. Walau bagaimanapun, soalan tuan tidak dapat dijawab melalui platform Khidmat Nasihat Bahasa kerana soalan yang dihantar terlalu banyak (melalui tiga entri pertanyaan). Kami hanya menerima satu entri pertanyaan dengan satu soalan sahaja. Untuk khidmat penyemakan bahasa atau dokumen yang panjang, tuan boleh menghantar senarai soalan dengan jelas dan berstruktur kepada nawal@dbp.gov.my bagi kami menyediakan sebut harga. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.11.2024 |
Assalamualaikum Tuan, saya ingin mendapatkan maksud yang betul mengenai istilah (HARGA ANAK BERANAK). Contoh penggunaan ayat yang digunakan adalah seperti berikut: "Rumah itu saya jual murah-murah kepada Fatimah dengan harga Anak Beranak" Seterusnya, saya juga ingin mendapatkan maksud sebenar dengan istilah yang sering digunakan iaitu (HARGA ADIK BERADIK). Contoh penggunaan ayat yang digunakan adalah seperti berikut: "Saya menjual kereta saya murah-murah kepada Ahmad kerana beliau merupakan adik saya dengan harga adik-beradik" Maklum Balas dari pihak Tuan dengan segera amat saya hargai, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. | Harga anak-beranak dan harga adik -beradik ialah Bahasa percakapan yang membawa maksud harga istimewa yang diberikan atas dasar ikatan kekeluargaan. | Istilah | 26.08.2020 |
Pemenggalan masa adalah seperti yang berikut: 1.00 a.m. - 11.59 a.m. - pagi 12.00 p.m. - 1.59 p.m. - tengah hari 2.00 p.m. - 6.59 p.m. - petang 7.00 p.m. - 11.59 p.m. - malam 12.00 a.m. - 12.59 - tengah malam Merujuk kepada pemenggalan di atas, '12.00 am - 12.59 am' bolehkah juga digunakan awal pagi atau pagi? | Pemenggalan waktu: i. Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 ii. Petang - dari pukul 2.00 hingga 6.59 iii. Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 iv. Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59 v. Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59 Untuk makluman tuan, pemenggalan waktu ini telah mantap dan tidak ada perubahan tentang istilah yang digunakan. | Tatabahasa | 23.08.2015 |
1. Apakah kekurangan dalam ayat ini~'Senarai keperluan yang perlu dibawa adalah seperti berikut:-' 2.Bolehkah kita menggunakan ayat yang mempunyai bersama-sama~'Kami pergi ke sana bersama-sama dengan ibu dan bapa.' 3. Berikan satu ayat yang dapat membezakan penggunaan kosa kata 'menyarung' dan 'menyarungkan' | 1. Tidak ada kesalahan dalam ayat tersebut kerana kata pemeri adalah boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti "adalah seperti". 2. Kami pergi ke sana bersama-sama ibu dan bapa. - Penggunaan perkataan "bersama-sama dengan" adalah lewah dan tidak gramatis kerana mempunyai makna yang sama. 3. Menyarung bermaksud memberi bersarung. Contoh: Dia terus menyarung pakaian. Meyarungkan pula bermaksud memasukkan ke dalam sarung. Contoh: Kemudian Panglima Hitam pun menyarungkan kerisnya kembali. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, mohon rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. | Lain-lain | 17.09.2015 |
Soalan format baru upsr: Nyatakan Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas. 1)Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas adalah seperti anjing dengan kucing.2) Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas ialah seperti anjing dengan kucing. Ayat pertama atau kedua betul? Tolong berikan penjelasan, terima kasih | Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas adalah seperti anjing dengan kucing.
| Tatabahasa | 08.03.2017 |