Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adaptif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ketepatan istilah bagi perkataan ‘Transformatif’ dan ‘Adaptif​Untuk makluman tuan, perkataan 'transformatif' telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana manakala istilah 'adaptif' telah diguna pakai dalam bidang Teknologi Maklumat. Kedua-dua istilah adalah betul dan boleh digunakan.Lain-lain13.01.2025
Adakah penggunaan terma prestasi kerja adaptif atau prestasi kerja ubah suai yang lebih sesuai untuk merujuk kepada istilah "adaptive performance" dalam konteks prestasi kerja?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah adaptive performance ialah prestasi adaptif/prestasi mudah suai. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.Istilah17.11.2025
1) Adaptive Hypermedia System = Sistem Hipermedia Adaptasi 2) Adaptive Hypermedia System = Sistem Hipermedia Adaptif Yang mana satukah terjemahan istilah yang betul? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang betul ialah sistem hipermedia adaptif.Istilah18.07.2008
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia Saya sedang menulis tesis dalam bahasa melayu diperingkat PhD dalam jurusan kejuruteraan elekktrik di UKM. Pertanyaan saya ialah mengenai satu pendekatan "Adaptive Neuro Fuzzy Inference System (ANFIS)". Saya terjemahkannya sebagai "Sistem Taabir Kabur Neuro Adaptif", adakah boleh diterima atau ada cadangan lain dari pihak tuan/puan. SekianUntuk makluman tidak ada istilah khusus untuk Adaptive Neuro Fuzzy Inference System (ANFIS). Walau bagaimanapun, kami ada istilah untuk Neuro Fuzzy (Neural Kabur), Adaptive (Ubah Suai) dan Inference (Inferen). Oleh itu, istilah yang kami cadangkan ialah Sistem Inferen Neural Kabur Ubah Suai.Istilah20.04.2011

Kembali ke atas