Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adaptive


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Tuan/ puan, Mohon jawapan untuk penggunaan perkataan adaptive reuse yang sebenar dalam bahasa melayu. Terima kasihIstilah adaptive reuse diterjemahkan kepada penggunasuaian. Lihat adaptive+reuse&d=69812&#LIHATSINI">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=adaptive+reuse&d=69812&#LIHATSINI untuk maklumat lanjut.Penyemakan dan penterjemahan13.05.2019
1) Adaptive Hypermedia System = Sistem Hipermedia Adaptasi 2) Adaptive Hypermedia System = Sistem Hipermedia Adaptif Yang mana satukah terjemahan istilah yang betul? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang betul ialah sistem hipermedia adaptif.Istilah18.07.2008
Pembahagian rekursif telah menjadi asas kepada dua kaedah regresi bukan parametrik iaitu Klasifikasi dan Pokok Keputusan (CART) dan Multivariate Adaptive Regression Splines (MARS). Terjemahan bagi perkataan “Multivariate Adaptive Regression Splines”? Mohon bantuan. Terima kasih.Kami mencadangkan “multivariate adaptive regression splines” dalam bidang Matematik dan Statistik diterjemahkan sebagai “lekuk regresi multivariat boleh suai”, bergantung pada konsep serta konteks penggunaan yang sesuai bagi istilah tersebut.Istilah19.11.2020
mohon untuk terjemahkan penggunaan perkataan adaptive selling behavior dan latent variable dalam bahasa melayuTerjemahan latent variable ialah pembolehubah pendam, iaitu istilah yang digunakan dalam bidang Matematik. Walau bagaimanapun tidak ada padanan bagi adaptive selling behaviour . Sila kemukakan cadangan terjemahan (jika ada) atau konsep penggunaan frasa tersebut untuk kami mencadangkan terjemahan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan09.01.2015
Adakah penggunaan terma prestasi kerja adaptif atau prestasi kerja ubah suai yang lebih sesuai untuk merujuk kepada istilah "adaptive performance" dalam konteks prestasi kerja?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah adaptive performance ialah prestasi adaptif/prestasi mudah suai. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.Istilah17.11.2025
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia Saya sedang menulis tesis dalam bahasa melayu diperingkat PhD dalam jurusan kejuruteraan elekktrik di UKM. Pertanyaan saya ialah mengenai satu pendekatan "Adaptive Neuro Fuzzy Inference System (ANFIS)". Saya terjemahkannya sebagai "Sistem Taabir Kabur Neuro Adaptif", adakah boleh diterima atau ada cadangan lain dari pihak tuan/puan. SekianUntuk makluman tidak ada istilah khusus untuk Adaptive Neuro Fuzzy Inference System (ANFIS). Walau bagaimanapun, kami ada istilah untuk Neuro Fuzzy (Neural Kabur), Adaptive (Ubah Suai) dan Inference (Inferen). Oleh itu, istilah yang kami cadangkan ialah Sistem Inferen Neural Kabur Ubah Suai.Istilah20.04.2011
saya memerlukan terjemahan English ke Melayu berkenaan dengan istilah destructive sampling, adaptive filter dan enhanced filter. Mohon jasa baik pihak DBP untuk memuatkan istilah ini dalam kamus English - Melayu untuk memperkasakan Bahasa Melayu untuk penyelidikan saintifikSekiranya tuan/puan mempunyai cadangan istilah yang ingin diberikan, tuan/puan boleh melayari laman web http://ekamus.dbp.gov.my/ Untuk terjemahan destructive sampling masih belum ada dalam data Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami, cadangan terjemahan bagi istilah ini ialah persampelan musnah. Manakala adaptive filter ialah penapis mudah suai. Istilah yang sesuai bagi enhanced filter pula ialah penapis tertingkat. Sekian terima kasihIstilah03.02.2017
Saya ingin mendapatkan terjemahan istilah kenderaan seperti di bawah. Di sebelah kanan ialah terjemahan yang saya cadangkan. Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki Hill Descent Control - Kawalan Menurun Bukit Traction Control - Kawalan Cengkaman Trailer Sway Control - Cegah Ayunan Treler Lane Depature Warning - Amaran Lencongan Lane Keeping Aid - Bantuan Susur Laluan Rollover Mitigation - Susutan OlenganSila semak cadangan terjemahan perkataan yang berhuruf gelap.
Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara / Kawalan Suai Pandu
Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan
Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki
Hill Descent Control - Kawalan Menuruni Bukit
Traction Control - Kawalan Cengkaman
Trailer Sway Control - Kawalan Ayunan Treler
Lane Departure Warning - Amaran Lencongan
Lane Keeping Aid - Bantuan Laluan Susur
Rollover Mitigation - Susutan Olengan
Penyemakan dan penterjemahan18.08.2015
Apakah terjemahan dalam bahasa melayu yang tepat bagi: 1. Adaptive learning systems 2. AI-Driven Personalized Learning 3. Intelligent Tutoring Systems 4. Natural Language Processing (NLP) 5. Enhanced Personalized Learning 6.Bias in AI AlgorithmsUntuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my.Penyemakan dan penterjemahan02.06.2024
Salam sejahtera. Saya Ayu Shahirah daripda Branding Digital Content di Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Kami telah menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk kandungan di media sosial kami iaitu Kamus Digital MARii. Setiap minggu, kami akan menterjemah terma-terma digital dan teknologi yang biasa digunapakai oleh kebanyakan orang. Namun, terdapat beberapa terma yang masih tiada terjemahan dalam data DBP. Mohon pencerahan dan jawapan bagi terma-terma di bawah: Additive Manufacturing Mobility as a Service (MaaS) Human-Machine-Interface (HMI) Blockchain Lean manufacturing Vehicle to Everything (V2X) Adaptive Cruise Control Infotainment Anti-Lock Braking System Kerjasama pihak DBP amatlah kami harapkan kerana MARii ingin terus memberikan info baru tentang dunia teknologi dan automotif kepada semua pengikut. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

additive manufacturing - pembuatan berdaya tambah

Mobility-as-a-Service (MaaS) - Mobiliti sebagai Perkhidmatan

Human-Machine Interface (HMI) - Antara muka Manusia-Mesin

Lean manufacturing - pembuatan Lean

vehicle to everything (V2X) - kenderaan hubung segalanya

adaptive cruise control - kawalan jelajah mudah suai

anti-lock braking system - sistem pembrekan antikunci


Berdasarkan data PRPM, padanan istilah tersebut seperti yang berikut:

blockchain - blok rantai

infotainment - maklumat hibur

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain08.09.2021
12

Kembali ke atas