| Salam Raya Adha Yang manakah telah digazetkan antara Bahasa Melayu ataupun Bahasa Malaysia. Sekian. | Di dalam Perkara 152,Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hendaklah digunakan dalam tujuan rasmi. Maka, untuk tujuan rasmi hendaklah menggunakan bahasa Melayu. | Lain-lain | 07.11.2011 |
| Yang mana satu betul untuk maklumkan kepada orang ramai: 1.Selamat Hari Raya Idul Adha 2.Selamat Hari Raya Aidiladha 3. Selamat Hari Raya Eidul’ Adha | Ejaan yang betul ialah Selamat Hari Raya Aidiladha. | Ejaan | 25.09.2012 |
| La Alexander De Ghaza assalamualaikum dan selamat menyambut aidil adha buat admin yang bertugas terpanggil saya untuk mengunakn medium yang ada untuk bertanya DPB yang mempunyai kuasa dan organisasi yang bertanggungjawab memartabatkan Bahasa kebangsaan. saya masih keliru dengan pengunaan aidil fitri ataupun eidul fitri ? manakah yang lebih tepat ? jika boleh mengunakan eidul fitri , kenapa sebelum-sebelum ini perkataan tersebut tidak digunakan . terima kasih,moga saya dapat sesuatu melalui jawapan yang diberikan oleh pihak admin DBP | Saudara boleh ajukan pertanyaan tersebut dalam laman Khidmat Nasihat DBP. Soalan tersebut akan dijawab oleh Pemudah Cara DBP: http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/nb_halaman_utama.aspx Halaman Utama sbmb.dbp.gov.my | Lain-lain | 15.10.2013 |