| Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "Adjung"? Adakah ianya satu perkataan di dalam bahasa Melayu ataupun frasa dalam bahasa English.. mohon bantuan | Perkataan 'adjung' berasal daripada perkataan bahasa Inggeris 'adjunct'. walau bagaimanapun perkataan ini telah diterima dalam istilah bahasa Melayu mengikut bidang. Misalnya, dalam bidang farmasi, linguistik dan pergigian maksud bagi 'adjunct' ialah tambahan, adjung. Harap maklum. | Istilah | 27.12.2006 |
| Terjemahan dari BI ke BM: 1. Adjunct Lecturer 2. Chartered Engineer | Saudara, Terjemahan dalam bahasa Melayu ialah: i. pensyarah adjung ii. jurutera berkanun | Istilah | 04.11.2009 |