Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. act of, a. (changing the position of) membetulkan: his tie needed a little ~, tali lehernya perlu dibetulkan sedikit; b. (regulating) pelarasan, pembetulan: the ~ of the instrument took several hours, pelarasan alat itu memakan masa beberapa jam; c. (adapting) penyesuaian: ~ to city life, penyesuaian dgn kehidupan kota; period of ~, tempoh penyesuaian; the eye’s ~ to bright light, penyesuaian mata kpd cahaya yg terang; ~ to the immigration laws may be necessary, penyesuaian kpd undang-undang imigrasi mungkin diperlukan; 2. (accounting) pelarasan; 3. (insurance) penaksiran bayaran tuntutan; 4. control for adjusting, pelaras. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adjustment


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Good afternoon Sir, I done the adjustment and follow the wording provided at email "Pusat Percetakan". pls Kindy approve if no problem. thank you very much..Sila kemukakan iklan ini melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. Klik menu e-Perkhidmatan, Khidmat Pengesahan Bahasa DBP dan Daftar terlebih dahulu. Tuan akan mendapat Kod Pengaktifan melalui e-mel. Klik menu Permohonan untuk menghantar permohonan.  Sistem Khidmat Pengesahan Bahasa dapat  mengeluarkan sijil kelulusan bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain27.08.2013
Soalan: 1. Mengapa pencampuran bahasa tidak sesuai dalam sesuatu ayat.... contoh- " kita kena buat adjustment lah"....Kita seharusnya menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan baik. Bahasa yang dinyatakan ialah bahasa rojak. Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Penggunaan bahasa rojak menunjukkan penguasaan seseorang penutur bahasa Melayu sangat lemah dan tidak mempunyai semangat cintakan bahasa kebangsaan.Tatabahasa29.03.2013
Salam sejahtera, berdasarkan carian di laman prpm, istilah 'customization' dipadankan sebagai 'pelangganan'. Bolehkah saya tahu konteks penggunaan padanan ini dan bolehkah istilah ini ditukar ganti dengan 'penyesuaian'? Terima kasih.Berdasarkan bidang Teknologi Maklumat, istilah customized turut dipadankan dengan "tersuai".
Istilah customize membawa maksud membuat sesuatu mengikut tempahan atau pesanan.

Istilah adaptation/adjustment lebih tepat dipadankan dengan "penyesuaian".
Walau bagaimanapun, istilah customization boleh dipadankan dengan "penyesuaian" dan bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain16.07.2021

Kembali ke atas