Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adopt


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Boleh saya dapatkan pengesagan samada terjemahan saya ini adalah betul: Adoption: Penerimagunaan Adopter: Penerima guna Adopt : Terima guna. Sekian, terima kasih

Wasalam.  Padanan bahasa Melayu untuk ketiga-tiga perkataan tersebut boleh diterima. Namun, penggunaannya perlu berdasarkan bidang ilmu, misalnya

i.   proses adopsi (adoption process); fasa adopsi (adoption phase) – bidang perubatan

ii.  penerimagunaan (adoption) – bidang ekonomi, penilaian harta tanah, kependudukan.

iii. pengambilan anak angkat (adoption of child) – bidang sosiologi

 Sekian. Terima kasih.
Istilah10.11.2017
Assalamualaikum Tuan, Mohon bantuan tuan untuk mendapatkan padanan istilah dalam Bahasa Melayu bagi perkataan "carry-over of animals" dalam ayat yang berikut: “25. (1) No carry over of animals shall be allowed between consignments of animals and such consignment shall adopt the “all-in, all-out” system.” Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan carry over ialah "membawa keluar haiwan" atau "memindahkan haiwan". Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Makna01.03.2022
Assalamualaikum Tuan, Mohon pengesahan dan bantuan tuan berkenaan dengan padanan istilah dalam Bahasa Melayu yang lebih tepat dan terkini bagi perkataan "carry over of animals" dalam ayat yang berikut: “25. (1) No carry over of animals shall be allowed between consignments of animals and such consignment shall adopt the “all-in, all-out” system.” Disertakan juga terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk perhatian dan rujukan tuan seperti berikut: “25. (1) Tiada apa-apa binatang boleh dibenarkan ditinggal di antara pengirim-pengirim binatang-binatang dan pengiriman tersebut hendaklah menerima-pakai sistem “masuk-semua, keluar-semua” Mohon pandangan dan nasihat tuan.Cadangan terjemahan mengikut konteks ayat yang diberikan bagi  No carry over of animals shall be allowed ialah "Tiada Pemindahan Haiwan yang dibenarkan"Makna10.03.2022
Assalamualaikum Tuan, Mohon bantuan tuan untuk mendapatkan padanan istilah dalam Bahasa Melayu bagi perkataan-perkataan yang berikut: (a) disease-free “11. All feeds supplied and given to the animals in the quarantine station shall come from disease-free areas.” (b) all-in, all out system “25. (1) No carry over of animals shall be allowed between consignments of animals and such consignment shall adopt the “all-in, all-out” system.” Sekian, terima kasih.

Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan:

1. disease-free: bebas penyakit

2. all-in, all-out system: sistem berkumpulan



Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.



Makna18.02.2022

Kembali ke atas