Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.duan] | ادوان

Definisi : 1. pertandingan, perlumbaan: ~ kuda; 2. yg diadu, sabungan: ayam ~; 3. hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.duan] | ادوان

Definisi : hal atau perkara yg diadukan: Ia hendak menyiasat sama ada ~ itu benar atau tidak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aduan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. "Jumlah aduan berasas dalam kalangan aduan-aduan yang dilaporkan dalam tahun 2021". Adakah penggunaan frasa DALAM KALANGAN tersebut betul? Atau adakah cadangan frasa yang lebih sesuai untuk menggantikannya? (Nota: Saya wajib kekalkan perkataan lain selain itu atas arahan pensyarah)Frasa dalam kalangan betul.Tatabahasa09.07.2021
erti perkataan aduan,(aduan awam)

Maknanya ialah hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna17.02.2010
apa perbezaan antara menyiasat dan menyelidik

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan menyiasat bermaksud 1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka mempercayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat.

Perkataan menyelidik pula bermaksud 1. memeriksa sesuatu yg belum terang, menyiasat utk mendapat keterangan dsb tentang sesuatu: beberapa orang pakar sedang ~ kemungkinan agama Islam dibawa dr negeri China ke Tanah Melayu; 2. mempelajari sungguh-sungguh (utk mengetahui sesuatu): biarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali fikiran dan mataku akan lebih terang; 3. mengintip (mengintai) musuh, menyuluh.

Istilah14.07.2009
ADUAN MEMOHON LESEN PREMIS PERNIAGAAN DAN IKLAN
Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. 

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut dan iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

Untuk visual yang dilampirkan, sila buat kemas kini seperti yang berikut terlebih dahulu:

1. Terjemahkan teks Co-working Space Lite kepada bahasa Melayu atau buat dwibahasa. Cadangan: Ruang Kerja Bersama
2. Tukar Pejabat Servis kepada Khidmat Ruang Pejabat
3. SDN. BHD.  (letak titik untuk singkatan)
Lain-lain15.11.2022
Aduan berhubung Juri dalam program mentor, TV3. Menggunakan bahasa yang bercampur aduk (BM/BI) yang boleh merosakkan bahasa Melayu terutama kepada golongan anak-anak muda. Beliau minta Kementerian Komunikasi dan Multimedia buat pemantauan.Contoh pencemaran bahasa : "Saya fikir this is not good" - Beliau meminta supaya DBP/Kementerian Komunikasi Multimedia mengambil serius tentang perkara ini.Lain-lain22.12.2014
Aduan : Semakan kembali perkataan "Lahiriah ; Ar" "laif Ar : Daif" Laik Ar : layak, patut, padan -adakah benar dari perkataan Bahasa Arab? Pada pengetahuan saya, huruf `Ain (jawi) adalah ditulis dengan tanda komar di atas sebelum atau selepas huruf A atau I bagi membezakan dengan perkataan dan sebutan huruf lain. Contoh : "Faal Ar perlu ditulis dengan Fa`al" Begitu juga dengan Huruf Qof (Jawi) perlu dibezakan dengan huruf Kaf(Jawi) dengan Huruf Qof (Q) dan Huruf Kaf (K) "Lakab Ar perlu ditulis dengan perkataan Laqab" Cadangan saya , DBP menyemak kembali perkataan dengan tanda Ar bagi memudahkan sebutan dan penggunaan orang awam yang tiada latarbelakang Bahasa Arab dapat menggunakan dan menyebut dengan betul. Rujukan pakar adalah amat perlu yang berlatarbelakangkan Bahasa Arab. Terima kasihPandangan puan akan kami salurkan kepada bahagian yang berwenang di DBP. Untuk makluman puan, dalam konteks umum perkataan yang diambil daripada bahasa Arab diselaraskan ejaannya dengan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu. Walau bagaimanapun sistem ini tidak terpakai bagi perkataan daripada bahasa Arab yang menjadi istilah agam dan digunakan dalam konteks khusus yang berkaitan dengan pengajian Islam. Dalam Pedoman Transliterasi Perkataan Arab ke Ejaan Rumi, perkataan Arab yang menjadi istilah agama dan digunakan dalam konteks pengajian Islam hendaklah menggunakan sistem transliterasi sepenuhnya. Contohnya huruf "tha" dalam ejaam umum digantikan dengan huruf "s" tetapi transliterasi menggunakan huruf "th" seperti thabit.Lain-lain25.07.2013
Zainuddin Ahmad 10:52AM Aslmkm, DBP. Cuba susul dgn KPDNKK ADUAN saya bth 2 Ogos 2016 mengenai kelalaian pengurusan EON BIG menggunakan bahasa Melayu di pasarayanya di seluruh negara khususnya di cawangan seksyen 23 Shah Alam. Sehingga ptg ini tiada maklumbalas. Perkara sama dah disampaikan kpd Pn Putri DBP KL secara lisan melalui talipon pada 2 Ogos 2016. Aduan TERUS melalui sistem Aduan DBP gagal secara teknikal. No Aduan dlm sistem Aduan KPDNKK adalah 01611675. Pohon susullah dgn KPDNKK Putrajaya (038826082/6245) mahu pun KPDNKK Shah Alam (03-55107426). No tel saya: 03-55450731). Terima kasih.Wkslm aduan tuan telah kami terima untuk tindakan lanjut pihak DBP membuat pemantauan penggunaan bahasa Melayu di AEON BIG seksyen 23, Shah Alam. Buat masa ini kami masih lagi menganalisis penggunaan bahasa Melayu di pasar raya tersebut. Segala tindakan dan teguran akan dibuat selepas laporan analisis tersebut siap sepenuhnya. Sekian terima kasihLain-lain25.08.2016
Salam sejahtera, saya ingin membuat aduan mengenai pengabaian penggunaan Bahasa Melayu di Komplesks Beli Belah KL East Mall. Boleh saya buat aduan melalui saluran ini?
Kami merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan saudara dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kami mengambil maklum akan aduan ini dan tindakan susulan akan diambil kepada pihak yang berkenaan. 

Untuk makluman saudara, sebagai badan perancangan bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik.

Sekiranya ada aduan kesalahan bahasa yang lain, saudara bolehlah menyalurkan aduan tersebut melalui laman "Pantau Tegur Bahasa" (http://kndbp.dbp.gov.my/nb_role_based_authentication.aspx). 




Lain-lain11.02.2022
diantara aduan yang dilampirkan atau antara aduan yang dilampirkan

Jawapan yang tepat ialah “antara aduan”. Kata sendi nama antara hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Frasa sendi nama di antara pula digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. 

Tatabahasa13.05.2020
SAYA INGIN MEMBUAT ADUAN MENGENAI KESALAHAN BAHASA YANG TERDAPAT DI DALAM MAJALAH KELUARGA JULAI 2014, HALAMAN 129. PERKATAAN CERITA DITULIS "CHERITA DI HARI RAYA" . BAGAIMANA SAYA BOLEH MENGHANTAR SALINAN HALAMAN MAJALAH TERSEBUT?Terima kasih atas aduan tuan/puan. Tuan/puan boleh salurkan aduan ke dalam Sistem Pantau Tegur Bahasa dan lampirkan salinan halaman tersebut dalam sistem tersebut. Tuan/puan juga boleh menghantar aduan kepada mulia@dbp.gov.my

Sekian, terima kasih.
Lain-lain01.07.2014
12345678910...

Kembali ke atas