Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt menyokong: to ~ free trade, menyokong perniagaan bebas. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. supporter, penyokong: an ~ of social reform, penyokong perubahan sosial; 2. barrister, peguambela; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata advocate


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Principals advocate on local, state and national levels for policies. Apakah perkataan yang sesuai dalam Bahasa Malaysia bagi perkataan Bahasa Inggeris "advocate" dalam konteks ayat di atas.Cadangan kami perkataan advocate diterjemahkan kepada menyokong jika bersesuaian dengan konteks ayat yang tersebut.Istilah28.01.2014
Mohon maklumbalas pada penterjemahan saya pada ayat berikut: (Advocate for myself as a professional school counselor and articulate the purposes and goals of school counseling) Mendokong sebagai seorang kaunselor sekolah yang profesional dan menyatakan dengan jelas tujuan serta matlamat kaunseling sekolah. Terima Kasih.Advocate for myself as a professional school counselor and articulate the purposes and goals of school counselling. Menyokong saya sebagai seorang kaunselor sekolah yang profesional dan menyatakan dengan jelas tujuan serta matlamat kaunseling sekolah.Tatabahasa15.08.2014
Apakah terjemahan sesuai untuk ayat berikut: "Advocate for myself as a professional school counselor and articulate the purposes and goals of school counseling"Kami tidak menyediakan khidmat terjemahan, namun kami boleh membantu menyemak ayat yang telah diterjemahkan. Oleh itu, puan hendaklah menterjemah ayat tersebut terlebih dahulu dan mengemukakan semula untuk semakan kami.Penyemakan dan penterjemahan13.08.2014
Mohon pandangan berkaitan terjemahan yang telah saya buat, adakah ia menepati dalam konteks pendidikan. 5 ISTE STANDARD FOR EDUCATION LEADER (5 Standard ISTE untuk Pemimpin Pendidikan) 1. Equity and Citizenship Advocate = sokongan ekuiti dan warga digital Leaders use technology to increase equity, inclusion, and digital citizenship practices. 2. Visionary Planner = perancang berwawasan Leaders engage others in establishing a vision, strategic plan and ongoing evaluation cycle for transforming learning with technology. 3. Empowering Leader = kepimpinan memperkasa Leaders create a culture where teachers and learners are empowered to use technology in innovative ways to enrich teaching and learning. 4. Systems Designer = merekabentuk sistem penambahbaikan Leaders build teams and systems to implement, sustain and continually improve the use of technology to support learning. 5. Connected Learner = model pembelajaran Leaders model and promote continuous professional learning for themselves and others

Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut:

 

1. Equity and Citizenship Advocate = Penyokong Ekuiti dan Kewarganegaraan atau Pendukung Keadilan Kerakyatan

2. Visionary Planner = Perancang Berwawasan

3. Empowering Leader = Pemimpin Pemerkasaan

4. Systems Designer = Pereka Bentuk Sistem

5. Connected Learner = Pelajar Terhubung atau Pelajar Berkait/Terkait

 

Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Istilah04.06.2021
Salam. Saya hendak mendapatkan padanan istilah atau terjemahan bagi perkataan "abolitionist". Mengikut definisinya, "abolitionist" ialah "a person who wants to stop or abolish slavery : an advocate of abolition." Adakah sesuai jika saya menterjemahkan secara terus kepada "puak/golongan abolisionis" atau diterjemahkan kepada "pendukung faham abolisionisme"?Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

abolitionist - pendukung gerakan abolisionisme

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain14.07.2021
1. Adakah wujud istilah bahasa melayu secara khusus bagi perkataan-perkataan berikut: instafamous, twitter famous, Facebook famous dan youtubers? Jika wujud, apakad istilah yang tepat? 2. Perkataan-perkataan berikut adalah berkaitan jenis-jenis pempengaruh (influencer). Adakah betul maksud bagi perkataan berikut: a)mega influencer=pempengaruh mega b)macro influencer=pempengaruh makro c)micro influencer=pempengaruh mikro d)advocate=penyokong e)referrer=perujuk f)loyalist=penyetia

Perkataan "Instafamous", "Twitter famous", "Facebook famous" dan "Youtuber" digunakan dalam konteks tidak rasmi. Kami mencadangkan padanan perkataan tersebut sebagai Instagram terkenal, Twitter terkenal, Facebook terkenal dan pengguna Youtube.

Cadangan padanan bahasa Melayu:







a) pempengaruh mega

b) pempengaruh makro

c) pempengaruh mikro

d) penyokong, menyokong

e) perujuk

f) penyokong setia

Semua padanan bergantung kepada penggunaan ayat dan konteks.

Istilah11.04.2020

Kembali ke atas