Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[af.dal] | افضل

Definisi : lebih utama, terutama: mengerjakan perkara-perkara yg ~; keafdalan perihal terbaik atau terutama, paling bagusnya: puluhan ayat al-Quran menyatakan kelebihan berfikir dan dlm hadis juga dinyatakan ~ berfikir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[af.dal] | افضل

Definisi : lebih baik; lebih utama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata afdal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimanakah menggunakan perkataan 'afdal'? pelajar sering menulis perkataan ini dalam setiap perenggan pertama. Misalnya, langkah yang paling afdal, idea yang paling afdal. Adakah perkataan ini sesuai untuk di perenggan pertama? hal ini disebabkan afdal itu bermakna paling penting. Pelajar sering menggunakan perkataan ini. Ada guru tidak setuju penggunaan perkataan ini kerana perkataan ini untuk laras agama.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan afdal bermaksud lebih utama; terutama. Dalam ayat yang dikemukakan penggunaan perkataan afdal kurang sesuai. Perkataan afdal biasanya lebih sesuai dalam ayat laras agama.Tatabahasa07.05.2008
(a) Apakah golongan kata 'justeru'? (b) Bolehkah kata 'justeru' digunakan sebagai penanda wacana sebagai pengganti kepada 'oleh itu'? (c) Adakah penggunaan 'muthakir ini' bermakna 'dewasa ini'? (d) Adakah frasa 'faktor afdal' bermaksud 'faktor utama' atau 'faktor penting'? Sekian.

1. Justeru termasuk dalam golongan penanda wacana, dan justeru bermaksud kebetulan, tepat, malahan dan bahkan. Oleh itu penggunaan perkataan justeru perlu disesuaikan dengan makna tersebut.  

2. Mutakhir bermaksud  terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, dan kemas kini; manakala dewasa ini bermaksud pada masa ini atau pada ketika ini.  

3. Yang lazim digunakan ialah faktor utama atau faktor penting, sedangkan afdal bermaksud lebih utama atau terutama. Oleh itu, penggunaan faktor utama/faktor penting tidak boleh bertukar ganti dengan faktor afdal (jika ada penggunaannya).

Tatabahasa05.03.2010
Adakah penggunaan "penerbangan carter" atau penerbangan sewa khas lebih afdal? http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=charter# charter n 1. written grant of rights, piagam; 2. constitution, piagam: the ~ of the United Nations, Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu; 3. (attrib) for hire, carter: ~ flight, penerbangan carter;Istilah bahasa Melayu untuk "charter flight" ialah penerbangan carter.Istilah15.09.2012
Apakah bezanya kekah dan korban

Encik Ismail terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

akikah

  • Ar penyembelihan binatang ternakan (lembu, kambing) yg dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdal pd hari ketujuh) sbg tanda kesyukuran kpd Allah;
  • korban

    • Ar 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~;
Makna20.10.2009

Kembali ke atas