Tuan/Puan, Apa padanan dalam Bahasa Melayu bagi konteks ayat di bawah terutamanya perkataan "affected": "34B. (1) Service of any notice under this Act or any rules made under this Act shall be effected by registered post to the person affected thereby and shall be deemed to have been served on the day succeeding the day on which the notice would have been delivered in the ordinary course of post.". Sekian, terima kasih. | Berikut merupakan padanan perkataan dalam bahasa Melayu bagi konteks yang diberikan: affected: terkesan, terlibat, terjejas Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 07.10.2021 |
Baiki lokasi pavemen konkrit yang menghadapi kemerosotan kualiti dan kecacatan bagi keluasan melebihi 0.25 m2 , kaedah selain di atas tidak dianggap sesuai. Treat affected area as necessary when area of deterioration is more than 0.25 sq.m and other specific treatment detailed above are not considered appropriate. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.07.2020 |
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Tuan/Puan, Mohon pandangan terma bahasa Melayu yang sesuai bagi terma "learned gender assumptions" seperti dalam ayat "feminists claimed that criminal behavior was affected by learned gender assumptions like the endorsement of adversarial sexual script." Terima kasih. | Cadangan padanan bagi istilah learned gender assumptions dalam bahasa Melayu ialah andaian gender dipelajari. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 08.03.2024 |
The human body consists of a variety of tissues and cavities with different physical and radiological properties. Most important among these, from a radi- ation dosimetry perspective, are tissues and cavities that are radiologically dif- ferent from water, including lungs, oral cavities, teeth, nasal passages, sinuses, and bones. The dose distribution is affected by these ''tissue inhomogeneities.'' Saya sedang menjalankan projek penyelidikan, apakah perkataan yang paling sesuai dalam bahasa untuk 'TISSUE INHOMOGENEITIES'? Saya berpendapat perkataan yang sesuai adalah tisu inhomogenus? Adakah betul penggunaaannya? T.kasih. | Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk Tissue Inhomogeneities. Walau bagaimanapun, istilah homogeneous mempunyai padanan bahasa Melayu seperti homogen. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk Tissue Inhomogeneities ialah tisu tak homogen paling sesuai digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.12.2015 |