Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ga/] | اݢق

Definisi : 1. kira, sangka, rasa: ~ saya dia sudah keluar tadi; ~ gerangan jika kiranya; 2. boleh dikatakan, dapat dianggap (ditafsirkan): menghadapi kesukaran yg ~ besar; ~ lama juga di sana; agak-agak 1. barangkali, mungkin, rasanya, rasa-rasanya: ~ hari ini hujan; 2. = agaknya gerangan, kiranya: apa ~ maksudnya datang ke mari? beragak, beragak-agak 1. ragu-ragu, sangsi: melanggar kota itu jangan ~; 2. mempunyai tujuan (niat) utk, bermaksud, berniat: ia ~ utk pergi ke Mekah; 3. awas-awas, hati-hati: mengatakan sesuatu dgn tidak ~; mengagak, mengagak-agak 1. mengira-ngira (dgn berdasarkan dugaan atau pertim­bangan kasar), menaksir: ia tidak dapat ~ ke mana ia akan dibawa; orang yg pandai ~ dan mengagih orang yg bijaksana; 2. me­mak­­sudkan, meniatkan: lain yg diagak, lain yg kena; mengagakkan 1. membuat kesimpulan (ber­dasarkan dugaan atau tekaan sahaja), men­duga, menyangka: keadaan lebih sulit drpd yg diagakkan; 2. menentukan (dgn hati-hati): ~ biaya negeri; mengagak-agihkan 1. mengagak dan meng­­agihkan, menerangkan, memberitahu­kan, menjelaskan; 2. suka mencela; teragak 1. terfikir (timbul sesuatu fikiran dgn tiba-tiba atau dgn sepintas lalu), terlintas di hati: ada kalanya ~ juga dia hendak menjual tanahnya itu; 2. Mn ingin sangat: ia ~ pulang ke negerinya; teragak-agak berkira-kira, berbelah bagi (sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak): saya tidak akan ~ utk mengambil tindakan; teragak-agak berkira-kira, berbelah bagi (sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak): saya tidak akan ~ utk mengambil tindakan; agakan apa yg diagakkan, dugaan, sangkaan: ~ ini mungkin benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ga/] | اݢق

Definisi : ; pokok ~ paya sj tumbuhan (pokok), Vitex peralata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ga/] | اݢق

Definisi : 1 pendapat yg berdasarkan tekanan semata-mata; sangka: ~ saya, dia sakit hari ini, oleh sebab itulah ia tidak datang. 2 lebih kurang; kira-kira: ~ dua hari lamanya, dia berada di Ipoh utk menyelesaikan urusannya di sana. agak-agak 1 hati-hati; ingat-ingat: Bertutur pd malam hari ~. 2 = agaknya barangkali; gerangan: Bilakah ~ tuan dpt pergi ke sana? beragak, beragak-agak 1 bermaksud (bercadang, berniat) melakukan sesuatu: Dia ~ membuka sebuah syarikat perniagaan tetapi kekurangan modal. 2 berhati-hati atau beringat-ingat (ketika melakukan sesuatu). mengagak membuat kesimpulan berdasarkan tekaan semata-mata; menyangka; menduga: Saya ~ mungkin mereka ditimpa kemalangan. mengagakkan menentukan sesuatu dgn hati-hati; menetapkan: Pemborong itu ~ bahawa projek tsb akan memakan belanja sebanyak dua juta ringgit. teragak 1 = teragak-agak terfikir-fikir (sebelum melakukan sesuatu); terkira-kira: Dia ~ hendak memberitahukan kesulitannya kpd pegawai itu. 2 = teragak-agak berasa segan atau ragu-ragu: Kerajaan tidak akan ~ menghukum mereka yg hendak memecahbelahkan rakyat. 3 berasa ingin: Sesekali, ~ juga dia hendak pulang ke kampungnya. agakan sesuatu yg dijangka atau diduga: ~nya tepat sekali apabila keputusan tsb diumumkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agak

Peribahasa

Agak lebih daripada agih.

Bermaksud :

Banyak bicara, sedikit kerja.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
agak kebiru-biruan.(BETULKAH AYAT INI?)kebiru-biruan ...

Perkataan agak tidak perlu dimasukkan kerana kebiru-biruan bermaksud agak biru; seakan-akan biru.
Tatabahasa24.09.2012
Badan budak yang berambut pendek itu ialah agak kurus. Ayat di atas tidak gramatis, oleh itu manakah jawapan yang betul bagi jawapan di atas: 1. Badan budak yang agak kurus itu berambut pendek. atau 2. Badan budak yang berambut pendek itu agak kurusAyat yang lebih gramatis ialah "Badan budak yang berambut pendek itu agak kurus".Tatabahasa21.06.2011
Saya agak keliru dengan ejaan bagi perkataan 'sejauh manakah'. Adakah 'sejauhmanakah' atau 'sejauh manakah'? Yang mana satu adalah betul?Perkataan "sejauh manakah" dieja terpisah.Tatabahasa25.08.2013
Saya agak kurang arif penggunaan 'diperoleh' dengan 'diperolehi'. Adakah penggunaan ayat ini betul : Maklumat tersebut diperoleh daripada akhbar.Perkataan/ejaan yang betul ialah diperoleh, ayat maklumat tersebut diperoleh daripada akhbar betul.Tatabahasa28.11.2012
Saya agak keliru dengan istilah "nadir bumi" daripada perkataan Bahasa Inggeris "rare earth". Mengapa nadir bumi sedangkan kalau "rare gas" istilahnya dalam Bahasa Melayu adalah "gas nadir" dan bukannya "nadir gas"? ...

Istilah yang betul untuk 'rare earth' ialah nadir bumi. Untuk makluman, istilah bahasa Melayu dibentuk berdasarkan konsep dalam bidang tersebut. Oleh itu, penterjemahan istilah tersebut tidak semestinya patuh kepada persamaan bentuk.  

Istilah06.09.2011
Saya agak keliru berkenaan penggunaan perkataan staf atau kakitangan. Adakah lebih elok menggunakan perkataan kakitangan berbanding staf? Contohnya staf sokongan vs kakitangan sokongan. Kerana dari laman web dbp sendiri masih menggunakan istilah staf atau staf sokongan berbanding istilah kakitangan dan kakitangan sokongan. Mohon diberi penjelasan.Kamus Dewan menakrifkan staf ialah kumpulan orang yang bekerja di tempat yang sama (di bawah ketua yang sama) atau kakitangan; manakala kakitangan pula ialah pekerja atau pembantu di sesebuah pejabat dan sebagainya. Berdasarkan makna yang tersebut perkataan staf melibatkan pelbagai  jawatan dalam kumpulan kerja yang sama. Kakitangan pula dikaitkan dengan jawatan yang lebih rendah atau pembantu di sesebuah pejabat. Walau bagaimanapun takrif ini tidak selamanya tepat kerana sering kita mendengar ungkapan kakitangan kerajaan (pelbagai jenis jawatan wujud di dalamnya). Oleh itu, penggunaan kata staf dan kakitangan ini boleh digunakan mengikut konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa28.03.2011
Sudah agak lama saya 'terputus hubungan' dgn DBP sebaik saja saya melangkah ke alam pekerjaan. Saya mempunyai beberapa naskhah cerpen yg pernah disiarkan oleh RTM Sabah hampir 20 thn lalu dan berminat utk dibukukan. Bagaimana prosedur menghantar contoh naskhah tersebut?

Prosedur menghantar manuskrip adalah seperti berikut:

1.        Jumlah cerpen sebaik-baiknya 20 cerpen atau lebih.

2.       Pastikan anda mendapatkan izin terbit daripada penerbit asal sekiranya anda ingin menerbitkan semula cerpen-cerpen yang telah tersiar  di majalah, akhbar atau terbitan lain.

3.       Taip manuskrip anda dalam jarak langkau dua baris (double spacing) pada sebelah halaman kertas sahaja pada kertas A4. Tuliskan muka surat manuskrip secara berurutan daripada cerpen pertama sehingga cerpen terakhir.

4.       Sediakan halaman Kandungan serta muka suratnya.

5.       Tulis judul manuskrip dan nama penulis pada kulit manuskrip.

6.       Jilid manuskrip dengan kemas.

7.       Kirimkan satu salinan manuskrip bercetak kepada Ketua Editor Buku Sastera (bagi pembaca dewasa), atau kepada Ketua Editor Buku Kanak-kanak dan Remaja (jika pembacanya kanak-kanak atau remaja). Sertakan satu salinan digital manuskrip tersebut (dalam CD atau disket). Sertakan juga sedikit biodata anda, alamat dan nombor telefon atau e-mel, serta nama waris anda (isteri, anak dsb.) serta alamat mereka.

Lain-lain09.03.2011
Saya agak keliru dengan penukaran ayat pasif kepada ayat aktif. Conthonya seperti ayat di bawah; Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram. Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah. Sekiranya soalan tersebut dikemukakan dalam peperiksaan SPM, adakah kedua-dua jawapan di atas boleh diterima? terima kasihMerujuk Tatabahasa Dewan dan seperti yang dijelaskan dalam pertanyaan sebelum ini, kedua-dua ayat pasif tersebut adalah betul. Jika hal ini berkaitan dengan peperiksaan, saudara perlu merujuk Majlis Peperiksaan Malaysia.Tatabahasa03.03.2011
Saya agak keliru dengan penukaran ayat pasif kepada ayat aktif. Conthonya seperti ayat di bawah; Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram. Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah. Bagaimanakah caranya untuk mengenal pasti sama ada ayat pasif 1 atau ayat pasif 2 betul?Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Murid-murid sekolah itu sedang belajar. Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat:  Kucing itu dikejar oleh anjing. (daripada: Anjing mengejar kucing) Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.Tatabahasa14.02.2011
Saya agak keliru dengan penggunaan perkataan 'laju' bagi ayat sperti Budak itu hanyut dibawa oleh arus laju. Bolehkah perkataan laju digunakan untuk arus?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan arus dalam konteks ini yang melibatkan  gerakan air atau udara, perkataan yang sesuai ialah deras.Lain-lain06.10.2010
12345678910...

Kembali ke atas