Tuan, Macam manakah agaknya 'pagar' memakan padi dan bolehkah pagar makan padi? Kita semua tahu yang 'pagar' itu adalah benda tidak bernyawa, anpa mulut dan sistem untuk menghazam makanan dan membuang apa-apa yang tidak di perlukan, seperti manusia atau binatang makan dan minum, menghazam apa yang di makan dan di minum dam sama ada membuang air beasr ataupun air kecil. Pagar tidak boleh buat semua itu. Burung Pegar atau Ayam Pegar (lihat gambar) adalah nama umum dari kelompok burung famili Phasianidae ordo Galliformes (pheasant), termasuk burung-burung jenis Kuau dan lain-lain. Mereka dicirikan dengan sifat dimorfisme seksual yang kuat, warna spesies jantan lebih cerah dan kaya warna serta memiliki ekor yang lebih besar dan panjang. Ukuran tubuh jantan umumnya lebih besar dari pada betina. Jantan tidak memiliki peran dalam membesarkan Burung Pegar muda. Burung Pegar umumnya memakan biji-bijian dan beberapa memakan serangga. | Saudara, seperti yang dinyatakan dalam jawapan sebelum ini mungkin ada benarnya 'Harapkan pegar, pegar makan padi' beranalogikan fakta pagar tidak boleh makan padi dan pada zaman dahulu pagar tidak memagari sawah padi. Namun sehngga kini tidak ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Wallahua'lam. | Lain-lain | 27.01.2012 |
minta maaf bila agaknya saya boleh dapat jawapannya?melalui? | Ayat majmuk: Ali bermain bola di padang bersama dengan kawan-kawannya. Ayat nafi: Itu bukan rumahnya. Mereka tidak datang semalam. Ayat perintah: Keluar dari bilik ini. Pergilah dari sini. (menggunakan partikel -lah untuk melembutkannya di samping menegaskan predikat) Ayat tunggal: Ali bermain bola di padang. Ali bermain bola bersama dengan kawan-kawannya. | Tatabahasa | 14.04.2009 |
Mana satu yang betul : a) Apatah daya saya b) Apalah daya saya c) Apakan daya saya d) Bilatah/Bilalah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu. Apa perbezaan penggunaan kata penegas berikut -lah, -tah, dan -kan. Mohon penjelasan tuan. Terima kasih. | Untuk makluman, kata penegas"-lah" ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Partikel "-lah" digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagiannya. Partikel 'kah' dan 'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan. Yang membezakan antara dua kata penegas ini ialah 'tah' untuk menyatakan pertanyaan kepada diri sendiri. Berikut penggunaan yang betul. a) Apatah daya saya d) Bilakah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu? | Tatabahasa | 16.08.2013 |
Selamat menyambut 'Bulan Bahasa Kebangsaan'..bilakah agaknya semua rakyat digalakkan\dimestikan berbahasa Malaysia dalam segala bentuk urusan sosial rasmi atau tidak rasmi pada BBK ini? Bilakah kita akan mendengar pemimpin2 politik menunjukkan sifat\sikap Cinta bertutur dlm Bahasa Malaysia dalam perhimpunan agung BN(MCA atau MIC)? | Bahasa kebangsaan ialah bahasa pengantar utama yang digunakan oleh sesebuah negara. Dalam konteks ini, bahasa kebangsaan bagi Malaysia ialah bahasa Melayu yang digunakan bagi segala maksud rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan dan Peluasan) 1983. Fungsi bahasa kebangsaan adalah sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan sebagainya. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan adalah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Sewajarnyalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau keturunan punya rasa sayang dan cinta akan bahasa kebangsaan. Kami ucapkan syabas atas semangat cintakan bahasa dan kekuatan jati diri bahasa pada diri saudara. | Lain-lain | 02.10.2010 |
salam sejahtera. saya tertanya-tanya bilakah agaknya DBP mahu anjurkan sato seminar atau kursus menulis novel untuk muda-mudi kita. hal ini kerana, hari ini, begitu ramai remaja mahu mendekatkan diri kepada bahan bacaan seperti novel. | DBP menganjurkan bengkel Minggu Penulis Remaja(MPR) pada setiap tahun. Bengkel ini membimbing peserta remaja berumur 18-21 tahun dalam penulisan novel, puisi dan cerpen. Syarat untuk peserta ialah karya mereka pernah tersiar dalam mana-mana media massa. Sila layari laman web DBP untuk tawaran mengikuti bengkel ini atau hubungi Puan Zeti Aktar binti Jaffar untuk keterangan lanjut. Untuk bengkel, kursus atau seminar lain untuk remaja yang diadakan di DBP dari semasa ke semasa, sila rujuk laman web DBP atau pejabat DBP di Johor(07-236 5588), Kelantan(09-741 4902), Pulau Pinang(04-537 7242),Sabah(088-439 260) dan Sarawak(082-444711). | Lain-lain | 21.05.2010 |
Mana jawapan yang betul.... 1. 'Mari kita ikut ........ke bilik komputer,'kata Ani kepada Izah. dia atau mereka 2. ..............,bila agaknya tarikh pengumunan keputusan keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! 3. i.Kakak DIAM membatu apabila dileteri ibu. ii. Kami sekeluarga telah lama DIAM di taman perumahan ini. iii. Secara DIAM pasukan perisik mencari bukti untuk menumpaskannya. iv. Sejak semalam Raihah DIAM sahaja kerana memikirkan masalah keluarga 4.1. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? ii. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? iii. Mengapa kita harus berkumpul di makmal komputer? iv. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Ani? | Saudari/Saudara, Jawapan yang betul ialah: 1. Boleh digunakan perkataan 'dia' atau 'mereka' dalam konteks ayat tersebut. 2. Sila hubungi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut. 3. Keempat-empat penggunaan perkataan 'DIAM' dalam konteks ayat tersebut adalah betul. Hal ini kerana, diam, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, tidak bercakap, senyap, dengan senyap-senyap, tinggal (duduk, berumah, bertempat). 4. i. Bagaimana cara pembiakan tumbuhan ini? II. Siapakah yang paling pandai dalam kelas ini? III. Ayat ketiga penggunaan ayat adalah betul. IV. Ayat keempat penggunaan ayat adalah betul. | Tatabahasa | 14.08.2012 |
1)Apakah kata seru yang sesuai bagi ayat di bawah?EH/ADUHAI?Mohon penjelasan yang lebih lanjut daripada pihak tuan. ________, bila agaknya tarikh pengumuman tarikh keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! Adakah perkataan "Diam" sesuai untuk ayat di bawah? -Kami sekeluarga telah lama ____________ di taman perumahan ini. | 1. Ayat tersebut tidak memerlukan kata seru. Ayat tersebut lebih sesuai sebagai ayat tanya. 2. Penggunaan perkataan diam betul dalam ayat. | Tatabahasa | 19.08.2013 |
nama lain bagi jujur,cerca,buncit,gerangan.. | Jujur sama makna dengan tulus/ikhlas, cerca sama makna dengan cela/caci, buncit sama makna dengan gendut, gerangan sama makna dengan agaknya/rupanya/barangkali | Makna | 27.11.2008 |
apa perbezaan antara menyiasat dan menyelidik | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan menyiasat bermaksud 1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka mempercayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat. Perkataan menyelidik pula bermaksud 1. memeriksa sesuatu yg belum terang, menyiasat utk mendapat keterangan dsb tentang sesuatu: beberapa orang pakar sedang ~ kemungkinan agama Islam dibawa dr negeri China ke Tanah Melayu; 2. mempelajari sungguh-sungguh (utk mengetahui sesuatu): biarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali fikiran dan mataku akan lebih terang; 3. mengintip (mengintai) musuh, menyuluh. | Istilah | 14.07.2009 |
Salam sejahtera, bolehkah beritahu saya berapa jenis monolog yang terdapat dalam penulisan novel? Juga, bolehkah terangkan kepada saya perbezaan di antara monolog dan monolog dalaman? | Monolog ialah pertuturan kepada diri sendiri sama ada boleh disuarakan atau diucapkan dalam hati. Tidak ditujukan kepada orang lain dan tidak memerlukan reaksi ataupun jawapan daripada orang lain. Monolog hanya dua sahaja iaitu monolog dan monolog dalaman. Monolog (disuarakan) “ Sabarlah ayah, emak. Hajat ayah dan emak mahu nenek hendak naik haji pasti Aris tunaikan,” bisik Aris perlahan dengan wajah yang diseliputi awan kerisauan. Monolog (dalaman/diucapkan dalam hati) “ Inilah agaknya erti kasih antara anak dan ibu,” detak hati kecil Rina. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir di pipinya yang gebu. | Sastera | 26.07.2012 |