| Mohon nasihat untuk terjemahan yang tepat untuk perkataan "ageing" dalam konteks "customer ageing report" atau "debtors ageing report" dalam istilah kewangan. Terima kasih. | Dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan, padanan istilah bahasa Melayu untuk ageing ialah pengusiaan. Cadangan terjemahan ialah Laporan Pengusiaan Pelanggan dan Laporan Pengusiaan Penghutang. | Makna | 18.02.2011 |
| ageing skin | kulit tua (menua) | Lain-lain | 04.05.2009 |
| WHO menggunakan istilah "Healthy and Active Ageing" dalam dokumen rasmi. Apakah istilah tersebut diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia? Sama ada 'Pengusiaan Sihat dan Aktif' atau 'Penuaan Sihat dan Aktif' Dalam konteks "Healthy and Active Ageing" - adalah memastikan seseorang sihat dan aktif sepanjang usianya hingga ke hari tua. Mohon pendapat DBP dalam isitilah tersebut. | Terjemahan yang sesuai bagi "Healthy and Active Ageing" ialah penuaan yang aktif dan sihat | Makna | 16.11.2020 |
| Assalam tuan/puan. Saya perlu bantuan terjemahan untuk "healthy ageing". Terima kasih. | Terjemahan yang boleh digunakan ialah penuaan sihat. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.12.2018 |