Salam sejahtera, 1) Adakah 'agen' sinonim kepada 'ejen'? Penggunaan kedua-dua kata nama ini dalam akhbar Utusan Malaysia menunjukkan kedua-duanya sinonim. 2) Tetapi definisi 'agen' dan 'ejen' dalam Kamus Dewan (ed.4) tidak sama. Adakah ini bermaksud, terdapat kesalahfahaman atau kesilapan pengguna? Apakah penggunaan betul untuk kedua-dua kata nama tersebut? 3) Atau adakah 'agen' merupakan ejaan terbaharu dan 'ejen' ejaan lama? Ini kerana kedua-duanya adalah kata pinjaman 'agent' dalam B.Inggeris yang definisinya merangkumi kedua-dua definisi untuk 'agen' dan 'ejen' dalam Kamus Dewan. Mohon penjelasan dari pihak KNDBP. Terima kasih. | 1. Kedua-dua perkataan agen dan ejen merujuk perkataan Inggeris yang sama, iaitu agent. Agen digunakan untuk bidang sains yang bermaksud sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas, proses dan sebagainya manakala ejen digunakan untuk orang, syarikat dan sebagainya yang menjalankan perniagaan untuk orang lain. Dalam hal ini menunjukkan kedua-dua perkataan itu digunakan mengikut konteks dan bidang yang berbeza. | Tatabahasa | 07.04.2010 |
ejaan agent dalam bahasa malaysia? EJEN ATAU AGEN | Agent diterjemahkan kepada ejen dan agen. Penggunaan perkataan tersebut hendaklah merujuk konteks penggunaannya, ejen bermaksud wakil dan agen bermaksud bahan. Untuk maklumat lanjut, rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=agent. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.12.2014 |
1)ejen 2)agen | 1)ejen 2)agen | Ejaan | 02.12.2011 |
ejaan agen /ejen? | Kedua-dua ejaan betul tetapi membawa maksud yang berlainan. Agen bermaksud sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas dan ejen bermaksud orang (syarikat dsb) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain. | Makna | 24.06.2011 |
1. Saya tidak dapat menghantar maklumat melalui 'Pantau Tegur Bahasa' 2. Betulkah penggunaan 'ejen pengimbang', atau sepatutnya 'agen pengimbang'? Istilah ini digunakan dalam ms. 12, Dewan Siswa Julai 2007 , bahagian pendahuluan (baris 4) oleh pengarang Haji Samat Bin Buang. Setelah merujuk Kamus Dewan Edisi 4 untuk mendapatkan maksud kedua-dua perkataan 'ejen' dan 'agen', , saya berpendapat bahawa istilah yang tepat ialah ' agen pengimbang'. Apakah pendapat pihak DBP? Terima kasih. | perkataan yang betul ialah agen penimbang | Makna | 02.08.2007 |
Salam..mohon pandangan tuan, ayat manakah lebih sesuai bagi: "Ejen Hartanah" , "Ajen Hartanah" atau"Agen Hartanah" | Ejaan yang betul ialah Ejen Hartanah. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ejen bermaksud 1. orang (syarikat dsb) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain, wakil penjual. Contohnya, 'barang-barang gudang kalau dibeli daripada ejennya tentu lebih murah' 2. orang yg diupah (digaji) utk melakukan sesuatu utk orang lain (pemerintah dll). Contohnya, 'beberapa orang ejen musuh.' Agen pula bermaksud sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas (proses dsb). Contohnya, agen pendebungaan; agen kimia | Ejaan | 20.01.2012 |
Salam 1Malaysia. Saya ingin memohon kepastian sama ada penggunaan perkataan "agen perubahan sosialisasi masyarakat" dalam ayat berikut sesuai digunakan atau ada ayat lain yang pihak tuan cadangkan. Terima kasih. Contoh ayat. Untuk mencapai status negara maju, guru memainkan peranan penting untuk membawa murid dan masyarakat setempat keluar dari belenggu kemiskinan. Oleh itu, sebagai agen perubahan sosialisasi masyarakat, guru perlu mempunyai tahap kompetensi yang tertentu supaya murid-mudid dapat pelbagai dimensi pendidikan iaitu literasi asas, literasi bahasa, literasi budaya, literasi sosial, literasi ekonomi, literasi politik, literasi agama, dan literasi intelektual. | Lihat maksud sosialisasi dalam http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sosialisasi, dan perkataan sosialisasi tidak dapat difahami dalam konteks ayat tersebut. Sila gantikan dengan perkataan lain yang sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan oleh penulis. | Lain-lain | 06.12.2015 |
Selamat pagi Tuan/Puan. Saya ingin mendapat kepastian tentang beberapa sebutan pinjaman bahasa Inggeris. Sebagai contoh, sebutan perkataan 'Generasi' ,'Agen', 'psikomotor'. Perkataan 'generasi' perlu dieja sebagai ' Ge. ne..ra..si' atau 'je..ne..ra..si'? Terima Kasih. | Generasi disebut /gé.ne.ra.si/ , agen disebut /a.gén/. Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan- Jawi untuk rujukan selanjutnya. | Tatabahasa | 18.01.2013 |
Saya adalah salah 1 agen yang menguruskan reka bentuk grafik dan periklanan, yang membabitkan pelanggan serta membabitkan proses pencarian rezeki didalam perniagaan. soalan pertama. Mengapa proses penyemakkan dari pihak DBP mengambil masa terlalu lama daripada 1 hari jadi ke 3 hari dan kemudian menjadi melebihi 1 minggu? Sedangkan proses ini perlu dibayar memandangkan sebelum ini tidak perlu dibayar namum proses amat bagus yang hanya memerlukan masa 1 hingga 2 hari bekerja sahaja. Perkara sedemikian bukan la baru sekali dua berlaku pada saya, namun proses ini bole menjejaskan perniagaan saya yang mana saya perlu menunggu melebihi 1 minggu untuk mengaut keuntungan sebanyak rm200.00. Soalan kedua Adakah logik akal pada pihak DBP yang mana rm200.00 sudah cukup bagus tuk perniagaan yang perlu kita kutip dalam masa seminggu lebih? Soalan ketiga Adakah tujuan DBP membuat percaturan sedekian adalah untuk menjatuhkan ekonomi atau menjatuhkan penigaan orang melayu di malaysia ini. Soalan ke empat Kenapa perlu diwujudkan sistem ini andai boleh menyusahkan, merugikan pihak lain dan kenapa perlu dibayar andai sistem ini lembab. | Untuk makluman tuan/puan, proses penyemakan dan pengesahan bahasa ditetapkan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas bayaran diterima oleh DBP. Walau bagaimanapun, kami berusaha untuk memproses permohonan dalam tempoh kurang dari 3 hari bekerja. Sistem pengesahan bahasa dalam talian diwujudkan bagi memberikan kemudahan dan pilihan kepada pelanggan yang tinggal di luar kawasan Lembah Kelang kerana tidak perlu ke Kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur untuk mendapatkan khidmat pengesahan bahasa. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 26.08.2017 |
Makanan pedas didapati berupaya menjadi agen yang merangsang selera makan dengan menggalakkan peredaran air liur dan jus gastrik. apakah jenis ayat ini? pendedahan atau penghujahan | Jenis ayat ini ialah ayat penyata yang mendedahkan sesuatu fakta. | Lain-lain | 15.01.2015 |