Hi DBP Team, Saya ingin bertanya, apakah maksud "stay agile" dalam contoh ayat ini: "To help increase their exposure and stay agile in rapidly changing markets" Terima kasih ya. | Perkataan agile boleh diterjemahkan sebagai cerdas, lincah, pantas, cepat dan tangkas. Puan boleh sesuaikan mengikut konteks ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.05.2019 |
Apa maksud "agile methodology" dalam Kamus Komputer? | Padanan umum bagi agile methodology ialah metodologi/kaedah tangkas. | Makna | 15.11.2010 |
What are the terms below in Bahasa Malaysia? 1. Agile Execution 2. Business Process Re-engineering and streamlining 3. Data Warehouse Management | Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut: 1. Agile Execution: Perlakuan Lincah 2. Business Process Re-engineering and streamlining: Penggarisarusan dan Perekayasaan Semula Proses Perniagaan 3. Data Warehouse Management: Pengurusan Gudang Data Semua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu laras bahasa. | Istilah | 01.04.2021 |
Assalamualaikum, Mohon jasa baik tuan untuk: 1. meneliti kesesuaian penggunaan bahasa bagi tema dan subtema yang akan digunakan untuk seminar dan mencadangkan perkataan yang tepat dan betul. Tema: Pemanfaatan Perubahan Bersama Pemimpin Masa Hadapan • Menggambarkan keupayaan pemimpin masa kini memanfaatkan perubahan di luar jangkaan secara fleksibel, kreatif dan tangkas (agile) bagi menghadapi dan mengurus masa hadapan yang mencabar Subtema: ● Kreativiti dan Ketangkasan Bertindak Dalam Menangani Perubahan ● Human Governance Dalam Amalan Kepimpinan Positif ● Aplikasi Teknologi Sebagai Pemudah Cara Dalam Mendepani COVID-19 ● Bijak Memanfaat Sumber Demi Kesejahteraan Bersama 2. memberikan istilah yang tepat bagi Human Governance dalam Bahasa Melayu. Terima kasih. | Tema: i. Pemanfaatan Perubahan oleh Pemimpin Masa Hadapan ii. Keupayaan Pemimpin Memanfaatkan Perubahan iii. Cabaran Pemimpin Memanfaatkan Perubahan Subtema: ● Kreativiti dan Ketangkasan Bertindak dalam Menangani Perubahan ● Tadbir Urus dalam Amalan Kepimpinan Positif ● Aplikasi Teknologi Sebagai Pemudah Cara dalam Mendepani COVID-19 ● Bijak Memanfaatkan Sumber ... demi Kesejahteraan Bersama (lengkapkan sumber apa?) Cadangan kami ini perlu disemak semula oleh pihak tuan kerana pihak tuan lebih arif tentang keperluan seminar tersebut. | Tatabahasa | 30.01.2021 |