| 8 hours ago Suhaimi Suradi Salam hormat. Sekadar ingin memberi saranan. Saya rasa ada manfaatnya sekiranya pihak dbp melaburkan masa dan tenaga untuk mengusahakan penggunaan bahasa melayu dalam apps word lens...aplikasi ini membolehkan pengalihan bahasa secara real time.... Semoga bahasa Melayu terus maju dan berkembang. Ameen. | Terima kasih atas saranan yang diberikan. Perkara ini akan dikemukakan kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.05.2014 |
| 17 minutes ago Saiyed Amir Anuar Salam sejahtera. Mohon izin bertanya. Cara sebenar menulis 'ibu pejabat', adakah di dekatkan atau di jarakkan. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah ibu pejabat. | Ejaan | 25.05.2014 |
| May 18 Nazirul Nazrin Nasaruddin salam.. nk tanya, di bangunan DBP ada kiosk jualan semua buku-buku keluaran DBP ke..? | a few seconds ago Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP dan pihak kami mohon maaf atas kelewatan memberi maklum balas kerana masalah teknikal. Sungguhpun begitu, kami tetap membantu. Pihak tuan boleh terus ke Koperasi DBP di aras bawah Menara DBP untuk membeli buku terbitan DBP. Moga ini membantu tuan. Terima kasih. | Lain-lain | 18.05.2014 |
| Mohon khidmad nasihat untuk terjemahan perkataan 'Pendakwah' atau 'Mubaligh' khususnya kepada pendakwah atau mubaligh Muslim ke dalam Bahasa Inggeris. Contoh ayat seperti berikut:- Menurut cerita lisan tradisi, berabad-abad dahulu, para mubaligh belayar ke sepanjang kepulauan Melayu untuk menyebarkan agama Islam. According to traditional oral stories, centuries ago, missionaries sailed throughout the Malay archipelago to spread Islam. Adakah terjemahan perkataaan yang paling sesuai untuk ayat di atas. Cadangan : Muslim Preacher / Missionaries / Scholar Kerjasama dan khidmad nasihat dari pihak DBP amatlah di harapkan. Terima kasih | Perkataan Missionaries telah digunakan secara meluas untuk merujuk kepada penyebar agama. Cadangan kami supaya dimasukkan teks “muslim” atau “Islam” di hadapan perkataan Missionaries. | Istilah | 18.03.2022 |
| Dear Sir/Madam, I am trying to figure out a way to add support for Bahasa Melayu in the software Old T9 Keyboard (https://github.com/sspanak/tt9/tree/master). This software allows to type on a modern smartphone as if it was an old Nokia phone. Yes, many people are still used to that old way of typing. You may has heard of TouchPal, which used to do this exact same thing long time ago. In order to add support to the Old T9 Keyboard software, I need a list of Malay words along with their frequencies. It does not have to be a huge list because most people do not use the full list of words on their phone. Most people use at most 5 to 10 thousand different words in their everyday digital communications. There is such support for Bahasa Indonesia in Old T9 Keyboard, https://github.com/sspanak/tt9/pull/248/commits/e038a21641d1f2ebb1409909d3f2a4ae28d0200a They have used a list from public sources which many not be ideal but it gets the job done. Do you think you can help with adding support for Bahasa Melayu to Old T9 Keyboard? | Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 12.01.2025 |
| Salam, pertanyaan tentang adalah dan ialah saya keliru walau sudah tngk prpm juga 1. Anak lelakinya adalah/ialah seorang pemuzik 2. bahawa lelaki itu ialah/adalah manusia dan 3. wang itu ialah/adalah pemberian suaminya 4. mereka ini adalah/ialah ayah dan ibu 5.Aku adalah/ialah orang mulia 6. rumah ini adalah/ialah kepunyaan 7. memikirkan masalah adalah sesuatu yang mengarut 8. mengeluarkan wang dari/daripada sakunya -kemudian apakah padanan untuk Genius (Long ago the Bodisat was born to a forest life as the Genius of a tree standing near a certain lotus pond) -si burung dalam cerita perlu huruf besar ke? terima kasih | Kata pemeri “ialah” hadir di hadapan frasa nama manakala kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh yang demikian, penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Anak lelakinya ialah seorang pemuzik. 2. Lelaki itu ialah manusia. 3. Wang itu ialah pemberian suaminya. 4. Mereka ini ialah ayah dan ibu. 5. Aku ialah orang mulia 6. Rumah ini ialah kepunyaan … 7. Memikirkan masalah ialah sesuatu yang mengarut. 8. Mengeluarkan wang dari sakunya. Genius bermaksud kepintaran yang luar biasa. Jika watak burung dalam cerita tersebut mempunyai nama, namanya perlu ditulis dengan huruf besar contohnya Si Putih, Si Comel dan sebagainya. Walau bagaimanapun, penggunaan kata pemeri amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Berdasarkan contoh yang diberikan, ada ayat yang tidak perlu ditambah dengan kata pemeri. Contohnya: 1. Anak lelakinya seorang pemuzik 2. Lelaki itu manusia. 4. Mereka ini ayah dan ibu 5. Aku orang mulia 6. Rumah ini kepunyaan …
| Lain-lain | 20.09.2021 |
| Salam, pertanyaan tentang adalah dan ialah saya keliru walau sudah tngk prpm juga 1. Anak lelakinya adalah/ialah seorang pemuzik 2. bahawa lelaki itu ialah/adalah manusia dan 3. wang itu ialah/adalah pemberian suaminya 4. mereka ini adalah/ialah ayah dan ibu 5.Aku adalah/ialah orang mulia 6. rumah ini adalah/ialah kepunyaan 7. memikirkan masalah adalah sesuatu yang mengarut 8. mengeluarkan wang dari/daripada sakunya kemudian apakah padanan untuk Genius (Long ago the Bodisat was born to a forest life as the Genius of a tree standing near a certain lotus pond) | Kata pemeri “ialah” hadir di hadapan frasa nama manakala kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh yang demikian, penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Anak lelakinya ialah seorang pemuzik. 2. Lelaki itu ialah manusia. 3. Wang itu ialah pemberian suaminya. 4. Mereka ini ialah ayah dan ibu. 5. Aku ialah orang mulia 6. Rumah ini ialah kepunyaan … 7. Memikirkan masalah ialah sesuatu yang mengarut. 8. Mengeluarkan wang dari sakunya. Genius bermaksud kepintaran yang luar biasa. Walau bagaimanapun, penggunaan kata pemeri amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Berdasarkan contoh yang diberikan, ada ayat yang tidak perlu ditambah dengan kata pemeri. Contohnya: 1. Anak lelakinya seorang pemuzik 2. Lelaki itu manusia. 4. Mereka ini ayah dan ibu 5. Aku orang mulia 6. Rumah ini kepunyaan …
| Lain-lain | 20.09.2021 |
| Salam, pertanyaan tentang adalah dan ialah saya keliru walau sudah tngk prpm juga 1. Anak lelakinya adalah/ialah seorang pemuzik 2. bahawa lelaki itu ialah/adalah manusia dan 3. wang itu ialah/adalah pemberian suaminya 4. mereka ini adalah/ialah ayah dan ibu 5.Aku adalah/ialah orang mulia 6. rumah ini adalah/ialah kepunyaan 7. memikirkan masalah adalah sesuatu yang mengarut 8. mengeluarkan wang dari/daripada sakunya kemudian apakah padanan untuk Genius (Long ago the Bodisat was born to a forest life as the Genius of a tree standing near a certain lotus pond) | 1. 1. Kata "ialah" dan "adalah" merupakan kata pemeri iaitu perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh ayat: a) Samsuri ialah rakan karib saya. (FN + FN) b) Mata pelajaran yang paling saya minati ialah matematik. (FN + FN) c) Guru besar Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota ialah Tuan Haji Karim bin Haji Mustafa. (FN+FN) Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. a) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting. (FN+FA) b) Kehadiran mereka ke negara kita adalah sebagai pemerhati. (FN+FS) c) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan. (FN+FA) 1. Buku rujukan utama tentang tatabahasa bahasa Melayu ialah Tatabahasa Dewan. Buku ini dijadikan rujukan dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat, gunakan panduan Buku Tatabahasa Dewan. Saudari juga boleh berbincang dengan guru/pensyarah untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut. 2. Cadangan padanan perkataan “Genius” berdasarkan teks yang diberi ialah tanda atau lambang.
| Tatabahasa | 26.09.2021 |
| saya memerlukan khidmat menterjemah rencana ini dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Saya ucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan. Most people know that the theory of evolution did not appear amongst us like a bolt from blue with the publication of Charles Darwin’s The Origin Of Species in 1859. But not many people are aware that the idea has been around in various forms for at least two and a half thousands years. Like us, the ancient Greeks failed to agree about the origins of life. Their cosmologies were profoundly different from our own. There were no heresy laws or inquisitions to fear or a dominant creation story to side-step. Ancient Greek cosmologies were wildly variant : some believed that life had been shaped by gods ; others that had come into being through atoms colliding chaotically. Empedocles – poet, healer, magician and controller of storms as well as a philosopher – produced a surreal foreshadowing of natural selection two and a half thousand years ago on the island that we now call Sicily. He proposed that life had started out as random body parts – eyes, necks, arms, teeth – suspended in primeval soup. Collisions had produced random combinations – men with the heads of cattle ; animals with brances for limbs. Some of these combinations had proved viable, others not. | DBP hanya memyediakan kdimat penyemakan penterjemahan. Puan boleh menghantar rencana berkenaan dalam bahasa Melayu dan kami akan membantu menyemak terjemahan puan. | Lain-lain | 30.01.2014 |