Saya ingin bertanya, apakah terjemahan terbaik untuk istilah 'urban agriculture'. Adakah agrikultur urban, pertanian urban, ataupun pertanian perbandaran. Terima kasih. | Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi urban agriculture dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan terjemahan bagi perkataan tersebut ialah pertanian urban. | Istilah | 17.10.2013 |
apakah komen pihak DBP penggunaan agribusiness di dalam jurnal?Bolehkah agribusiness tersebut dimasukkan sebagai perkataan atau ayat yang betul berkaitan perniagaan tani? | Agri kependekan perkataan agriculture dan dalam bahasa Melayu ialah pertanian/tani, apabila digabungkan dengan perkataan business menjadi agribusiness. Walau bagaimanapun gabungan kata (agribusiness) ini tidak ada dalam bahasa Melayu dan istilah yang diterima pakai untuk maksud yang tersebut ialah perniagaan tani. | Lain-lain | 08.10.2010 |
apakah perbezaan di antara AGRI dan AGRO? Bagaimana untuk menggunakan perkataan AGRO dan AGRI ini untuk dimasukkan dalam ayat? Mengapa AGRIBUSINESS menggunakan AGRI dan tidak menggunakan AGROBUSINESS? | Awalan agri tidak ada dalam bahasa Melayu, iaitu berkaitan dengan pertanian, tanah, atau ladang, misalnya agrokimia dan agroteknologi. Agri kependekan perkataan agriculture dan dalam bahasa Melayu ialah pertanian/tani, oleh itu istilah agribusiness diterjemahkan kepada perniagaan tani. | Istilah | 08.10.2010 |